Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, July 9, 2011

Pengacara dan cincau...

   Gula kelapa laut... Itulah kisah Majalah 3 malam ni.Tak pernah tau ada gula kelapa laut.Kalau kelapa laut cap ubat batuk tu adalah.Majalah 3 ni kadang-kadang banyak beri pengetahuan pada penonton.Benda yang pelik-pelik yang biasanya aku tak pernah tau namanya aku kenal di Majalah 3.Tak rugi menonton dari zaman Wan Zaleha Radzi lagi(tiba-tiba ingat-ingat lupa pulak.Kalau salah beritahu ye).Sekarang ni Nurul Syuhada Nurul Ain pengacaranya.Oklah tapi kadang-kadang pakaian dia terutama seluar dia tu seksi.Ketat sangat.Contohnya untuk siaran malam ni.Kalau boleh longgar sikit kan elok.Tapi ni pendapat aku jelah.Apa-apa pun, memang tak rugilah menonton Majalah 3 ni.


Wan Zaleha Radzi 


Norzie Pak Wan Chek


Nurul Syuhada Nurul Ain.
(Antara pengacara Majalah 3 yang aku ingat)


Cik Inn Mazlin Nordin pun pernah jadi orang kuat Majalah 3.


   Kalau Majalah 3 buat cerita macam mana cincau dibuat kan best?Tak lama lagi bulan puasa, tentu ramai yang nak tahu tentang cincau ni.Halal ke tak.Buat dari apa dan sebagainya.Selama ni aku main bedal je tapi tiba-tiba terfikir pulak.Manalah tau kan, jadi kes macam kopi Kluang tu.  (Alah!Kopi yang guna serbuk kopi campur babi tu)


Ni cincau belum dibuat air.(Gambar pinjam dari ausmelankolik.com)



2 comments:

||aLeaSaRa|| said...

hye sis!yelah pakaian nuruk syuhada tu ketat dan sendat.kenapa tv3 tak pandai pilihkan yg sesuai ye?malu kdg2 tgk pakai dia.

owh sejak bulan rejab dan syaaban ni,kite suka buka puasa dgn soya cincau.perghhh....sedap tau!

Zakiah_MamaAdamz said...

heheee...skang nih kat super ada serbuk jeli utk buat cincau...try la tgk...xpernah try pun la lg...pernah tgk ja... :-)

Let's have a break!