Sunday, July 3, 2011

Yeah!Menang lagi!

   Kalau boleh setiap minit nak update blog.Tapi karang tak berapi pulak dapur aku.Tak berkemaslah pulak teratak buruk aku ni.Jadi dah petang baru dapat blogging.Mula-mula nak update pasal sukan sekolah aku semalam.Fuyooo!!!Kumpulan aku.Aqua, juara lagi.Tapi tahun ni aku kurang berikan sumbangan kerana kekangan masa dan tugas.Kalau tahun lepas, aku sibuk siapkan 33 sirip jerung untuk perbarisan dan lain-lain lagi.Harap-harap Cikgu Najid ketua rumah sukan aku yang baik hati tu tak marah.

    Awal pagi, cuaca nampak mendung tapi alhamdulillah lepas tu tambah ok dan ceria seceria anak-anak murid aku yang sibuk bersukan dan sibuk jadi usahawan muda ( sukan serentak dengan Hari Koperasi). Tapi padang masih lagi becak dan ada bahagian dengan rumput yang panjang kerana tak boleh dipotong akibat air yang bertakung.Tapi seronok jugak sesekali jadi budak-budak main lecak.Oklah..aku tau korang tak cukup masa.Mana nak update blog lagi, mana nak blogwalking lagi, kan?Kan?Jadi, jomlah tengok gambar je ....


Cikgu cuma makan roti je 

Sebahagian anak-anak aku yang menjadi juara.
Malu-malu pulak,

Anak-anak band aku yang baru tiba


 
Alamak!Kesian anak-anak polis aku kena denda sebab kalah perbarisan.
Dahlah kalah dengan Puteri Islam.

Penat wooo tapi sempat lagi posing.


Hasil main lecak

Posing dulu...


Antara piala yang dimenangi oleh rumah sukan Aqua.

Tahun depan, mudah-mudahan kami menang lagi untuk mencatat kemenangan 3 tahun berturut-turut.

p.s:Punyalah lembab upload gambar ni sempat aku basuh pinggan dan makan kuih ciki.
Pandai tak aku isi masa?

1 comments:

gnesop said...

Tahniah. Berbaloi dgn usaha kan?

Post a Comment