Thursday, October 13, 2011

Maaf, Kak Pah!Bercelaru jadinya....

   Hari ini adalah hari lahir Kak Pah kesayanganku.Memang aku gembira walau pun aku tak dapat melayangkan ucapan seawal mungkin.Aku ingin menulis entry khas buat Kak Pah kerana Kak Pahlah yang telah menceriakan siang dan malamku yang sebelum ini jelas suram.Namun apa dayaku kerana kegembiraanku direnggut oleh berita menyakitkan hati dari tanah seberang.

   Laskar Merah Putih telah cuba menceroboh kedutaan Malaysia di Jakarta.Buat kesekian kalinya Malaysia sekali lagi dituduh merampas hak mereka.Kali ini kononnya Malaysia merampas tanah.Walau pun telah dinafikan oleh 4 orang menterinya, ternyata laskar merah Putih tetap dengan tindakan kurang ajarnya.Inilah sebenarnya yang membezakan orang Malaysia dan Indonesia!

    Entah kenapa tiba-tiba aku benci melihat muka orang-orang Indonesia di sini.Maaf, kerana aku berlaku jujur.Aku benci melihat muka orang Aceh yang berniaga terutama di kedai runcit di sini.Maaflah.Tak ingin aku singgah di kedai kotor kamu!Contohnya kedai runcit Achi di Taman Cahaya Masai,  Pasir Gudang.Penuh dengan t**i kucing.Tak guna aku layan orang-orang ni baik-baik kalau negara aku dikutuk dihina di negara mereka.

   Tiba-tiba, aku benci dengan mak urut yang selama ini nampak bukan main baik.Geli geleman aku bila jumpa dia peluk dan cium pipi aku kiri kanan.Ceh!Aku cuma peluk kawan-kawan, sedara-mara dan anak-anak murid aku saja.Orang seberang?Maaf!Aku marah dengan tindakan kurang ajar suku sakat mereka di Indonesia.Kalau dulu aku masih boleh tolak ansur lagi.

    Tiba-tiba juga, aku rasa benci dengan bibik-bibik termasuklah bibik adik aku.Bila ikut adik aku balik kampung, kami, terutama emak aku layan dia macam sedara tapi suku sakat dia di seberang buat kurang ajar pada negara aku!Cis!Buat baik dengan orang seberang, umpama melepas anjing tersepit!!!

    Tapi, tiba-tiba aku teringat... Rata-rata orang seberang yang aku benci itu adalah saudara seagamaku.Aku sedar aku tak harus membenci mereka.Aku juga sedar betapa mereka memerlukan negara kita untuk sesuap nasi.Maka, aku ikhlaskan segala tindakan kurang ajar mereka juga laskar merah putih yang menceroboh kedutaan kita.Mudah-mudahan, dengan keikhlasan itu, negara kita akan lebih aman dan makmur..dan aku masih terus menonton SCTV dan RCTI, siaran TV negara seberang.

   Kak Pah!Maaf, entry khas untuk ucapkan selamat hari lahir buat Kak Pah, bertukar menjadi entry emosi..... 



Ini kek untuk Kak Pah yang aku tempah di Google.
Sheng ri kuai le Kak Pah!



Ini kek ( atau kue kata orang seberang) untuk sedara serumpun 
di Indonesia yang selalu bertindak kurang ajar.
Kek ni pun Cik Google sponsor.

1 comments:

kpah k-poh Sharifahnor said...

terima kasih Scarr..walaupun emosional..

Post a Comment