Thursday, August 4, 2011

Cheese yang bukan keju..

   Dah terlanjur 2 entry sebelum ni cerita tentang nama, teringat pulak aku anak-anak murid aku yang pernah aku berikan nama.Bukan aku tak hargai nama-nama indah yang diberi oleh ibu bapa mereka, tetapi aku rasa lebih mudah nak mengingat dan rasa lebih mesra dekat di hati jika aku berikan nama-nama pilihanku sendiri.Tapi sebelum tu, aku pastikan, anak-anak murid aku tu setuju.Kalau dia orang tak suka, taklah aku guna nama-nama rekaan aku tu.Antara nama-nama yang masih aku ingat adalah :

1. Che An ( nama asal Amirul Shazreen)

2.Cheese ( nama asal Mohd Afzan Shafiq) - aku gelar Cheese sebab masa dia present PLBS    
tentang cheese burger, nampak cute sangat.

3.Azie ( nama asal Azroy Izzaty) - anak murid aku ni perempuan.Seorang yang sangat lemah lembut dan suara dia amboi mak merdunya!Aku panggil Azie sebab aku susah nak sebut Azroy.

4.Adik ( nama asal.... alamak aku lupa pulak sebab dalam kelas ni ada 2 pelajar yang aku keliru sama ada Mohd Fakhrul Afiq atau Mohd Arith Harithah)

   Selain nama-nama manja tu ada nama-nama yang aku selalu tertukar walau pun dah banyak kali aku cuba hafal contohnya Rizafarhana dan Nadiyah, Akmal dan Izwan, Ariff Ashraf dan Amirul Aiman.Nasib baik dia orang sporting dan tak marah... tapi yang peliknya, tak pernah pulak aku tertukar nama kucing-kucing aku yang 5 orang tu. ( dah macam anak aku dah jadi panggil 'orang' lah ye) :Panji, Winda, Caca,Cici ( nama sempena cerita Benci Bilang Cinta le ni ) dan Kiah ( Mula nak namakan Rocky tapi betina pulak jadi aku panggillah Kiah)


Kalau dah lebih kurang je rupanya, tak peliklah kalau aku selalu tersilap panggil nama.

3 comments:

GadisAntik said...

caca cici. hehe. comel nye name. ;p semua kucing tu comel. geram je!!

Nizam Ijam said...

mesti melekat nama tu..haha

~ AppLe BLosSoM ~ said...

tue gambar kucing cikgu ker..comel-comel...;-)

Post a Comment