Sunday, September 4, 2011

Cuainya emak bapak time raya...

   Semasa musim raya ni, aku perhatikan ramai ibu bapa yang cuai.Aku ulangi : CUAI.Contoh pertama aku lihat di stesen bas Pusat Bandar Pasir Gudang, hari Jumaat, 2 September yang lepas.Jam lebih kurang 3.30 petang.Aku lihat 5 orang kanak-kanak ( aku rasa belum bersunat pun sebab cinonet sangat) yang mungkin adik-beradik, mundar-mandir ke hulu ke hilir.

   Aku toleh kiri kanan depan belakang, tak pulak aku nampak manusia dewasa bersama budak berlima tu.Budak paling besar aku agak dalam 10 tahun.Paling kecik pulak dalam 4 tahun.Yang paling kecik tu budak perempuan.Dari apa yang aku perhatikan dan dengar dari perbualan budak-budak tu, mereka berlima dalam misi mencari duit raya dengan berkunjung ke taman-taman sekitar Pasir Gudang.

   Aku dengar budak-budak tu nak ke Taman Rinting dan sedang tercari-cari bas yang mungkin akan ke Taman Rinting.Aku dengar jugak seorang budak tu cadangkan supaya naik teksi tapi si abang yang paling besar kata; Nanti duit raya tinggal sikit, ayah marah.Aku tak taulah apa maksud budak tu 'Ayah marah'.Adakah ayah marah sebab duit raya tinggal sikit ayau ayah marah sebab ' ayah nak budak-budak kumpul duit raya sebanyak mungkin  yang boleh sebab 'ayah yang nak'.

   Tapi yang jelas, budak-budak belum cukup umur tu sangat terdedah pada bahaya.Bukan setakat bahaya dilanggar kenderaan tetapi juga bahaya diculik.Aku sendiri yang waras ni rasa macam nak culik budak perempuan yang paling kecik tu sebab comel sangat.Nanti bila anak-anak kena culik, barulah emak bapak menangis mengongoi tak berlagu.Raya, raya juga emak bapak oi, tapi janganlah biar anak-anak tu tanpa pengawasan.Karang aku culik betul-betul baru tau!Aku pun takde anak ni!



Anak itik pun emak dia tak bagi jalan sorang-sorang.
Tapi anak manusia?

7 comments:

Unknown said...

wah budak2 ni..nk kutip duit raya sampai nak naik bus ek~ kagum

Baiz Mamat said...

bahaya kan..nanti kene culik kan dah susah..sekarang kan ramai orang kene culik

ewanthology said...

ayah nak claim balik duit beli baju raya kat anak anak kot.. heee

sayA tonaH said...

kes kena paksa ke ape bebudak ni~

aizamia3 said...

advance budak2 sekarang..
ai pun cuma berani lepaskan kat taman perumahan ai tu sebab taman tu tak besar mana dan memasing kenal sesama sendiri.. ;)

rafina mimi abdullah said...

itulah ibu bapa yg lalai dalam tugas menjaga keselamatan anak2..kalau jadi apa2 memang patut mereka di hukum sama macam pesalah lain atas kes LALAI..huhu

Chekgu Azrine said...

budak2 zaman skang.. kecik2 dh pandai keluar sendiri..

ibu bapa plak ignore je..

Post a Comment