Saturday, November 5, 2011

Aku cungkil biji matanya...

   Sejak aku kecik sampailah tak berapa kecik macam sekrang ni, sambutan hari raya aidil adha simple sangat.Biasanya juadah istimewa hari raya telah pun siap menjelang maghrib di malam raya.Pada hari raya, selepas solat sunat hari raya, aku tengok orang sembelih lembu.Tapi zaman budak-budak dulu.Zaman sekarang ni aku dah tak teruja nak tengok.

   Lepas tu, aku tunggu ayah balik.Selain seorang imam, ayah juga adalah seorang penyembelih lembu,kambing dan yang sekupu dengannya.Jadi biasanya, kepala lembu tu akan dihadiahkan pada ayah.Sejak zaman budak-budak lagi aku minat sangat tengok ayah melapah kepala tu.Ayah jenis kelakar jadi seronoklah kami adik-beradik.Ayah kata lembu tu malas gosok gigilah.Lidah lembu tu terjelir sebab suka cakap bohonglah dan macam-macam lagi.Ayah juga suka buat mulut lembu tu tersengih macam kerang busuk.Kami adik-beradik bukan main lagi gelak.

   Bila tiba masa ayah mencungkil biji mata lembu tu, akulah orang yang paling suka menadah tangan tak sabar.Biji mata lembu tu aku operate sesuka hati aku sampailah terkeluar kanta mata tu.Masa tu aku budak-budak lagi jadi rasa ingin tahu tu sangat tinggi.Hinggakan aku sempat berangan-angan nak jadi doktor mata.Tapi,akhirnya aku jadi doktor buku.Apa pun, alhamdulillah.. kalau tak, takdelah aku kenal anak-anak murid aku yang nakal tu.Ala.... tiba-tiba, aku rindu pulak pada mereka.Baru sehari sekolah cuti.Jadi, aku off dulu ye.Nak menanda aka menyemak esei yang masih berlambak tu.Dah tu aku nak jenguk pulak FB anak-anak murid aku tu.Karang ada pulak yang merajuk!Kalau sempat, aku blogwalking.




Lebih kurang macam ni lah biji mata lembu yang aku cungkil tu.
Gambar aku pinjamCik Kamsiah punya.

2 comments:

Post a Comment