Sunday, November 13, 2011

Blogging punca penyakit mental.

   Bila tengok tajuk di atas, mungkin ada rakan-rakan blogger yang panik.Maklumlah, siapalah yang nak jadi pesakit mental kan? Walau pun aku sendiri rasa aku ada penyakit mental sekarang ni. Sebenarnya aku terfikir yang blogging juga mungkin menjadi punca penyakit mental bila aku membaca artikel di Kosmo hari ini.Sila rujuk petikan Kosmo di bawah.

GEMAR MENYENDIRI PUNCA PENYAKIT MENTAL

KUALA LUMPUR – Golongan yang suka menghabiskan masa seorang diri tanpa menghiraukan kewujudan ahli keluarga dan sahabat handai berisiko tinggi untuk mendapat penyakit mental.
Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi, Jabatan Psikiatri, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Mohd. Zain menjelaskan, disebabkan sikap gemar menyendiri itu, masa yang sepatutnya dihabiskan bersama rakan atau keluarga dibazirkan dengan perbuatan yang tidak berfaedah seperti melayari Internet atau bermain permainan video.
"Pada saat golongan ini berada dalam kesusahan, mereka akan berhadapan dengan kesukaran kerana tidak tahu bagaimana untuk meminta tolong kerana kurangnya kemahiran berinteraksi.
"Masalah yang tidak berjaya diselesaikan itu seterusnya akan dipendam, menyebabkan mereka murung dan seterusnya menjadi pesakit mental," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa pesakit mental di negara ini akan meningkat sebanyak 16 peratus menjelang 2020.

   Cuba tengok ayat yang aku merahkan tu.Blogger kan suka habiskan masa seorang diri tanpa menghiraukan sesiapa pun.Kadang-kadang tu, tersenyum-senyum seorang.Tapi itu tak bermakna blogger macam aku ni ada penyakit mental.Aku tak setuju pendapat Prof tu yang kata melayari internet adalah perbuatan tak berfaedah.Bagi akulah, kalau melayari internet sebab gila blogging, tu lagi dapat menyelamatkan aku dari penyakit mental kerana dengan blogginglah aku dapat kawan-kawan yang sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati aku.Kalau melayarai internet untuk buat benda tak senonoh tu, barulah tak berfaedah!

   Jadi kesimpulannya, menyendiri dan tak tau menyelesaikan masalah itulah yang menjadi punca penyakit mental bukan semata-mata kerana gemar menyendiri.Waktu blogging takkan aku nak jemput jiran-jiran aku duduk sebelah blogging sama-sama?Betul tak?






Contoh kucing gila



Ha... yang ini baru namanya blogger gila!

p/s:Kajian menunjukkan ramai cikgu yang jadi pesakit mental
Nasib baik aku bukan cikgu... Aku teacher!!!
:D




Ala.... menyampah betul aku!Apsal keluar background putih tu?

8 comments:

yuyu aziz said...

hehe tak kott....blogging secara sederhana takpe..jangan jadi anti social.seronok pe ade blog hihi

kpah k-poh Sharifahnor said...

oh tidakkkkk.....tak mungkin sakit mental..sebab kpah tak boleh nak usung PC ni pegi mana2..time nak blogging...tapi yg ada lappy dan broadband..haaaa..yg tu boleh jadi sakit...kalau kat mana2 pun asyik nak update jer..heeee

p/s: ngapa kaler putih ni...i nak purple jugak...!!!

Farrah MF said...

blogging ala-ala kadar je,...
tak maula sampai sakit mental :)

Unknown said...

so , beragaklah bila berblog .. jangan nak menyendiri sangat lepas tu pasang lagu dekat telinga ..

Asyikin said...

takpe kita pesakit mental kelas paling rendah sekli. hihi.

kaler putih tu normally sebab copy and paste, tu yang kdng kadang malas tu, kalau nak selamat, letak je background putih. hihi

Anonymous said...

hahahaha...kemaruk sgt, mmg mental la.. =D

bw pon bole mental, nak2 yg folower puluh2 ribu..

rafina mimi abdullah said...

hoh????biar betul!!! tak percayaaaaaa.... grrrrr

ali said...

ikut logik memang betul ponn..
tapi kalau betul caranye, tak dapatnya sakit metal pada blogger ni.


Sudi komen di blog i tak ?? entri lama2 sekali.
Klik sini slow2

Post a Comment