Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesay



Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Tuesday, November 29, 2011

Half Wordless Wednesday

Pada suatu hari, ada seekor kucing...
Opps!
What?
Wordless?
Alamak!Lupa pulak esok wednesday so wordlesslah!

mmmmmmmm
iiiiiiiiiii
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ooooooo




zzzzzzz!!!!!!

Segmen Entri Pertama Aku berblog


Pagi-pagi melawat Cik Wan,
Sambil makan buah kuini;
Wah!Ada segmen,
Mesti kena join ni.

Segmen anjuran Cikgu Wan Suka Muzik yang julung-julung kalinya diadakan.
Sesiapa nak join, klik SINI

Syaratnya mudah saja.

1.Tepek banner di atas tu.Saiz ikut suka.
Kemudian link kan ke rumah Cikgu Wan.

2.Tajuk :Segmen Entri Pertama Aku berblog.


3.Cikgu Wan mintak ceritakan sedikit sejarah macam mana aku start berblog.
Sebenarnya aku tak suka sangat paper Sejarah ni jadi aku tak berapa ingat macam mana aku start blogging. 
:D
Hehehe!Sebenarnya aku start blogging bila aku tersinggah rumah Cikgu Zara.Dia cikgu.Aku teacher.Kalau dia boleh blogging, takkan aku tak!
Itulah detik mulanya aku blogging.
Alasan kedua sebab aku nak cari kawan.

4.Kena buat link ke entry pertama.Oklah.Walau pun agak malu-malu kucing, dengan ini aku menjemput sesiapa yang sudi untuk membelek dan komen kalau sudi, ENTRY PERTAMA aku.

Entry pertama aku tu bertarikh 8 Mei 2010.
(Fullamak!Dah setahun lebih dah rupanya blog aku ni.Tapi masih lagi tak popular)

5.Cikgu Wan mintak aku promote segmen ni.Ok aku nak promote ni.
Beli!Beli!Dua singgit!
Jom kita join segmen ni ramai-ramai.
Aku pun teringin nak baca first entry orang lain.
Janji aku tak gelak!
Sesiapa nak join, klik SINI

6.Tinggalkan link di entry Cikgu Wan. 
Bereh bos!


Malunya nak ajak orang baca entry pertama aku.
tapi, silalah.Klik kat link atas tu.
:D

Buffered Earning ke 18

Sehari langsung tak blogging tapi Cik Buffy beri juga BE.
Terima kasih Cik Nuffy atas BE ke 18 yang diberi.
Michelin XM2.



Gambar Cik Google beri.

Sunday, November 27, 2011

Itulah mak satu-satunya!

   Untuk sehari dua ni, aktiviti blogging terpaksa aku kurangkan.Kerja sekolah dah tak banyak tapi mak pulak sakit.Walau pun aku bukan anak emas emak, aku rasa sedih sangat semasa dapat tahu emak sakit hari Jumaat lepas.Jadi, terpaksalah aku balik segera walau pun meeting baru saja bermula.Terima kasih kepada puan pengetua, Puan Rohana Abdullah dan Penolong Kanan 1, Puan Hajah Saleha Wahab kerana mengizinkan aku balik.

   Sabtu, 26 November, keadaan mak masih sama.Tapi oleh kerana satu urusan yang mesti aku selesaikan, aku terpaksa juga ke Shah Alam.Hanya doa dapat aku panjatkan mudah-mudahan keadaan mak makin pulih.Terima kasih pada adik aku, Cikgu Nisa' dan suaminya yang tak jemu-jemu menjaga mak.Dahlah selama ni, banyak duit dia orang belanjakan untuk mak.Sedangkan aku, tak mampu untuk beri komitmen 100%.

   Sabtu, malam, aku terima panggilan dari adik aku Cikgu Nisa'.Mak makin teruk.Takde respon walau pun demam dah berkurang.Mak dah tak boleh gerakkan badan langsung.Sedihnya bila adik aku kata, mak terbaring di bilik air.Ayah aku walau pun masih sihat, tapi tenaga ayah tak mampu mendukung mak bawa ke katil.Nasib baik ada ada ipar aku yang memang berhati mulia.Malangnya aku terpaksa menunggu Ahad untuk pulang.

