Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, October 2, 2011

Tolong!Bom jangka dalam dapur rumah aku!

    Jangan terkejut bila membaca tajuk entry aku hari ni.Memang betul ada bom jangka dalam dapur rumah aku.Tu yang aku fobia nak ke dapur.Apatah lagi nak memasak.Aku terfikir jugak nak report polis tapi sia-sia aku kena gelak nanti.Jadi nak tak nak, aku tawakal je lah.Mudah-mudahan Allah selamatkan aku dari segala bencana.

   Kau gelak?Tak baik gelakkan aku.Memang aku fobia!Aku benci perasaan yang mengganggu aku tu.Dahlah fobia aku pada ulat, ular dan benda yang sewaktu dengannya masih tetap bersarang dalam jiwa.Hinggakan tangan aku yang bersih gebu ni pun aku nampak berlubang-lubang, bersarang dengan segala macam ulat dan bakteria!Dah tu, tali pinggang pun aku rasa seperti ular melingkar!Serius aku perlu jumpa pakar.Doktor ke?Harap-harap bukan psikiatris.Nanti ada pulak berita kata aku blogger gila.

   Berbalik pada bom jangka yang aku sebut tadi, fobia aku tu mula-mula aku sedar di pasar malam.Aku tengok, ada peniaga ayam yang meletakkan tong gas memasak tak sampai setengah meter jaraknya dari dapur dengan api menyala marak.Aku rasa peniaga tu sama ada dia t*n***g sebab tempah tiket nak mati atau dia tu kebal tak lut dek api.Dah tu letak pulak kuali berisi minyak panas atas tong gas!Hilang akal betul!Aku yang menderita fobia tak berani ke pasar malam.Manalah tau, tiba-tiba tong gas tu meletup?Tak sempat mengucap aku jadi ayam goreng!

   Baru je aku nak lupa fobia aku tentang bom jangka di pasar malam tu, Kosmo pulak buat aku berpeluh balik.Tong gas kan ada dalam dapur setiap rumah termasuk dapur aku.Maknanya, bom jangka tu ada dalam dapur rumah aku sendiri.Bunyinya macam bodoh sebab aku fobia pada tong gas dalam dapur rumah aku sendiri tapi itulah kenyataannya.Akibatnya, dah pukul 12.08 tgh dah ni tapi aku belum masak apa pun.Aku takut!Untuk hari ni,terpaksalah aku beli lauk kedai dulu.Esok, aku tengok keadaan macam mana.Tapi serius aku cakap, aku kena jumpa pakar ni.




Benda ni jangan sesekali kau campak pada aku kalau tak aku mati terkujat kat situ jugak!



Benda ni keras kejung je tapi aku tak berani dekat.Aku takut!



Ini contoh akibat letupan yang aku google dari SINI.



Kalau tinggal di kampung, bolehlah aku guna dapur kayu.

Anda ada nasihat atau cadangan?




9 comments:

Nur Aischa said...

pehhh paling tak suka cacing ulat tu smua ohh. lagi lagi pacat lintah tu! xS

Belalang Hijau said...

omak aih!

gambaq apa la yg scarlett g letak tu? ngeri ya amat aku nengok....

betul gak ek...baru belalang terpikir psl hal nih...

Aduka said...

pergh!
ngeri aku tgk gambar org tu!
@____________@

Buuwa said...

kak.. nak gelak jugak... hehehe..
dulu2 masa zaman kecik2..sy takut gak ngn bom jangka tue.. asyik byngkan kalau bom jangka tue meletup je.. skang nih dah berbaik2 ngn bom jangka.. kalau tak cam mana nak duk dapur..heeheh

Koding said...

Mintak tolong tukar gambar mangsa letupan gas tu dgn benda lain....
Aku bimbang hilang selera makan aku utk beberapa hari nanti....

Cik Azizah said...

ngerinya tengok..xmo xmo!

Ini Kisah Tia said...

omaiiii .. seram dan ngeri tengok gambar tu .. plis jangan letak lagi macam tu .. huhuh ..

puanbee said...

pakai wayar yang boleh on off sendiri ..

kpah k-poh said...

bahaya ada di mana2..scarr..kpah sampai skrg takut nak pasang gas bila tukar balang gas...dulu kena tunggu suami balik kerja..baru pasang..skrg ni suruh budak yg hantar gas tu pasangkan..hmmm..

Let's have a break!