Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, November 27, 2011

Itulah mak satu-satunya!

   Untuk sehari dua ni, aktiviti blogging terpaksa aku kurangkan.Kerja sekolah dah tak banyak tapi mak pulak sakit.Walau pun aku bukan anak emas emak, aku rasa sedih sangat semasa dapat tahu emak sakit hari Jumaat lepas.Jadi, terpaksalah aku balik segera walau pun meeting baru saja bermula.Terima kasih kepada puan pengetua, Puan Rohana Abdullah dan Penolong Kanan 1, Puan Hajah Saleha Wahab kerana mengizinkan aku balik.

   Sabtu, 26 November, keadaan mak masih sama.Tapi oleh kerana satu urusan yang mesti aku selesaikan, aku terpaksa juga ke Shah Alam.Hanya doa dapat aku panjatkan mudah-mudahan keadaan mak makin pulih.Terima kasih pada adik aku, Cikgu Nisa' dan suaminya yang tak jemu-jemu menjaga mak.Dahlah selama ni, banyak duit dia orang belanjakan untuk mak.Sedangkan aku, tak mampu untuk beri komitmen 100%.

   Sabtu, malam, aku terima panggilan dari adik aku Cikgu Nisa'.Mak makin teruk.Takde respon walau pun demam dah berkurang.Mak dah tak boleh gerakkan badan langsung.Sedihnya bila adik aku kata, mak terbaring di bilik air.Ayah aku walau pun masih sihat, tapi tenaga ayah tak mampu mendukung mak bawa ke katil.Nasib baik ada ada ipar aku yang memang berhati mulia.Malangnya aku terpaksa menunggu Ahad untuk pulang.

   Ahad, 9 pagi:Adik aku Cikgu Nisa' sms beritahu mak dah nak makan walau pun cuma bubur.Alhadulillah kerana dah 2 hari mak tak  selera makan.Mudah-mudahan, keadaan mak makin pulih.Jam 2.30 petang, baru aku dapat bertolak balik ke Pasir Gudang.Aku menaip ni pun dalam kereta di highway.Muah-mudahan keadaan mak tak membimbangkan kerana itulah satu-satunya mak yang aku ada.Sampai Pasir Gudang, aku akan terus ke rumah mak.


Doakan mak aku sihat dan aku selamat sampai di Pasir Gudang


6 comments:

Cik Rose Cute said...

Semoga mak awak sihat sejahtera ya....Pernah jugak mengalami situasi sebegini...Sekarang mak dah tak ada...huhuhu sedihkan...

kpah k-poh said...

berhati2 dlm perjalanan sayang...jgn tergesa-gesa... InshaAllah..mak dalam lindungan Allah selalu...

belogkiter said...

Insyallah.. doakan semuanya baik...

luahfikiran said...

SALAM,
MENDOAKAN IBU KEMBALI SIHAT DENGAN KADAR SEGERA. BERSYUKUR MASIH ADA IBU DAN AYAH

gedek! said...

menaip dalam kereta?

harap bukan sambil memandu!

ini lagak ngeri

Nieza said...

Didoakan semoga ibu awak akan kembali sihat..Amin.

Let's have a break!