   Ahad, 9 pagi:Adik aku Cikgu Nisa' sms beritahu mak dah nak makan walau pun cuma bubur.Alhadulillah kerana dah 2 hari mak tak  selera makan.Mudah-mudahan, keadaan mak makin pulih.Jam 2.30 petang, baru aku dapat bertolak balik ke Pasir Gudang.Aku menaip ni pun dalam kereta di highway.Muah-mudahan keadaan mak tak membimbangkan kerana itulah satu-satunya mak yang aku ada.Sampai Pasir Gudang, aku akan terus ke rumah mak.


Doakan mak aku sihat dan aku selamat sampai di Pasir Gudang


Friday, November 25, 2011

Ingat nak buat family planning. Terbanyak pulak!

“Jika prosedur dilakukan dengan baik, bagaimana ia boleh berlaku?”

Cuba baca soalan di atas.
Bayangkan situasi yang diberi.

1.Tersilap beri anugerah seperti kes Yuna
Rasa geram macam nak tumbuk-tumbuk muka panel yang buat kesilapan tak cerdik tu.

2.Tersilap beri markah time menanda kertas exam
Kesilapan ni besar tapi masih boleh diperbetulkan.Kira ok walau pun rasa nak tarik-tarik telinga cikgu yang buat silap tu.

3.Tersilap beri kucing makan
Paling kuat pun kucing tu tak berhenti pergi tandas.Kes ni tak payah tarik telinga orang yang tersilap.

4.Tersilap gugurkan kandungan
Ha... yang ni aku rasa macam nak tunjal-tunjal doktor yang tak berapa bijak tu.
Ingat anak ayam, boleh silap-silap salah gugur!
Kalau aku jadi perempuan yang mengandung tu, trauma seumur hidup.
Kematian kucing pun aku sedih bertahun-tahun, inikan pulak kes anak dalam rahim terbunuh semata-mata kerana tersilap teknik.
Kejadian berlaku di Melbourne, Australia.

Berita penuh, baca di myMetro




Mak kucing A kata: Ala, tersilaplah.Ingat nak buat family planning.
Terbanyak pulak!




Mak kucing B kata : Haah.Sama pulak kita.Saya pun!


Gambar : Credit to Cik Google

Beza orang bijak dan orang rasa bijak

   Orang bijak dan orang rasa bijak tak sama.Orang bijak bila dianiaya sama ada secara sengaja atau tidak, tetap tersenyum dan menerima kenyataan. Orang bijak takkan bertindak terburu-buru memaki hamun atau memalukan diri sendiri dalam majlis.Ibarat kata, anugerah telah di tangan, tak rasa janggal untuk dipulangkan.

   Sebaliknya, orang rasa bijak, bila dengar satu-satu keputusan yang tak berkenan di hati, tanpa berfikir panjang aka terburu-buru, akan segera angkat kaki dengan mulut memaki-maki walau pun majlis belum lagi habis.Orang rasa bijak, akan masam mencuka bila yang dihajati tidak diberi apatah lagi andai anugerah telah dipamer di rumah, tiba-tiba diberitahu tersilap anugerah!

   Orang bijak tak semestinya yang telah banyak makan garam.Orang rasa bijak belum tentu yang ubun-ubun masih lembik.Dengan kata lain, orang bijak boleh saja seorang yang sangat muda tetapi matang dan orang yang rasa bijak mungkin saja seorang yang tua tapi perangai kalah budak-budak.

   Dalam dunia pendidikan, memang ada orang bijak.Senyap bila bekerja tapi kualiti megalahkan ketua.Orang rasa bijak, cakap berdegar-degar, tapi kerja lembik macam agar-agar.Dalam dunia hiburan, orang rasa bijak, baru saja mohon maaf kerana buat hal dalam majlis.Mana kala orang bijak, dengan senyum lebar menyerahkan kembali anugerah yang tersalah serah.Dalam hati mungkin terluka, tapi dia redha kerana dia berkarya dengan ikhlas.

  Orang bijak yang dimaksudkan adalah....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TUKAR TANGAN...(dari kiri)  Edry, Yuna dan Anuar Zain  pada sidang media rasmi AIM di sebuah hotel, semalam.

...Yunalis Zarai @ Yuna yang menjadi mangsa kesilapan teknik yang tak sepatutnya berlaku.

Berita lanjut, boleh baca di myMetro
Gambar : Credit to myMetro

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Orang yang rasa bijak...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
kena fikir sendiri kerana tak baik membuka aib orang!

p/s:Lagu Yuna, 'Penakut' dan lagu Anuar Zain, 'Sedetik Lebih', dua-dua hebat.
   

Thursday, November 24, 2011

Macam mana cara nak mohon cerai?

