Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, September 27, 2011

Eeiii!Dia datang minggu depan!

   Tak tahulah apa isu hangat sehari dua ini di dunia blog sebab aku terlalu sibuk dengan duniaku yang satu lagi, dunia pendidikan.Aku sebenarnya sedang stress + risau +  gelabah + bla bla bla sebab dia datang minggu depan.Aku dah cuba sebaik mungkin untuk menyambut kedatangannya namun jujur aku mengaku yang aku belum betul-betul bersedia.

   Kedatangannya bukan boleh ku sambut dengan hamparan permaidani merah.Juga bukan dengan taburan kuntum segar mawar indah.Kehadirannya mesti ku sambut dengan senjata kanan dan kiri.Aku tak mahu tewas.Lantaran itu aku bekalkan sebanyak mungkin senjata yang perlu buat anak-anak murid kesayanganku.Ilmu pertempuran juga telah ku ajar tapi mengapa aku masih terasa sesuatu yang kurang?

   Seorang ibu akan risau jika seorang anaknya berjuang apatah lagi aku kerana hampir 400 orang putera-puteriku akan berada di perbatasan.Ilmu dunia aku ajar,ilmu akhirat aku bekalkan.Mudah-mudahan, perjuangan putera-puteriku akan diberkati dan kejayaan berjaya mereka miliki.Sekali berjuang, teruskan berjuang.... 

SELAMAT MENEMPUH PMR PUTERA-PUTERIKU!

3 KRK1
3 KRK2
3 KAA1
3 KAA2
3 ARIF
3 BESTARI
3 CEMERLANG
3 DINAMIK
3 ELIT
3 FIKRAH
3 GEMILANG
3 HARMONI



NEVER SAY NO TO SUCCESS!

3 comments:

KC@ella said...

Doa seorang Cikgu buat anak-anak muridnya. InsyaAllah dgn ilmu yg Cikgu bekalkan, diaorg berjaya menempuh nya. Amin.

Aduka said...

ohoooo..
cekgu upe2nyee..
=D

nick dot anis said...

selamat..:-)

Let's have a break!