Friday, December 23, 2011

Cantiknya ekor awak!

    Mula-mula aku pelik!Apalah best sangat bercinta dengan rubah berekor!Tiap-tiap malam lepas makan mesti nak date dengan rubah berekor tu.Jadi suatu malam, aku pun ikut mengendap-ngendap nak dating dengan rubah berekor tu.Fuyoooo!!!Cantiknya ekor dia!Besarnya mata dia!.. dan sejak malam itu, aku pun tengok jugak rubah berekor tu walaupun taklah addicted macam aku tengok Bella si Lola Carrero.Maklumlah, Dae Woong hero rubah berekor tu takdelah macho macam Marcello Machado Bella Calamidades! 

   Sesiapa yang nak berkenalan dengan rubah berekor( eh!Rubah memanglah berekor kan?) yang cantik jelita ni, tempahlah seat pertama depan TV setiap hari Isnin hingga Jumaat 8.30 - 9.30 malam di TV8, Korean drama titled My Girlfriend is a Gumiho.Ssshh!Sekarang ni pun ada seorang budak bertuah sedang duduk tak bergerak-gerak mengadap rubah berekor @ Mi Ho kat rumah aku.Bukan nak tengok sangat si Mi Ho tu tapi sebenarnya nak tengok si Dae Woong!Eleh!tak hensem mana pun!!!Klik kat SINI kalau nak kenal lebih lanjut. ( Sshh!!!Budak bertuah tu bangun jap time iklan sebab nak goreng telur!)



Tengok ekor dia!Fuyooooo!!!!

   

Lee Seung Ki ( Dae Woong )  vs   Sergundo Cernadas ( Marcelo Machado )

   

2 comments:

Lady Milo said...

boleh la tengok pasni, tapi lebih minat cite jepun dari korea..

Mr.Superman said...

klu rubah cun melecun mcm tu sy pun nk.hahahah ;))

Post a Comment