Thursday, November 17, 2011

Bola sepak Sea Games 2011 : Malaysia vs Indonesia

   Hari ni aku rasa berjuta-juta rakyat Malaysia berdebar-debar menantikan perlawanan berhantu antara Malaysia dan Indonesia.Aku bukanlah fanatik bola sepak, namun aku rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat dan perasaan aku.

   Kira-kira jam 6.30 pagi tadi, aku sempat menonton RCTI, salah satu saluran TV popular Indonesia.Semasa Seputar Indonesia disiarkan, dimuatkan tentang pertandingan malam ini.Ramai juga yang beri pendapat dan mereka yakin mereka boleh menang.Namun jawapan mereka ok je.Takdelah yang menyakitkan hati.Namun semasa kiriman sms berkaitan disiarkan, salah satu sms yang masuk, berbunyi lebih kurang begini: Ayo Garuda Muda. Libas Malingsia habis-habisan 5 -0 kerna menyiksa TKI.

   Faham tak maksud Malingsia tu?Maling = pencuri jadi orang Indonesia tetap menganggap kita adalah pencuri kerana mencuri budaya mereka.Sedangkan merekalah yang buta pengetahuan kerana tak sedar berlambak-lambak keturunan Indonesia dari zaman tok kaduk lagi yang telah beranak pinak di Malaysia.Jadi mestilah budaya mereka tu dibawa sama.Maknanya tak timbul soal mencuri budaya mereka dan tak de point untuk warga Indonesia mengatakan kita pencuri.

   Soal menyiksa TKI ( Tenaga Kerja Indonesia ) tu pun buat aku panas hati.Daripada beribu TKI di sini, aku rasa tak sampai pun 50% TKI yang disiksa.Yang ramai adalah TKI yang lebih 'diberi' susu berbanding rakyat Malaysia sendiri. Yang menyiksa TKI tu pun kebanyakan adalah majikan India atau Cina jadi tak adil kalau orang Indonesia menganggap orang Melayu dan Islam pun sama dua kali lima.Jadi, sudah-sudahlah menggunakan isu TKI disiksa di Malaysia.

   Perlawanan malam nanti, dilabel sebagai 'Perlawanan gengsi' oleh warga Indonesia.Kalau tak silap aku, maksudnya perlawanan penting untuk menentukan maruah antara kedua negara.Kalau silap, tolong beritahu aku ye.Jadi, aku harap Harimau Muda kita akan berjuang habis-habisan demi menjaga nama baik negara.




Harimau Malaya   : Malaysia Boleh



Garuda Muda : Indonesia bisa

( Tengok!Slogan pun hampir sama.Itulah tanda kita serupa)


Logo Sea Games Indonesia


Maskot Sea Games tahun ni, KOMODO.
Cuba warga Indonesia ikut cara Komodo tu.
Senyum, mesra, baik hati...
barulah orang Indonesia namanya!

8 comments:

Unknown said...

SALAM,
MENANG SATU GOL PUN JADILAH !

Unknown said...

jangan menang hari ni je....
nak menang emas sekali

cik-terompah said...

mereka cuma nak psiko kita ja. biakan mereka dengan riak mereka. kita support team malaysia dengan berhikmah. xde ckp2 yang memburukkan team lain. tu baru semangat yang bagus! nice!

Asyikin said...

bila diberi kemudahan dan kesenangan , mcm tu pulak yg dibalaskan. hurm

Ezad Skytech said...

tak sabar nak tengok perlawanan malam ni...hee..Malaysia Boleh! :)

ewanthology said...

malaysia boleh

Anonymous said...

tin kosong bunyi nyaring
dtng m'sia jadi maling...

IAM1509 said...

Tahniah buat Malaysia Yg Suskes menjadi Juara Sepak Bola di Sea Games 26 ...

Salam
ilham
Budak Melayu Riau
Pekanbaru ...

Post a Comment