Saturday, October 15, 2011

PPSMi : Tak perlu pungutan suara.

     Bila tengok tajuk di atas, aku rasa menyampah.Meluat.Bukan sebab aku meluat B.Melayu digunakan semula dalam sesi pengajaran & pembelajaran Sains dan Matematik.Tidak!Tidak sama sekali.Tetapi aku meluat kerana ramai sangat orang yang berlagak pandai beri pendapat itulah!Inilah!Sekejap kata guna BM lagi baik.Dah tu ada pulak NGO sibuk nak buat pungutan suara kerana kononnya guna BI lagi baik.Hello!Buang masa je debat lebih-lebih tapi tindakan takde.Ibarat tin kosong bunyi bukan main kuat tapi habuk pun takde.

   Pihak Kementerian Pelajaran pulak aku rasa jenis macam lalang.Maaf aku kritik.Dah molek-molek buat dasar ( yang aku pasti menelan belanja yang besar dan perancangan yang bukan sekejap),  bila kena kritik satu dua pihak, tukar pulak dasar lain.Patutnya, janganlah senang-senang ubah sesuatu yang melibatkan modal insan ( istilah biasanya manusia ) ni.Pening kepala anak-anak murid aku di sekolah.Dahlah cikgu setengahnya tu, separuh masak je.Cakap omputih tunggang langgang, cakap Melayu berterabur.Akibatnya, yang dikejar tak dapat,( Sebab budak-budak di sekolah tu tak reti-reti juga guna B.Inggeris sama ada untuk Sains dan Math atau untuk subjek BI tu sendiri), yang dikendong berciciran ( sebab BM budak-budak tu pun berterabur)


   Pada akulah yang dah berbelas tahun mengadap budak-budak tu di sekolah, isu paling penting sekarang adalah bagaimana untuk memastikan budak-budak ( anak-anak kita tu) supaya ada kesedaran untuk berjaya dan menguasai setiap subjek ( termasuklah Sains dan Matematik) tak kiralah dalam bahasa apa pun ia diajar.Pelajar sekolah aliran Cina, aku rasa, kalau Sains dan matematik diajar dalam B.Tamil sekali pun, mereka akan tetap cemerlang kerana bagi mereka kejayaan bukan disebabkan oleh bahasa pengantar yang digunakan semata-mata tetapi adalah disebabkan oleh kesedaran dan kesungguhan untuk berjaya.Inilah yang budak-budak Melayu kita takde.Jadi, perlu fikirkan perkara ini dengan lebih serius daripada buang masa buang air liur bertekak soal nak guna BM atau BI.




Ini Mr.Michael Williamson, guru B.Inggeris aku semasa Ting 1 - 3.
Aku budak kampung yang tak biasa berbahasa Mat Salleh.
Tapi kesedaran dan kesungguhan aku untuk menguasai bahasa penjajah ini membuatkan aku berjaya menguasai  bahasa ini.
Bukan semata-mata disebabkan dasar kerajaan atau debat sana sini seperti sekarang. 

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

saya setuju dengan cikgu... gaduh sana sini, akhirnya habuk pun tarak.. kesian anak2 bangasa kita, selalu berubah dasar

Aien Not Alien said...

kerana hal2 macam ni yang mendapat kesan paling ketara para pelajar...

sekejap bahasa ni, sekejap bahasa tu bila istilah2 rumus2 pun dalam dwi bahasa...

kena ingat tak semua pelajar mampu nak usaha sendiri nak memahirkan diri sebab dah memang pelajar dapat ilmu disuap dari guru bulat2... kalau yang berusaha sendiri pun...ada..tapi tak ramai...

Post a Comment