Friday, July 15, 2011

UKM...Here I come!

     Entry malam ni hanya untuk memohon ribuan kemaafan buat kawan-kawan di alam bunian aku ni yang belum sempat aku balas kunjungan, follow dan sebagainya.Hatiku menggebu-gebu untuk blogging namun apakan daya ada tugas yang lebih penting untuk ku selesaikan.

   Esok, jam 8.00 pagi, akan bertolaklah aku ke UKM bagi mengiringi anak-anak didikku yang akan berjuang dalam pertandingan akhir pancaragam peringkat kebangsaan NatComp.Pertandingan akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 hb ini.Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.

   Meskipun hujung minggu ini waktuku penuh dengan aktiviti bersama anak-anak band, akan ku cuba meluangkan masa untuk update entry dan blogwalking.Apa-apapun, ku pohon doa dari semua untuk kejayaan pasukan kami.Amin....


Gambar lama dengan uniform lama
( Credit to http://thestar.com.my)


Gambar baru dengan uniform baru
(Gambar pinjam daripada http://applemelody.blogspot.com)

p.s:Rindunya aku pada UKM....
Adakah keadaannya masih sama seperti yang aku kenal dulu?


2 comments:

Nadia GhazaLi said...

dulu kat sekolah masok brass band, naik hitam berlatih tgh padang.

Cik Puan iLa said...

Good Luck n selamat berjaya kpd anak2 didik...

teringat pulak zmn cik ila masuk pancaragam dulu,nak pergi bertanding,punya la cuak sehari sebelum bertanding.. ;)

Post a Comment