Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, July 16, 2011

Siaran langsung dari atas bas...

   Baru je bertolak ke UKM.Entry ni pun dipos dalam bas.Tu yang terhoyong-hayang tu.Tapi masa itu emas.Daripada aku buang masa takde buat apa-apa, baik aku blogging!Dengan 3 buah bas, sebuah van dan sebuah lori aku dan 100 orang anak-anak didikku memulakan langkah perjuangan.

   Dalam hati berbunga-bunga, kami menerima berita yang mengejutkan.Salah seorang anak didikku yang belajar di tingkatan 5 telah meninggal dunia.Butiran lanjut aku tak pasti tapi kononnya akibat kemalangan.Moga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman.Dalam perjalanan ke stadium MPPG pagi tadi pun aku melihat kemalangan.Masih terbujur mangsa kemalangan tu di pinggir jalan.Makin hari makin banyak pulak aku rasa kemalangan di Pasir Gudang..

   Tiba-tiba,aku rasa mengantuk pulak.Apa taknya, dibuai dek lagu-lagu retro nan merdu di Sinar.. Jadi, aku off dululah ye...Sambung blogging semula apabila keadaan mengizinkan.


Anak-anak didik aku ada yang dah terlena...
Maklumlah seminggu suntuk mereka berlatih untuk pertandingan ni.

4 comments:

bjay69 said...

Setiap yang bernyawa akan pergi mengadapNYA...

ZWAN SABRI said...

Wah! Cayalah! dalam bas pown bole update blog.. HAHA

MySuaraBlog: Lelaki Gemuk Sperma Sikit

dill said...

salam takziah. moga dia ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

dill.

Ms. Littlewing said...

Have a safe journey yer..

Let's have a break!