Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, November 7, 2011

KPop vs zaman aku...Baru aku faham

   Entah kenapa, bila terpandang gelagat remaja yang gilakan KPop, aku teringat kenangan lama aku.Zaman aku manalah ada KPop.Air Pop pun takde.Zaman tu yang aku ingat, aku selalu menonton filem-filem hindustan di TV.Dek kerana minat sangat, sampaikan aku berangan nak belajar bahasa hindustan.Masa tu mana ada internet jadi takdelah peluang aku nak belajar bahasa hindustan tu di internet macam budak-budak sekarang belajar bahasa Korea.Jadi, aku berangan jelah.... 

   Bila dah besar sikit, aku tak berapa minat pulak filem hindustan.Aku minat cerita Mexico yang guna bahasa Sepanyol tu.Di Pasir Gudang, siaran TV Indonesia mudah diterima jadi aku dah jatuh cinta pada cerita-cerita Mexico.Sshh.... yang sebenarnya aku suka pada hero dia yang handsome tu Tajuk-tajuk telenovela seperti Esmeralda, Secreto d Amor, Betty La Fea, Marimar ( versi Mexico), Rosalinda, Ruby dan banyak lagi semua jadi kegilaan aku.Dek kerana minat yang terlampau, aku berangan nak ambil bahasa Sepanyol tu di universiti.Tapi, bengang betul aku sebab lecturer tu kata, boleh nak ambik tapi sure tak dapat A+.Alasannya kerana sebutan ' r ' aku ada pelat sikit.Cis!Macamlah orang Mexico atau Sepanyol tu takde seorang pun yang pelat!Akhirnya aku pun ambillah bahasa Mandarin dan aku dapat A+!Yeah!




Jejaka kacak ni masih lagi mengisi ruang hatiku.
Jangan jealous!




Esmeralda



Ni heroin Secreto d'Amor,Scarlet Ortiz.
Cantik macam Scarlett O'Hara! :D



Ni artis Korea yang aku kenal.


.... dan yang ini...
Rambut tak sikat pun anak-anak murid aku kata handsome...



14 comments:

||aLeaSaRa|| said...

owh i likee!!!yelah rindu zaman citer mexico.maria mercedes lah,rosalinda lah...paling suka mis tres hermanas mgkn sebab tu kite dpt kembar kot ngeee...


korea?suka..suka sbb walaupun drama tu ttg cinta,tapi takdelah meleret2 macam drama indon..benci..benci...

BeloG MTT said...

Nape macam TERsama pulak ni ehhh? Sama dengan MTT dulu memang giler hindustan habes,lepas tu cite Mexico pulak..Balik sekolah mesti tunggu cite tu biasanya dalam kul 2-3 petang kankankan? Pastu layan korea plak.. Haha Sekarang nak tengok tv pon takde masa :(

Ehhh yunk heroin Secreto d'Amor tu pernah berlakon watak sebagai Maria Clara kann..Dalam cite ape ehh..Lupa lahh..Paling tak boleh lupa dulu orang kata muka MTT mcm muka dia... Hahahahaha Kelakar bila ingat ingat balik :P

suRe HeBoH said...

srk tetap di hati sy jugak...suka sbb dia pandai menari..he2

Syazwan Che Deraman said...

rosalinda ayam mo.
ayam mo.

wan tak suka kpop.
tak minat sangat mexico. :)

Scarlett O'Hara said...

Maria Mercedez tak smpt tengok.Lupa pulak masa tu ada apa sampai tak dapat tengok.

Scarlett O'Hara said...

Drama Indonesia ada juga yang best.Kalau yang tema cinta, Benci Bilang Cinta dan Suci paling best.Kalau yang tema agama Kiamat Sudah Dekat dan Para Pencari Tuhan.Time sahur di bulan puasa mesti nak tengok SCTV sebab cerita tu.

Scarlett O'Hara said...

Shah Rukh Khan pandai menyanyi juga kan?

Scarlett O'Hara said...

Wan tak suka KPop, tak suka Mexico, abih tu Wan suka apa ek?

Scarlett O'Hara said...

Watak Maria Clara tu dalam Secreto d'Amor lah kan?

kpah k-poh said...

shah rukh khan tetap di hati.....

Miss Ieza said...

dulu mmg layan abis rosalinda(thalia), la usurpadora, la intrusa (gabrela spanic)... asal balik sekolah je, mesti siap2 mandi, pastu makan petang bersama segelas milo ais untuk siap sedia layan telenovela itu...

skrg??
minat korean drama.
siyes!

soal bahasa?

dedulu mmg rajin gak tulis bahasa spanyol tu... rasanya senang nak blajar berbanding bahasa korea...

nie pon baru pas layan full house... hero dia ada kat atas tuh... hehhee...

Daddylicious said...

Scarlet Ortiz....teringat2 ...tengok sampai habis siri...gila betul...haha

kakchik@ella said...

Kita pun minat SRK. hihi.

grOundnUt said...

Betul laa..zaman sekarang semuanya K-pOp..even staff baru kAcAng kat sini semua dress up k-pOp..^^'

Let's have a break!