   Selepas habis tempoh berpantang tak dapat blogging and Facebooking, aku pun check balik komen-komen di blog dan FB aku.Komen di blog biasanya buat aku tersenyum sorang-sorang. tapi tak gila Lepas publish komen yang masuk di blog, aku segera ke FB pulak.Ada beberapa mesej yang masuk daripada anak-anak murid aku.Ada juga yang tanya kenapa takde entry baru.Tak sangka anak-anak murid aku ada yang sentiasa membaca apa yang aku tulis walau pun biasanya apa yang aku tulis tu ringan-ringan belaka. Di sekolah kepala aku dah berat jadi kalau blog pun buat entry berat, alamat ke Mental Hospitallah aku. 

   Kemudian, aku terkejut sekejap kerana mesej yang aku dapat adalah... Teacher, macam mana cara nak mohon cerai?Saya dah bengang dengan bapak saya yang hari-hari buat mak saya menangis.Dahlah ****** , tak sedar diri. Bla bla bla bla... ( Aku tapis yang seterusnya). Saya pelik tengok mak saya.Bapak dah buat dia macam-macam tapi dia masih lagi setia. ... Itulah antara kandungan mesej yang buat aku garu kepala sekejap.Apa aku nak jawab ye?Takkan aku nak galakkan anak murid aku tu paksa emak dia mohon cerai?Ada tak idea aku boleh guna?Kesian anak murid aku tu.




Aku tengah perah otak nak beri jawapan pada anak murid aku.

p/s: Anak murid aku tu perempuan.Baru 16 tahun.

Baru je habis pantang!

   Setelah berpantang 2,3 hari, akhirnya dapat juga aku dating dengan Cik Lenovo ungu aku ni.Apa nak buat... Hidup sebagai seorang guru, makin cuti, makin banyak kerja menanti.Itu yang aku pantang tak boleh blogging tu.Bw pun langsung tidak!Tapi tak pe!Aku rela dalam paksa walau pun orang lain dah sampai oversea pergi holiday.Esok, ada satu lagi meeting sebelum aku dapat menjalankan misiku sepenuh masa .... blogging!


Ni rupa masa dalam pantang...


Ni rupa aku sekarang!!

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday - without picture

Huhuhuhu!!!!
Huahuahuahua!!!!
Hihihihi!!!!!
Sopsopsopsop!!!!
Grrrrrrrrrrrr!!!!
Hmmmmmmmmm!!!!
Cissssssss!!!!!!
????????????
x?)0#@*&)0+=

Monday, November 21, 2011

Malaysia terkam pingat emas Sukan SEA 2011

Akhirnya pingat emas Sukan SEA bola sepak menjadi hak milik mutlak Harimau Malaya

Tahniah kepada semua pemain dan pegawai yang terlibat.
Tahniah kepada Cikgu Harimau yang sangat bijak mengajar harimau-harimau kita mengaum.

AUMMMMMM!!!!!!!!






Cikgu Harimau yang sentiasa smart pakai kemeja.
Ong Kim Swee memang ada ong!




Yang ini Ketua Kelas harimau, Baddrol apa ntah

Gollll!!!Aku dah kata!

   Bolasepak Akhir
Sukan SEA 2011

Kedudukan setakat 27 minit perlawanan :
Malaysia 0
Indonesia 1

Tapi jangan risau harimau Malaya.
Kalau ada rezeki tak ke mana.



Cikgu harimau


Tak rimau.Teruskan berjuang!

GOOLLLL!
Tak sempat nak publish dah GOL!
Malaysia 1
Indonesia 1
Harimau  Tukang Gol : ASRARUDIN

Muah!Muah!

First time publish gambar 18xxx!


Tak boleh cakap banyak.
Tuan blog Cik Scarlett sedang mc.
Ni je gambar untuk hilang rindu.
Kucing hot!!!
Tau tuan blog, mati aku!!!

Sunday, November 20, 2011

Pertandingan Lumba Basikal Hari Keputeraan Sultan Johor Pasir gudang 2011

    Saat ini aku sedang menyaksikan Pertandingan Lumba Basikal sempena Hari Keputeraan Sultan Johor di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.Buat masa ini baru satu kategori dilepaskan iaitu kategori senior veteren dengan jumlah lap 8 berjarak 6.5 km.Seronok juga melihatkan peserta-peserta veteren yang very young at heart.Aku lihat ramai juga peserta dari Singapura yang turut menertai.

