Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, October 16, 2011

Wang bantuan pelajar RM100 dibayar pada bulan Disember

       Wang bantuan RM100 untuk anak-anak murid tahun 1 hingga tingkatan 5 akan dibayar pada bulan Disember.Yahuuu!!!Kata anak-anak murid aku.Konon katanya wang tersebut akan dibayar secara tunai melalui ibu bapa dan akan diuruskan pembayarannya oleh pihak sekolah.Dengan kata lain, cikgu-cikgulah yang akan menguruskannya.Hissh!Bulan Disember tukan dah cuti sekolah?Cikgu kena datang sekolah awal ke?Kalau hujung Disember, oklah tapi kalau awal Disember, tak sempatlah cikgu-cikgu nak bercuti lama sikit.

   Perkara kedua, yang ditimbulkan oleh anak-anak murid aku adalah : Adakah ibu bapa atau penjaga cukup amanah dan menggunakan wang tersebut untuk keperluan persekolahan anak-anak semata-mata.Bayangkan jika ada 5 anak = RM500.Dah boleh buat shopping tu!Betul juga kata anak-anak murid aku tu.Tapi takkan ibu bapa nak makan duit anak-anak?Buat shopping mungkin tidak tetapi bagaimana dengan membayar bil-bil api air dan sebagainya?Boleh ke?Ha... soal ni terserah pada ibu bapa.Tak tau apa aku nak komen.Cuma satu je harapan aku, agar RM100 kurniaan kerajaan itu digunakan semata-mata untuk keperluan persekolahan anak-anak.

"psst!Teacher! Kalau saya nak beli benda ni boleh tak?"tanya anak murid aku.
"Benda apa?' aku pulak tanya.
"Tu!Yang kat bawah tu!"kata anak murid aku lagi.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


"Haaaa!!Kalau benda ni, baik DS Najib tak payah bagi duit!"
Itu jelah jawapan aku.

6 comments:

Umi Anaan said...

suke lah adik n anak buah sye nanti..dpt rm100...

shiema sufian said...

untungnya diorg :)

Ms Ef Abas said...

rasanya RM100 per famili. tp sepatutnya bantuan khas ini perlu difokuskan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan betul2 memerlukan. buat apalah nak bagi pada mereka yang dah kaya raya dgn pendapatan RM20-30ribu sebulan...hmmm...

kpah k-poh said...

mulanya kpah ingatkan masuk akaun..utk masa depan anak2..tapi tak tahulah pulak diberi cash...

oli-go said...

den tak setuju kalau dorang nak bli yang bawah tu..hadoi..dunia makin moden tapi boleh merosak kan anak muda..kalau guna kejalan yang betul tak pe la..

niesa said...

dulu sekolah tak de pun nak berhenset2 bdk2 sekarang ni...hurmmm

bantuan yg kerajaan nak bg tu hrp tak disalahgunakan...mereka sgt bertuah dan beruntung...dulu tak sempat nak merasa sume ni...yuran pun da dimansuhkan hrp mereka2 ni lebih rajin belajar

Let's have a break!