Sunday, November 20, 2011

Pertandingan Lumba Basikal Hari Keputeraan Sultan Johor Pasir gudang 2011

    Saat ini aku sedang menyaksikan Pertandingan Lumba Basikal sempena Hari Keputeraan Sultan Johor di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.Buat masa ini baru satu kategori dilepaskan iaitu kategori senior veteren dengan jumlah lap 8 berjarak 6.5 km.Seronok juga melihatkan peserta-peserta veteren yang very young at heart.Aku lihat ramai juga peserta dari Singapura yang turut menertai.

   Namun yang tak seronoknya, aku rasa tahap keselamatan amat meragukan.Memang ada marsyal pengiring dengan dibantu oleh RELA tapi masih jauh dari tahap keselamatan yang sepatutnya.Tahu-tahu sajalah Pasir Gudang ni kaya dengan lori bapak punya besar.Tu belum lagi bas kilang, bas biasa dan bas ekspress.Kereta dan motor pun banyak walau pun masih terlalu pagi. Mat Rempit jangan katalah.Pagi-pagi lagi dah bangun tidur.Nasib baiklah ada penonton dan juru gambar yang baik hati memberikan khidmat percuma atas kesedaran menjaga keselamatan para peserta.Kalau tidak, minta selisih malaikat 44!

   Selepas ini kategori junior veteren pula akan mengambil tempat.Acara akan disambung hingga ke petang kerana banyak kategori dipertandingkan.Termasuklah acara terbuka kanak-kanak.Mudah-mudahan petang nanti, keadaan akan lebih baik dari segi keselamatan.Aku cuma mampu doa jelah kerana petang nanti aku harus berada di Kota Tinggi.Almaklum sajalah, seperti yang aku kata dalam entry sebelum ini, sekarang ni kan musim 'potont'Potong apa?Potong 'tut'.Biasalah orang Johor.Lepas potong tu mesti mak ayah buat kenduri kendara.Jadi aku mesti hadir kerana yang kena potong tu anak saudara aku.Apa pun, aku akan tetap up date.Tapi tertakluk pada line Celcom.Kalau tak de line, melopong den!


  


Cepat!Cepat!

Alamak!
Berita terkini aku dengar..
dah ada peserta perempuan yang accident!
Tulah!Aku cakap tak nak dengar!!

5 comments:

Yatt S. said...

bahaya nya sampai ada accident.

Izyan Masri said...

TAPE2.KITA TIUP2 SIKIT BIAR CELCOM ADA LINE XD

grOundnUt said...

Comelnye si tecit tu tunggal beskal..^^'

kpah k-poh Sharifahnor said...

tag :http://effa-k-poh.blogspot.com/2011/11/111111-1st-giveaway-myna.html#links

Pondok Usang said...

wahh.. mendebarkan juge ehh..

Post a Comment