Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, November 2, 2011

Cendawan goreng ayam kampung.

    Masih lagi dengan entry lawatan.Kali ini lawatan ke Kg Sinaran Baru, Kempas, Johor Bahru.Jika minggu lepas sibuk mengail puyu, kali ini anak-anak muridku belajar menjadi seorang pengusaha cendawan pula. Selepas sesi penerangan dan soal jawab bersama pengusaha cendawan berjaya, En.R.Azmi, kami dibawa melawat ke rumah pembiakan cendawan.Selalunya tengok di album Cik Google je tapi kali ni tengok live depan mata.Oooo!!!Begitu rupanya!


    

Contoh seperti dalam rumah pembiakan cendawan.
Credit to cendawanglobal



Inilah rupa cendawan yang baru dituai.

    Selesai sesi lawatan, kami dijamu dengan hidangan istimewa, cendawan goreng celup tepung.Fuh!Memang lazat!Rupa-rupanya cendawan goreng telah dipatenkan sebagai makanan istimewa negeri Johor.Macam manalah aku boleh tak perasan!




Cendawan goreng lazat lagi berkhasiat ( kalah KFC )

Credit to Liga Kampung.

   Akhir sekali, kami dijamu dengan mee hoon soup ayam kampung ( ayam pencen atau kampung tapi seganlah pulak aku nak tanya) Kebetulan perut tengah lapar maka sepinggan cendawan goreng dan semangkuk mee hoon soup mampu aku habiskan walau pun dalam sesi menguruskan badan.

     Sebelum beredar, aku sempat shopping 4 bungkus tepung cendawan.Hajat hati nak beli sekilo dua cendawan segar.Maklumlah, di luar sekilo RM12 tapi di sini RM7 je.Tapi tak sangka ramai pulak 'ibu-ibu muda' yang borong dulu.(Anak-anak murid akulah tu) Bertuah betul!Terpaksalah aku shopping cendawan lepas ni.Apa-apa pun, terima kasihlah buat GBK Pn Norzila Othman, yang manis jelita kerana sudi mengajak aku jalan-jalan sama.



Terima kasih daun keladi ye!

Gambar milik Cikgu Norzila.

p/s:Tiba-tiba teringat kat Kak Pah KPoh masa makan cendawan yang lazat tu.
Maaf ek Kak Pah sebab tak ajak Kak Pah sekali.

0 comments:

Let's have a break!