Friday, December 23, 2011

Dr.Mohamad Khir Toyo dihukum penjara setahun

   Benarlah kata orang...
Langit takkan selamanya cerah
Sekali kita di atas,
takkan selamanya di atas...

Nasib ayam, nampak di kaki
Nasib manusia, Allah saja yang tahu.

Contoh nyata adalah...
Dr.Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor.

Suatu waktu dia di atas,
hari ini, Allah tentukan
nasibnya di bawah.

Apa pun,
aku doakan beliau dan keluarga
tabah menghadapi dugaan.

Kepada yang lain,
mesti selalu beringat
undang-undang negara 
jangan sesekali dilanggar
apatah lagi undang-undang Allah!

Berita lanjut tentang hukuman Dr.Mohamad Khir Toyo, boleh dibaca di Utusan Malaysia.

SHAH ALAM 23 Dis. - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah tersebut.
Beliau bagaimanapun membenarkan perlaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak itu ditangguh sehingga rayuan selesai didengar dan diputuskan. - Utusan




Jumpa pulak Dr.Mohamad Khir Toyo pakai baju purple.





Ini kah rumah yang dimaksudkan?




Cantik isteri Dr.Mohamad Khir Toyo.
Mudah-mudahan Datin tabah menghadapi dugaan.




Nenek dah ingatkan...
Jangan sesekali langgar undang-undang!

7 comments:

blog-tips-kurus said...

Buat jahat, jangan sekali!!

Misz-ella said...

Takdir Tuhan, kita tak boleh lawan, kan.

mIss toRayAkI said...

stay of execution pending to file appeal.peguam akan masukkan notice of appeal petang ni jugak and stay was granted...datin leh tarik nafas lega sekejap...hehe

mIss toRayAkI said...

betul tu bak kata pepatah sepandai2 tupai melompat akhir jatuh ketanah jua.

tapi tak kena jail lagi sebab stay of execution was granted.peguam akan failkan notice of appeal petang ni jugak.so datin boleh postpone rasa sedih..hehe

RamRamCute said...

kita hendaklah sentiasa beringat

iAmCekbolat said...

tak sangka -_-"

Cik Yuyu said...

kesian pulak.. tapi nak buat macam mana kalau bersalah memang kena hukum... tu pun kalau betullah Dato tu bersalah..

Post a Comment