Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, July 21, 2011

Minta simpang malaikat 44!

   5 minit lagi jam tujuh malam.Maknanya sekejap lagi dah nak masuk maghrib.Tapi aku tengok, di luar masih budak-budak yang dok main bola, atau main kejar-kejar.Emak ayah dia orang tak marah ke?Kalau aku dulu, alamat lebamlah peha kena cubit.(Tapi biasanya tak sempat kena cubit sebab tengok mata mak atau dengar suara mak memanggil pun aku dah kecut perut!)

   Malam-malam ( biasanya lebih pukul 10) pun aku biasa nampak budak-budak masih berkeliaran di kedai-kedai.Kalau budak sekolah menengah tu oklah juga tapi ni budak-budak cinonet yang belum cukup tumbuh gigi.Emak ayah dia orang sporting betul!Zaman aku dulu jangankan masih belum cukup tumbuh gigi, dah tumbuh gigi bongsu pun tak berani merayap malam-malam!

   Kadang-kadang aku fikir, senang jadi emak ayah zaman sekarang.Bila anak dah pandai kenal dunia je, lantaklah dia orang nak ke mana.Janji tak menyusahkan emak ayah.Balik azan dah berkumandang pun tak kisah asalkan tak mengganggu emak ayah tidur lena.Tu yang jadi kes mengandung luar nikah, lepas tu buang anak.Atau pun kes anak kena *****, dah tu kena bunuh, mayatnya dikerat-kerat sebelum dibakar!(Eeeiii!!!Ngeri!!Baru je berlaku baru-baru ni berhampiran tempat aku tinggal!)

   Aku nak kata apa?Cuma mampu berdoa semoga tiada perkara buruk berlaku pada anak-anak cinonet yang maish riuh menendang bola di luar tu.Minta simpang malaikat 44 semua perkara yang menakutkan...

Emak kucing ni pun tak benarkan anaknya merayap malam-malam!

Tengok anak itik ni; Mana ada jalan sorang-sorang?

2 comments:

NadiRah said...

hihihi..
anak itik nad sorg2 je dlm goblet...
huk3 -.-

budak sekarng konon dh pandai berdikari..
kih3

PeRmAtA bIrU said...

kan??? budak2 zaman sekarang yang mana bebas tuh bebas sangat... kadang2 saya pon pelik.. sporting sangat parents diorang... zaman saya sekolah dulu, kalau kul 6 tak balik lagi.. tali pinggang la naik badan.. tak pon hanger.. so saya selalu la balik awal.. huhuhu...

Let's have a break!