   Namun yang tak seronoknya, aku rasa tahap keselamatan amat meragukan.Memang ada marsyal pengiring dengan dibantu oleh RELA tapi masih jauh dari tahap keselamatan yang sepatutnya.Tahu-tahu sajalah Pasir Gudang ni kaya dengan lori bapak punya besar.Tu belum lagi bas kilang, bas biasa dan bas ekspress.Kereta dan motor pun banyak walau pun masih terlalu pagi. Mat Rempit jangan katalah.Pagi-pagi lagi dah bangun tidur.Nasib baiklah ada penonton dan juru gambar yang baik hati memberikan khidmat percuma atas kesedaran menjaga keselamatan para peserta.Kalau tidak, minta selisih malaikat 44!

   Selepas ini kategori junior veteren pula akan mengambil tempat.Acara akan disambung hingga ke petang kerana banyak kategori dipertandingkan.Termasuklah acara terbuka kanak-kanak.Mudah-mudahan petang nanti, keadaan akan lebih baik dari segi keselamatan.Aku cuma mampu doa jelah kerana petang nanti aku harus berada di Kota Tinggi.Almaklum sajalah, seperti yang aku kata dalam entry sebelum ini, sekarang ni kan musim 'potont'Potong apa?Potong 'tut'.Biasalah orang Johor.Lepas potong tu mesti mak ayah buat kenduri kendara.Jadi aku mesti hadir kerana yang kena potong tu anak saudara aku.Apa pun, aku akan tetap up date.Tapi tertakluk pada line Celcom.Kalau tak de line, melopong den!


  


Cepat!Cepat!

Alamak!
Berita terkini aku dengar..
dah ada peserta perempuan yang accident!
Tulah!Aku cakap tak nak dengar!!

Saturday, November 19, 2011

Masih lagi berdebar! Yeahhh!!1 kosong!!!

   Walau pun debaran risaukan harimau tersayang tercedera tidak sehebat semasa pertarungan dengan garuda sombong patah sayap , namun debaran itu tetap menyiksa.Apatah lagi bila melihatkan harimau-harimau gagah kita yang agak goyah!Risaukan jampi mentera putera-putera Myanmar barangkali!Maka, setakat ini sajalah catatanku.Jantung berdegup kencang, tak mampu aku halang. Lagi pun maghrib ni.Time sembahyang!!

   Apa-apa pun, aku dan seluruh rakyat Malaysia, mendoakan kejayaan Harimau Malaya.Aummm!!!! ( Entry ini adalah entry SEA Games 2011 dalam misi mengekalkan pingat emas dalam acara bola sepak.Tak de kena mengena dengan hikayat penglipur lara atau yang sejenis dengannya.) Kedudukan setakat 61 minit 55 saat, adalah kosong sama.




Teruslah mengaum!!!!




Aikk?Apa kena mengena Ming ming Wonderpet dengan bolasepak?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku dengar pengulas kata salah seorang pemain Myanmar namanya Ming Ming!

p/s:
1.Alim-alim pemain Myanmar tau.Baca doa dulu sebelum main.
2.Buat silap sikit je minta ampun, letak dua-dua tangan di dada.Tak macam  yang lawan kita hari tu.Sombong!!!
3.Apa haiwan lambang kegagahan Myanmar ye?




KEDUDUKAN TERKINI:
9 MINIT MASA NAK TAMAT,
1 GOL UNTUK MALAYSIA!
HARIMAU TUKANG GOL  : FAKRI SARANI


Opps!!Tiba-tiba pulak aku minat bola!
Malu anak murid aku tengok!
:D

Oh Minah!

   3,4 tahun lepas :

 "Minah?Ala... nama macam orang kampung je!"

Hari ini :

"Minah? Bestnya........"

Aku pun kata:

Bagusnya anak-anak murid aku sekarang sebab masih suka nama Minah walau pun bunyi macam nama orang kampung.

Tapi rupa-rupanya :

Minah =  Miinah =  gadis cantik dalam bahasa Korea.

Patutlah anak-anak murid aku suka nama Minah...
sebab KPop rupanya!




SNSD .... ooo.... cantik-cantiknya Minah!



Aku tau minah ni je = mynah
( Fullamak!Tengok dia posing )




Musim kena potong...

