Tuesday, August 23, 2011

Pemata yang bersinar....

   Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?Begitu juga dengan bakat lakonan hebat seorang pelakon yang tak pernah aku lihat lakonannya sebelum ni.Tiba-tiba je, aku terpikat dengan lakonan hebatnya.First class!Ibarat permata yang bersinar!Bagi anda yang mengikuti drama Ramadan Terakhir tentu tau pelakon hebat yang aku maksudkan adalah Fazlina Ahmad Daud, puteri pelakon hebat kesayangan allahyarham Saadiah dan pemuzik juga pelakon allahyarham Ahmad Daud.Bukan calang-calang pelakon dapat bawa watak berat 'Mazni' dalam drama tersebut.Minggu ni adalah minggu terakhir ditayangkan jadi sesiapa yang belum kenal siapa itu Fazlina Ahmad Daud, jemputlah menonton!Lagi pun waktu tayangan jam adalah 10.30 malam jadi tak mengganggu waktu solat terawih.


 

Inilah dia Fazlina Dato' Ahmad Daud.
Untuk kenal lebih lanjut sila ke SINI.
Gambar ni pun pinjam dari sumber yang sama.

Seniwati Saadiah

2 comments:

Nizam Ijam said...

kenangan lalu mengusik jiwa.haha

Shila said...

adik beradik ogy mat daud ke?

Post a Comment