Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, October 2, 2011

Terima kasih, Syazwandi....

   Baru-baru ini seorang anak murid aku bertanya padaku tentang masa depan.Katanya, adakah dia mempunyai peluang untuk punya masa depan yang cerah sedangkan setelah penat dia memerah otak, keputusan peperiksaan percubaannya hanyalah E, E, E dan E.Dengan kata lain 7 E dan 1 D.Jika peperiksaan dijadikan kayu pengukur, maka jawapanku tentulah betapa gelap masa depan yang bakal menantinya.Tapi aku tak sampai hati...

  Selepas aku pujuk dengan kata-kata biasa seorang guru; tak pe cuba lagi kerana sekali gagal bukan gagal selamanya, anak murid aku tu, melemparkan senyuman yang aku rasa sangat tulus.Kemudian katanya, kalau memang telah ditakdirkan olehNya, hanya setakat 7 E dan 1 D itu saja yang mampu dicapai, walau pun telah habis segala upaya dicuba, dia ingin mendaftar dalam sekolah kemahiran.Katanya lagi, mudah-mudah dengan kemahiran yang dimiliki, dia mampu membela nasib ibu dan ayah.

    Aku rasa aku belajar sesuatu daripada anak murid aku itu iaitu keikhlasan dalam menerima takdir yang telah ditentukan.Sedangkan aku, selalu berfikir, jika dulu aku adalah pelajar ranking pertama hingga SPM, penerima anugerah dekan di universiti, penerima Anugerah Cemerlang 2 kali, dan pelbagai kejayaan lagi, tapi kenapa kini aku hanya seorang guru biasa?Kenapa aku bukan seorang doktor?Kenapa aku masih lagi belum memiliki PhD?Kenapa?Kenapa dan kenapa?Rupa-rupanya Allah ingin mempertemukan aku dengan insan-insan istimewa seperti anak muridku, Mohd Syazwandi...Terima kasih Syazwandi...


   

10 comments:

saya cello191 said...

terharunya~~
masing2 ada kurang and ada lebihnya...^^

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam sis..segala yg berlaku pasti ada sebab musababnya kan?jika kita tgk..rakan yg tak pintar mana kat sekolah dulu pun blh hidup lbh mewah dan baik berbanding yg pintar.dan yg kurang pintar memiliki kemahiran yg luar biasa hingga punyai syarikat sendiri.itulah kuasa Allah sesuai dgn usaha hambanya.wallahualam

Syazwan Che Deraman said...

ooo..cikgu rupenya awak ni.
hehhe.

bagus anak murid tu.
ada plan yang tersendiri.

ape ape pun, usaha setakat yang termampu.. nanti Allah akan tolong.
usaha dan tawakal.

saya pernah fail addmath.

kpah k-poh said...

selain dari akademik, kemahiran juga menjanjikan pendapatan yg lumayan...

lagenda said...

Tu lah..setiap yg ditentukan oleh ALlah mmg ada hikmatnya yg tersendirikan?

Baguslah..dr kekurangan org lain, kita blk amik sesuatu pengajaran..

caliph shuriken said...

setiap apa yg berlaku ada tersurat & tersirat kn ^^

Yumida said...

syazwandi yg teristimewa..andai kita sntiasa berada di tmpt tggi..kini kita blh memahami org yg berada d bwh..

gnesop.com said...

mungkin Allah hendak cikgu sebarkan ilmu dan pengetahuan yg ada kepada murid.. jika masuk bidang lain seperti doktor, peguam, arkitek, kecemerlangan hanya untuk diri dan kerjaya sahaja. dengan guru, cikgu boleh sebarkan ilmu-ilmu kecemerlangan tersebut.. betul tak?

semoga menjadi guru yg cemerlang :)

gedek! said...

sesungguhnya kita semua maseh 'belajar'

haha!

mr.curly said...

xpela, ado PHD ke xdo ke..yg penting propesen sorg guru ni adelah sgt mulia..windu laling!!!..hikhik

Let's have a break!