Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, October 8, 2011

Blog review keempat. Aku jatuh cinta lagi...

   Tiba-tiba aku rasa aku jatuh cinta lagi!Walau pun wajahnya tak pernah ku kenal, namun suaranya sentiasa menjadi peneman kala hatiku lara.Ahh!Jangan kata aku patut banyakkkan ibadat untuk mengubat hatiku yang luka.Itu cliche!!Aku tak mahu hipokrit!

   Selain wajah misteri Abang Gedek dan gaya lucu bersahaja Kak Pah KPoh kesayanganku, dialah  antara orangnya yang sentiasa aku kunjungi.Dia ada sesuatu yang tiada pada orang lain.Dia ada faktor x yang hanya akan dirasai dan difahami oleh mereka yang faham.Cuba lihat kata-kata dia yang aku maksudkan...

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

   Walau pun dia kata dia tak hebat, bagiku dia sebaliknya kerana entah kenapa aku jatuh cinta pada merdu suaranya.Cuma aku agak keliru tentang lokasinya.Tertera Ciudad de Nagua, Dominican Republic.Betul ke tak, tak kisahlah kerana aku jatuh cinta pada kerendahan hatinya...Buktinya?Cuba lihat di bawah...

   hai. aku seorang penggitar.tapi aku bukan penggitar yg handal mane pon. aku xreti goreng2 maut cam org lain. aku xreti maen cord susah2 cam org len. aku hanye bermuzika berbekalkan 9 cord basic yg sebenarnye budak darjah 2 pon tau maen. tapi itu x menghalang aku utk bermuzika. mungkin aku dilahirkan utk menjadi seniman jalanan. aku bermuzika mgkin utk menghilang tekanan perasaan sbg student asing di negara org. mungkin dgn gitar ini , aku boleh meluahkan perasaan dan berkongsi cerita ngan korg. lagu2 yang aku cipta kebanyakan berkaitan rapat ngan hidup aku. dan ia sangat macho.kehidupan macho diiringi petikan gitar tua. -jiwa akustika hidup ini

   Oklah.Aku tak sabar mendengar suara dia yang ku maksudkan.Jika sudi , silalah jenguk ke rumah Encik Mimpi.


Encik Mimpi - Lirik Gitar & Lagu Macho

p.s: Ini adalah review ke empat untuk blog yang aku suka.
Pertama : Musang Merah.
Kedua : Abang Gedek.
Ketiga:Itik Kuning.

7 comments:

kpah k-poh said...

kpah ajak en mimpi berduet dgn kpah heeee

kakchik@ella said...

OOOOO. Suka dia eh? Kita cikgu suka tak??? Weeeee ... *dgn muka tak malunya bertanya*Hihihi.

Mia Liana said...

wahhh rajinnya buat review... :)

faizal mohd said...

mula2 ingat kak pah yg penyanyi tu. hehe. jgn marah ye kak pah. :)

Encik Mimpi said...

terima kasih sbb tulis psal en mimpi. rasa dihargai pulak. hee.. thnx ye! tmbah smgt la camni. hee

RedVixen said...

tengs again cekgu (mode: terharu T^T)
masih blushing :)

kpah k-poh said...

amboi..faizal..kalau kpah yg nyanyi tu..encik mimpi tak cari org lain dahhh..asyik nak suruh kpah jer beduet dgn dia..hik..hik..hik...

Let's have a break!