Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, November 13, 2011

Bila rakan India menegur tentang aurat...aku malu tau!

   Cerita tentang aurat wanita Islam, memang takkan habis-habis.Ada pro dan kontra.Tapi yang pasti, hukum Allah tetap hukum Allah.Nak cantik macam mana pun, aurat tetap kena jaga.Bila baca tentang aurat dalam entry Si sifu blogger, aku teringat tentang perbualan aku dengan seorang rakan India beragama Hindu semalam.

   Rakan aku tu sebenarnya seorang yang sangat prihatin dan 'alim' dalam agamanya, Hindu.Waktu kami sedang beratur mengambil makanan selesai meeting semalam, rakan aku tu sempat bertanya tentang kewajaran seorang wanita Islam bersanggul tinggi dan bertudung jarang.Begini lebih kurang katanya; "I read in an article... sanggul tinggi like what she's wearing is just like a camel's hump.It's haram, isn't?That shawl is too transparent.I can see her neck!" Kemudian aku pun jawab memang betul tapi ada yang buat-buat tak tahu semata-mata kerana fesyen.

    Kemudian, rakan aku tu kata; "Better advise her or else she's booking a ticket in hell!"Mak kau!Terkelu aku dan tak terkata apa.Kemudian dia kata, di kalangan masyarakat India yang beragama Hindu pun masalah sosial kian menjadi-jadi.Contohnya sari yang asal taklah seketat sarung nangka dan sekecil c**i, tapi yang ada sekarang bukan setakat ketat dan kecil tapi juga jarang.Lepas tu dia juga ada sentuh tentang trend bertudung gadis-gadis Melayu yang 'halam' ( Ini istilah dia tau!) Maksudnya pakai tudung tu halal, tapi digabung dengan fesyen sarung nangka yang haram maka jadilah 'halam'.Aku masih lagi tak terkata apa, cuma tersengih je macam kerang busuk.Malu ooo!!!

   Akhir sekali, sebelum sambung balik meeting dia kata isteri Najib PM kita tu pun patut kena tegur sebab dah naik haji tapi masih lagi free hair.Alamak!Sebijik lagi aku kena sebagai seorang Islam.Memang betul kata rakan aku tu tapi serius, memang aku malu sebagai seorang Islam, kena tegur tentang aurat oleh seorang yang bukan Islam!Aku ingat sampai situ je perbualan kami, tapi dia sambung lagi, katanya: You tau tak? That girl ( merujuk pada cikgu muda yang pakai tudung bonggol unta tadi) , students condemn her for wearing too tight kurung sampai nampak p****g t***k!Yang ni aku betul-betul tak perasan kerana kami mengajar lain-lain sesi dan aku duduk di bilik aku sendiri bukan di bilik guru jadi kuranglah peluang nak mencuci mata lihat keburukan orang.

   Apapun, apa yang ditegur oleh rakan India aku tu memang benar dan sesuatu perlu dilakukan kerana aku tak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Setakat hari ni, setahu aku, rakan-rakan guru di sekolah aku ni, adalah antara yang paling berdisiplin dalam berpakaian.Jadi janganlah kerana seorang guru baru yang baru je jadi ahli keluarga kami, nama baik kami semua ikut tercemar.Agak-agak, patut tak aku tolong tegur atau kena minta tolong pentadbir yang tegur?




Unta yang ni masih nampak cute walau pun telanjang.



... tapi 'unta' yang macam ni?

Credit to Cik Google kerana pinjamkan gambar

14 comments:

cik ain said...

subhanallah , sedangkan india pun masih boleh berkata begitu .
moga Allah bukakan hati wanita wanita islam .
malu betul dengan sikap sikap perempuan melayu sekarang !

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam sis..

sedih kan?org bkn islam menilai kita..menilai agama kita.nak kata mereka2 yg buat bonggol unta ni tak tau mustahil.sbb byk dah tersiar kat blog, akhbar..majalah.tp jenis degil..susah la camtu.


cikgu bongol unta tu melaram hebat gi sekolah ke sis? sampai budak2 pun ambik kisah apa yg dia pki, ketat2 selesa ke?huhu

yuyu aziz said...

kite pon buat entri pasal aurat jugak harini..hehe... :)

sori taktau nape tadi butang polow hilang..hihi

Puan Kutu said...

sy pun turut merasa malu..adoyai..lagi terkedu klu sy disituasi cikgu..:)

pha is said...

pergh... tu la.. kadang2 org agama lain lebih ambik berat tentang islam berbanding org islam sendiri... sedih2...

niesa said...

malunya....

Scarlett O'Hara said...

Cik Ain, sebab dia cikgulah maka patut lebih menjaga bab aurat ni.

Scarlett O'Hara said...

Miza, sebenarnya budak ramai dah btau cikgu tu depan tapi cikgu tu buat dekkk je.

Scarlett O'Hara said...

Yuyu, bab aurat ni kalau kita tak saling mengingatkan, kita pun takut terlupa.macam Fasha tu.Kesian dia asyik terlupa je.

Scarlett O'Hara said...

Puan Kutu, memang betul rasa malu.Orang agama lain pun peka bab halal haram ttg Islam tapi org islam sendiri ramai yang buat lupa.

Scarlett O'Hara said...

pha is, bila jadi suami nanti, ingatkanlah isteri dan anak supaya tak lupa soal aurat ni.

Makbed said...

sgt betoll laa..

kpah k-poh said...

ingat tak kpah pernah buat entry pasal..'sanggul pelesu' dulu...Aurat ni perkara sensitif..kalau tanpa kesedaran..hanya mengikut fesyen jer..tu yg ketat sana sini..

Ujie said...

awak tegur pun ok..secara 4 mata sj.
tp kalau tak kuat hati..minta mereka yg lebih senior tegur.

yg penting mesti tegur & jelaskan aurat dlm islam. anggaplah dia tak cukup faham. sbb mmg ada org begini..

Let's have a break!