Saturday, October 8, 2011

Bajet bela rakyat dan Kebayan.

   Bajet 2012 telah pun dibentangkan semalam.Namun aku yakin hari ini, di mana-mana pun, bajet 2012 akan menjadi tajuk utama yang dibincangkan.Sebagai rakyat Malaysia, aku bersyukur kerana kerajaan masih lagi mampu memberi kepada semua rakyat.Untuk ibu bapa khasnya, aku rasa tentu lega kerana persekolahan anak-anak adalah percuma.Berikut adalah sedutan dari Kosmo:

  Najib mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan sistem pendidikan rendah dan menengah secara percuma.
  "Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 sen bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful.
  "Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan,'' jelasnya dengan menambah, pemansuhan semua bayaran itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta.
   Selain itu, Najib turut mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah daripada tahun satu hingga tingkatan lima di seluruh negara.
Bantuan itu akan melibatkan kira-kira 5.3 juta pelajar sekolah pada tahun depan dengan nilai peruntukan RM530 juta dan disalurkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).
     Dengan kata lain, hanya bayaran PIBG sahaja yang perlu dibayar oleh ibu bapa.Biasanya bayaran PIBG hanya dibayar sekali untuk satu keluarga.Anggaran biasa adalah RM20 hingga RM40.Rasanya taklah membebankan sangat.Selain dari itu, pemberian RM1oo untuk setiap pelajar juga aku rasa suatu yang tak pernah dibuat dek negara lain.Maknanya budak-budak yang tak tau apa itu bajet pun ikut merasa.
   Oklah.Jam dah pun menunjukkan pukul 6.30 pagi.Aku nak mengemas rumah lepas tu siap-siap ke kebayan ( kedai makan ) ayah aku.Lama tak rasa roti canai dan nasi lemak ayah.Sambil tu aku nak dengar cakap-cakap kedai kopi ( cakap-cakap kebayan?) tentang bajet 2012.Nak baca lebih lanjut tentang bajet, jenguklah ke SINI.



Budak dua orang ni pun dapat RM100 seorang.



Ayah di Kebayan.Ni uniform time tebar roti canai.
Tapi ayah ada pembantu full time tebar roti.Ayah cuma dok tengok je.
Yang di belakang tersenyum manis tulah emak aku!

3 comments:

nick dot anis said...

sonok dgr bajet 2012 kat tb smalam..nanti kena dload ikut pdf pulak...lam kelas nnt 4 sure doctor tnye..huhu:-)

ieda Qema said...

manis senyumannye...

Uji Hussein said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment