Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, October 26, 2011

Kenapa Allah jadikan kita berbeza-beza?

   Kenapa Allah jadikan kita berbeza-beza?

Ada miskin ada kaya
Ada bahagia ada derita
Ada tawa ada sengsara
Ada teman atau sendirian

Ada orang berdoa sekali
tapi tercapai segala yang dihajati.
Ada orang berdoa tiap hari
tapi derita bertali-tali.

Ada orang cinta buat syarat
tapi bahagia sepanjang hayat.
Ada orang cinta setengah mati
tapi penghinaan, cercaan yang diberi.

Ada orang ilmu tak banyak
tapi seseorang di kalangan khalayak.
Ada orang ilmunya tinggi
tapi nasib selalu tak menyebelahi.

Ada orang tak tahan diuji tuhan.
makan hati, bunuh diri.
Ada orang biar apa pun tetap senyum bertahan
Mudah-mudahan ada sinar terang menanti...



Kucing pun stress..
Apatah lagi kita manusia...

( Gambar Cik Google )

7 comments:

delarocha said...

Allah tidak pernah menjanjikan bahawa kehidupan itu akan selalu mudah dan bahagia. Pasti adakalanya manusia akan ditimpa musibah. Yang pasti teruskan bergantung harap pada-Nya.

kpah k-poh said...

setiap sesuatu itu ada hikmahnya..

faizal mohd said...

dugaan tu berbeza untuk setiap manusia. Allah maha tahu keupayaan setiap hambanya untuk menanggung dugaan yang diberi oleh-NYA.

"kepadaMU aku berserah. kepadaMU aku memohon pertolongan". :)

gedek! said...

kalau semua sama, tak fun la....

kan?

ain dzaya said...

cumil pulak kucing tu..
ngengada nk stess gak...
kang gomol t taw la :'))

Nur Aischa said...

betul tu,sesuatu yg berlaku ada hikmahnya ^_^

Ujie said...

antaranya..sbb Allah nak kita berfikir dan belajar dari kejadian sekeliling. lps tu yg kuat tlg yg lemah..

Let's have a break!