Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, November 24, 2011

Macam mana cara nak mohon cerai?

   Selepas habis tempoh berpantang tak dapat blogging and Facebooking, aku pun check balik komen-komen di blog dan FB aku.Komen di blog biasanya buat aku tersenyum sorang-sorang. tapi tak gila Lepas publish komen yang masuk di blog, aku segera ke FB pulak.Ada beberapa mesej yang masuk daripada anak-anak murid aku.Ada juga yang tanya kenapa takde entry baru.Tak sangka anak-anak murid aku ada yang sentiasa membaca apa yang aku tulis walau pun biasanya apa yang aku tulis tu ringan-ringan belaka. Di sekolah kepala aku dah berat jadi kalau blog pun buat entry berat, alamat ke Mental Hospitallah aku. 

   Kemudian, aku terkejut sekejap kerana mesej yang aku dapat adalah... Teacher, macam mana cara nak mohon cerai?Saya dah bengang dengan bapak saya yang hari-hari buat mak saya menangis.Dahlah ****** , tak sedar diri. Bla bla bla bla... ( Aku tapis yang seterusnya). Saya pelik tengok mak saya.Bapak dah buat dia macam-macam tapi dia masih lagi setia. ... Itulah antara kandungan mesej yang buat aku garu kepala sekejap.Apa aku nak jawab ye?Takkan aku nak galakkan anak murid aku tu paksa emak dia mohon cerai?Ada tak idea aku boleh guna?Kesian anak murid aku tu.




Aku tengah perah otak nak beri jawapan pada anak murid aku.

p/s: Anak murid aku tu perempuan.Baru 16 tahun.

8 comments:

Much Melo said...

suruh dia cari tabah dengan berdoa. apa nak buat... kita tak suka dgn kehidupan yg sukar, tapi kesukaran datang utk menguji. saya ni pandai cakap jer

whitecappuccino said...

Adoi..susah jugak nak bagi jawapan kan? Nak kena fikir dan timbang supaya tak memudaratkan mana2 pihak.

Cik Rose Cute said...

Alahai!...susah jugak nak bagi jawapan tue...

budak penjara said...

ada lagi penyelesaiannya..jmpe ustaz2 yg arif..i.allah mntk dia berdoa sekali semoga umah tangga yg di bina selama ini tidak reboh bgtu je

afzalsukasuki said...

ha camne nak mohon cerai ni cikgu?

Rozuan Ismail said...

cam complicated je nk gtaw walau taw jawapan dia apa

kpah k-poh said...

( google jer..)...ish..kesian pulak dgn anak manis tu..

Ujie said...

kalau mmg tak bertanggungjawab dan terseksa hidup..cerai mmg jalannya. lps tu bolehla hidup tenang!

*baru dpt baby ya..tahniah!!

Let's have a break!