Monday, August 15, 2011

Tazkirah untuk bapak-bapak yang hap**k di bawah bulan purnama....

   Tazkirah malam ke 16 berpuasa.Hidup sebagai seorang guru, walau pun kita takde anak, sebenarnya kita ramai anak.Dan bila ramai anak, maka macam-macam kerenah anak-anak yang perlu kita hadapi.Tapi kerenah anak-anak, aku boleh tolerate ( lupa lak BM nya).Yang aku tak boleh tahan adalah kerenah bapak-bapak!

   Aku tak anti lelaki kerana aku tahu ramai lelaki yang baik-baik atas muka bumi ni.Contoh paling jelas, macam Ujang yang sanggup teman isteri ke klinik atau Abang Gedek yang sudi tolong isteri di dapur.Apatah lagi Laling Curly yang 24 jam berkepit je dengan Mrs Curly.Tapi aku anti gila tahap gaban kata anak-anak murid aku terhadap lelaki yang diciptakan sebagai lelaki tetapi takde tanggung jawab jadi lelaki.

   Anak-anak murid aku ada yang mengadu tentang bapak-bapak mereka yang lebih rela tukar spare part motor atau kereta daripada hulur duit pada isteri untuk beli keperluan anak-anak.Keperluan raya tu boleh ampun lagi tapi keperluan untuk hidup bernafas atas muka bumi ni.Semua serah bulat-bulat pada emak-emak.Bagi akulah yang cuma dapat memerhati ni, lebih baik emak-emak tu jadi ibu tunggal daripada jadi ibu tunggul dibuat dek bapak-bapak.

   Sekarang ni musim trial untuk PMR di sekolah aku.Ada juga bapak-bapak yang buat muka lebih teruk macam cicak sebab langsung ak ambil peduli tentang anak-anak yang nak periksa.Kalau tak reti nak ajar tu, sekurang-kurangnya berilah semangat dan kasih sayang.Guna Pt McCare istilah di sekolah aku.(Personal Touch and Care ).Ini tidak.Bulat-bulat serah kat cikgu.Kang anak murid lebih sayang kat cikgu, cikgu jugak yang kena marah!

   Itu jelah aku nak membebel sambil tengok bulan mengambang pak ngah balik  nan indah.Kan bagus kalau aku jadi bulan?Jumpa lagi esok sebab aku kepenatan sakit pinggang dok layan SPSK.(ISO le tu )Kepada kawan-kawan yang aku tak sempat jumpa hari ni, jangan risau, panjang umur, esok kita jumpa lagi.Da....



Kepada bapak-bapak yang hap**k, baik ubah perangai, kalau tak aku makan engkau!
Grrrrrrrrr!!!!!


3 comments:

Shira Mary Jenn said...

wuuuuu..

marah cik scarlet..

tapi bapak yg macam tu memang hampeh lah kan..tak bertanggungjawab..nnt anak2 terikut plk..huhu

kpah k-poh Sharifahnor said...

ganazzz...

grOundnUt said...

Alhamdulillah...sib bek ayah aku tak macam tu...(walaupun dia garang!)^^

Post a Comment