Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, August 6, 2011

Tak kenang budinya aku!!!

   Pertama : Ala.... bestnya kalau dapat duduk rumah 24 jam macam setengah-setengah blogger yang full time jadi suri rumah.Boleh blogging lama-lama.Tapi aku kira untung sebab petang-petang atau malam-malam lepas balik sekolah, aku boleh blogging.Takde sape pun nak kacau.Banding dengan orang lain yang mungkin masa kerjanya jauh lebih panjang daripada aku, aku lebih beruntung.

   Kedua:Kan bagus kalau aku ada kereta besar atau kereta mewah.Barulah seronok nak ke mana-mana.Tapi aku kira untung sebab walau pun kereta dan rumah tak semewah mana, tapi aku sangat selesa.Sekurang-kurangnya, aku tak perlu naik bas turun bas bila nak ke mana-mana.Aku pun tak perlu cari besen atau baldi untuk tadah air bila hari hujan sebab rumah aku tak besar tapi rumah aku tak bocor.Banding dengan orang lain yang takde kereta langsung atau ada rumah tapi bocor sana-sini, aku lebih beruntung.

   Ketiga : Kan bagus kalau aku ada kawan keliling pinggang.Macam setengah-setengah orang yang aku jumpa tu ramai betul kawan mereka.Tapi, aku ada ramai kawan di alam bunian aku ni.Sekurang-kurangnya bila aku bosan, aku boleh berkunjung ke laman-laman mereka.Banding dengan orang lain yang tak tau langsung tentang alam wujud yang tak nampak nyata ni, ternyata aku lebih beruntung.

   Keempat :Kan bagus kalau follower aku beribu-ribu lemon macam setengah-setengah blogger tu.Barulah ada semangat lebih nak blogging.Tapi, aku lebih beruntung daripada setengah-setengah blogger yang dah lama, tapi follower masih boleh dibilang dengan jari.Maknanya aku lebih beruntung.

   Kesimpulan : Aku selalu rasa aku yang paling tak beruntung walau hakikatnya, Allah dah berikan lebih daripada yang sepatutnya.Masya Allah.... tak kenang budinya aku!

6 comments:

RaNiA said...

betul la kan cikgu..kita ni selalu tak bersyukur dengan apa yang kita ada..selalu nak banding2 dengan orang lain..kena muhasabah diri kita semua nie..:-)

Kak Aya said...

untuk menjadi orang yg bersyukur, kita kena tengok orang yang lebih tidak beruntung hidupnya berbanding kita.

PORUMAN said...

btl2...kita manusia x pernah bsyukur dgn apa yg kita ada..merungut saja tau...kalo fikir pasal trafik n follower ja dlm blogging, mmg tdk happy la mau blogging....

aizamia3 said...

kita jarang bersyukur dengan apa yang ada tapi bila kurang kita selalu meminta-minta padaNYA.. layakkah kita..?

Puan Kutu said...

apa yg penting bersyukur...syukur..syukur..alhamdulillah..;)

Bigdaddyz said...

sikap manusia mmg begitu tak dapat nak di halang...

Let's have a break!