   Cuti sekolah akhir tahun baru je bermula dengan rasminya hari ini.Budak-budak semua dah riang gumbira nak bercuti.Maklumlah boleh bermain secukup rasa. Tapi cikgu-cikgu juga yang masih belum bercuti.Contohnya aku.Masih perlu bertugas seminggu lagi walau pun cuma mengajar meja dan kerusi.Alahai!!!Tapi aku suka je maklumlah aku kan ' yang menurut perintah'
  
   Lepas tempoh berpantang tak boleh cuti minggu depan, dah macam-macam benda aku plan nak buat.Cuti tahun ini aku tambah satu lagi hobi iaitu seni jahitan felt n flannel.Mudah-mudahan, ia akan menjadi kenyataan.Sambil tu, aku sedang tunggu ilham nak mengemas rumah atau lebih tepat lagi ofis tempat aku blogging and working.Dah macam tongkang pecah dah.




Banyak tempahan ke kak?

Opps!Lupa!Musim kena potong sebab...

1.Musim kena potong kain = menjahit le tu
2.Musim kena potong tut!!! Tanya adik-adik lelaki tentu faham!
:D

Entry takde tajuk....

    Mood hari ni tak berapa baik kerana satu target penting telah terlepas.Apa nak buat.Tak de rezeki.Jadi nak dapat balik mood happy, aku kena buat sesuatu.Fikir dan fikir dan fikir................  Aku nak buat kek lapis kukus!Tak kiralah tengah diet ke tak!Lepas tu nak buat apam Polkadot, Chocolate Cup Cake, kuih samperit   sampailah aku happy balik.









Thursday, November 17, 2011

GOOLLLLL!!!Keputusan Muktamat! HARIMAU MALAYA 1:Indonesia 0!YEAH!!!!!

HAAAA!!!!
AMBIK KAU GARUDA!!!!!
SATU KOSONG!!!!!
HARIMAU MALAYA MENGAUMMMM!!!


Baru je tamat separuh masa pertama.
Harap-harap Harimau Malaya akan terus bertahan biar seteruk mana garuda mematuk
Ala... mematuk je!




Setelah tamat perlawanan




Akhirnya garuda patah sayap dan muncung!


Itulah... suka sangat mengata orang.
Suka sangat perasan diri tu bagus.
Suka sangat memaki hamun orang.
Akhirnya, doa kami yang teraniaya didengar olehNya.


Tapi, 
apapun, 
aku tahu...
rakyat Malaysia memang baik hati.
Buktinya....
biar pun teruk kena maki
rakyat Malaysia rileks je gelak-gelak
tengok bola dengan Wak Indonesia 
sambil belanja mereka secawan kopi.


AKU BANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA




 


Pesanan buat teman di Indonesia...
Macan Malaysia bukan maling
Macan Malaysia adalah saudara kalian seagama
Kami bukanlah spesis langka yang makan daging saudaranya sendiri!


p/s: Aku nak pergi mengurut dengan Mak Indonesia yang mengaku aku anak angkatnya cuti sekolah nanti.


Bola sepak SEA GAMES 26 : MALAYSIA LAWAN indonesia.

   Aku pasti peminat bola saat ini dah mula berkumpul di depan TV sama ada di rumah atau pun di kedai-kedai mamak.Aku tak minat bola tapi dek kerana malam ini perlawanan menentang garuda ( huruf kecik je) aku jeling-jeling juga kaca TV.   Saat ini TV3 belum lagi memulakan siaran langsungnya.TV2 telah bermula tapi sesekali aku jengah juga ke RCTI semata-mata aku nak mendengar komen-komen tentang Malaysia.Komen mereka ok cuma penonton mereka je yang tak ok.Apa pun, aku doakan kejayaan buat Harimau Malaya dallam SEA GAMES tahun ini.





Tiba-tiba aku rasa Ong Kim Swee ni lagi handsome dari Kim Hyun Joong!

Umur 8 tahun dah menang pingat emas Sukan Sea.

Bila tengok tajuk tu, macam tak logik kan?Tapi itulah kenyataannya.
8 tahun dah menang pingat emas.
Acaranya water ski trick apa ntah...
Tapi, cuba tengok video di bawah.
Macam mana tak menang kan?
Salute untuk ibu bapanya 
Hanifah Yoong Yin Fah
dan
Norzie Sulaiman.



7 bulan dah mula berenang
Kita 7 bulan masih dok bawah ketiak mak lagi.




2 tahun dah macam duyung.
Kita 2 tahun macam dugong.




8 tahun dah menang pingat emas.
Kita dulu 8 tahun pingat emas pun tak tau.
Yang kita tau pisang emas.

