Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 : Sah kami dapat bonus!

   Akhirnya, bajet 2012 telah pun dibentangkan dengan jayanya.Maka terungkailah persoalan dan pertanyaan; sebulankah, dua bulankah, tiga bulankah atau 40% kah? Jawapannya adalah tambahan bonus setengah bulan gaji lagi buat semua penjawat awam.Kesimpulannya jumlah penuh bonus tahun ini adalah sebulan gaji.Setengah bulan bonus telah dibayar pada bulan Ogos dan baki setengah bulan gaji lagi akan dibayar pada bulan disember.

   Walau pun taklah banyak, tapi syukurlah..... Siapa nak beri 2,3 ribu oiiii!Kalau banding dengan swasta mungkin jauh beza.Tapi aku secara peribadi kurang seronok dengan umur persaraan.Aku tak naklah pilih 60 tahun.Aku nak pencen umur 56 tahun je.Ada sikit masa aku nak pusing-pusing Malaysia!

   Bab lain tentang bajet tadi, aku tak berapa ingat.Maklumlah hujan ribut dan guruh berdentum di langit di Pasir Gudang mulai jam 3 petang sampailah sekarang.Tu yang aku tak berani nak tengok TV lama-lama tu.Tapi tak pe kerana aku tau mesti ramai teman-teman blogger yang lain buat liputan khas tentang bajet hari ni.Aku minat nak melapor bab bonus je.




Dapatlah lagi aku merasa ais krim lagi.
Kalau boleh Tutty frutty!


ps: Kenapa tak guna perkataan belanjawan ye?

3 comments:

khatgrafik said...

Salam,
Tahniah dapat bonus lagi :)

Link penuh teks Belanjawan http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub12.pdf

delarocha said...

masyuk laaaa

nick dot anis said...

anis pon excited dgr bajet td sbb taun depan da masuk industry...huhu2.tak sbr nak keje:-)

Let's have a break!