Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, August 7, 2011

Aku tak sampai hati...

   Hari ni plan nak berbuka di rumah sambil menonton Para Pencari Tuhan Siri 5 di SCTV.Semalam dah berbuka di rumah ayah.Tapi tiba-tiba, ayah call; "Jangan beli apa-apa kat bazaar hari ni.Ayah dah buat bubur lambuk" Maknanya apa?Maknanya aku kena berbuka puasa di rumah ayahlah.Tak sampai hati nak hampakan hati ayah.Dahlah hari-hari sekolah aku sibuk.Takpelah tak dapat tengok Para Pencari Tuhan hari ni.


Walau pun ayah kata tak payah beli apa-apa, aku beli juga onde-onde ni.Sebab aku tau ayah suka onde-onde.
(Gambar onde-onde pinjam dari http://rasamalaysia.com)

7 comments:

gedek! said...

keputusan yang tepat....

dulukan ayah...

selamat berbuka!

dill said...

jom serbu bubur lambuk ayah!

dill.

GaDis BuTtErFLy said...

x pe la, kita gembirakn hati ayah... dpt pahala, nie pulak di bulaan yg mulia nie, lg la double tripple pahalaa kita dpt.. hihi, selamat berpuasa buat akak sekeluarga :)

Kak Aya said...

bagusnya anak ayah ni....baguslah tu, jangan dihampakan harapan orang tua, esok2 bila dah tak ada, taklah rasa menyesal...lagi pun tugas anak adalah menggembirakan hati orang tua.

Khairil said...

utamakan keluarga....gembirakanlah hati ibubapa kita...jadilah anak yang taat...

gnesop.com said...

berbuka dgn keluarga adalah tempat yg terbaik :)
bila kita jd parent nanti, begitu lah akan kita harapkan.. anak2 ada bersama

RaNiA said...

sama la kita..igt minggu lepas taknak balik tapi abah dah pesan laksa..tak sampai hati lak nak cakap tidak..

Let's have a break!