Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, October 22, 2011

Muammar Gadaffi mati dibunuh.Perlukah?

   Suratkhabar hari ini, banyak yang memilih kematian Muammar Gadaffi sebagai tajuk utama.Aku tak pasti nak ikut sama bersyukur atau bersedih.Jika dilihat pada gambar-gambar sama ada di suratkhabar atau internet, rakyat Libya amat bersyukur dengan kematiannya.Jenayah beliau sebagai seorang pemimpin kuku besi tak dapat dimaafkan, mungkin.

   Namun, sebagai saudara sesama islam, entah kenapa aku sedih bila membaca tentang pembunuhannya.Ada yang kata kena belasah sampai mati.Ada pula yang kata kena tembak.Entahlah.... Tak dapat aku bayangkan perasaan isteri dan anak-anaknya yang masih hidup.Kata orang, buruk-buruk pun tetap kita sayang.Sedih tau!Aku tambah sedih bila dikatakan, beliau sempat merayu supaya tidak dibunuh! "Anak!Tolong jangan bunuh saya!"Alahai.... sampainya hati!




Sejahat mana pun dia, dia adalah saudara seagama kita!



Cuba bayang yang terbaring ini adalah ayah kita?


p/s: Tiba-tiba aku teringat seorang anak muridku bernama Muammar Gadaffi. 

8 comments:

Gua Tertidur said...

tukar ke shoutmix.. sbb lg ringan kot . hahahaha

Gen2Merah said...

kesian kan.... saudara seagama kita diperlakukan sebegitu rupa.. pastinya musuh2 Islam bersorak gembira dengan pertelingkahan kita sesama umat Islam..
semoga Allah mengampun dosa2 nya..

tyra uyura said...

tak dapat bayangkan kalau tu ayah sendiri .. sedihnye !

MiSz fiFiEyQa said...

ohh..so berita ni confirm betul la??maaf la memang x baca paper..err..x tau nak kasi respon cmne..huhu..

Miss Eiza said...

tak suka keganasan =(

deno said...

deno sangat tak bersetuju org memperlakukan dia mcm nie... kalau ya pun dia bersalah, tak perlu mcm tu... buatlah perkara lain... penjara ke... ne tidak, walaupun dirayu oleh dia, org tetap memukul dan bunuh dia... di manakah perikemanusiaan?

Jendela Hati said...

betul, kdg xsanggup tgk kat paper pic camnie

ain dzaya said...

doakan yg terbaik untuk dia...
moga dia ditempatkan di kalangan hamba ALLAH yang dikasihi..=)

Let's have a break!