Hebatkan?
Itulah dia pemenang termuda pingat emas Sukan Sea 2011
iaitu
Aaliyah Yoong Hanifah


p/s:Kakak dia Philippa Young menang emas juga tapi acara waterski apa ntah.
Abang dia Alex Yoong pulak menang perak juga acara waterski apa ntah.
Agaknya keluarga ni keturunan duyung kot?


Jap!Jap!
Ada yang tak tau dugong?


Jap aku pinjam gambar Cik Google.




Comelkan?




Acara untuk kucing.

Sekolah yang memotong RM100 tanpa izin diminta memulangkan semula wang tersebut.

   Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Itulah perumpamaan tepat buat sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang telah memotong sesedap rasa bayaran bantuan anak-anak RM100 tanpa izin.Dek kerana tindakan berani tak bertempat pihak pentadbir sekolah tersebut, maka semua sekolah dianggap tak amanah dengan mengambil duit hak anak-anak.Tak pasal-pasal, cikgu-cikgu juga yang dipersalahkan sedangkan cikgu-cikgu hanyalah golongan lemah yang 'menurut perintah'.Tolonglah ye.Jangan jadikan isu pemotongan wang tersebut oleh sebuah saja sekolah, maka semua cikgu dilabel sebagai kebuluq duit!Tak rela kami tau!


Inilah contoh nila kawan baik aku masa sekolah dulu.
(Cuba google perkataan 'nila'.tengok apa yang keluar)



Ini ke yang namanya belanga?
Sorrylah ye sebab aku sebut benda ni periuk!


PERINGATAN KEPADA SEKOLAH YANG TELAH MEMOTONG RM100

SILA PULANGKAN KEMBALI DENGAN SEGERA!!!

Bola sepak Sea Games 2011 : Malaysia vs Indonesia

   Hari ni aku rasa berjuta-juta rakyat Malaysia berdebar-debar menantikan perlawanan berhantu antara Malaysia dan Indonesia.Aku bukanlah fanatik bola sepak, namun aku rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat dan perasaan aku.

   Kira-kira jam 6.30 pagi tadi, aku sempat menonton RCTI, salah satu saluran TV popular Indonesia.Semasa Seputar Indonesia disiarkan, dimuatkan tentang pertandingan malam ini.Ramai juga yang beri pendapat dan mereka yakin mereka boleh menang.Namun jawapan mereka ok je.Takdelah yang menyakitkan hati.Namun semasa kiriman sms berkaitan disiarkan, salah satu sms yang masuk, berbunyi lebih kurang begini: Ayo Garuda Muda. Libas Malingsia habis-habisan 5 -0 kerna menyiksa TKI.

   Faham tak maksud Malingsia tu?Maling = pencuri jadi orang Indonesia tetap menganggap kita adalah pencuri kerana mencuri budaya mereka.Sedangkan merekalah yang buta pengetahuan kerana tak sedar berlambak-lambak keturunan Indonesia dari zaman tok kaduk lagi yang telah beranak pinak di Malaysia.Jadi mestilah budaya mereka tu dibawa sama.Maknanya tak timbul soal mencuri budaya mereka dan tak de point untuk warga Indonesia mengatakan kita pencuri.

   Soal menyiksa TKI ( Tenaga Kerja Indonesia ) tu pun buat aku panas hati.Daripada beribu TKI di sini, aku rasa tak sampai pun 50% TKI yang disiksa.Yang ramai adalah TKI yang lebih 'diberi' susu berbanding rakyat Malaysia sendiri. Yang menyiksa TKI tu pun kebanyakan adalah majikan India atau Cina jadi tak adil kalau orang Indonesia menganggap orang Melayu dan Islam pun sama dua kali lima.Jadi, sudah-sudahlah menggunakan isu TKI disiksa di Malaysia.

   Perlawanan malam nanti, dilabel sebagai 'Perlawanan gengsi' oleh warga Indonesia.Kalau tak silap aku, maksudnya perlawanan penting untuk menentukan maruah antara kedua negara.Kalau silap, tolong beritahu aku ye.Jadi, aku harap Harimau Muda kita akan berjuang habis-habisan demi menjaga nama baik negara.




Harimau Malaya   : Malaysia Boleh



Garuda Muda : Indonesia bisa

( Tengok!Slogan pun hampir sama.Itulah tanda kita serupa)


Logo Sea Games Indonesia


Maskot Sea Games tahun ni, KOMODO.
Cuba warga Indonesia ikut cara Komodo tu.
Senyum, mesra, baik hati...
barulah orang Indonesia namanya!