Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, December 9, 2011

Lepasan SPM vs skodeng

   Alamak!Hari ni terlambat pulak aku gi skodeng!Biasanya lepas subuh aku dah start skodeng.Sekarang ni dah pukul 10.32 dah.Terlewat sikit bangun pagi ni.Subuh pun dah hujung-hujung tapi nasib baik sempat.Apa nak buat.Malam tadi aku kena migrain lagi.Tambah pulak pinggang aku sakit sangat lepas bunyi 'prak' masa aku cuba dukung mak aku yang sakit.Mintak-mintak, taklah serius sangat.

    Sekarang ni pun aku di rumah mak.Curi-curi skodeng sambil kemas-kemas rumah apa yang patut.Skodeng punya skodeng, aku terskodeng rumah Si Rizwan, blogger baru lepas SPM. Macam aku dululah, bukan main seronok dia nak mula kerja.Aku dulu, taklah teruja sangat nak bekerja.Almaklumlah... budak zaman dulu mana sama dengan budak zaman sekarang!Budak zaman dulu tulis surat cinta, guna kertas bunga-bunga je.Letak bedak sikit.Dah tu pos.Berapalah sangat kosnya.Tapi budak zaman sekarang, kena bergayut berjam-jam di telefon.Tu yang kena top up banyak-banyak tu.Kos pun tinggi. Zaman dulu, nak declare ada buah hati pun takut.Tapi emak bapak zaman sekarang best, bawak balik buah hati ke rumah pun tak kisah.Habis jahanam anak bangsa aku.Sampai Awang Hitam pun suka. 

   Opps!Dah melalut pulak.Aku kena cepat gi skodeng ni.Macam biasa, adalah rumah-rumah yang wajib aku skodeng contohnya Ben Ashaari, bukan Ben 10 ye. Abang GedekKak Pah DJ Gomo FM, dan lain-lain.Lepas tu aku merayaplah pulak ke rumah blogger lain.Begitulah seterusnya setiap hari selagi aku bergelar blogger.Mehlah... kita gi skodeng ramai-ramai!


Alamak!Sekali anak Ong Kim Swee datang skodeng.
( Harimau Muda tu, anak Ong Kim Swee le)

7 comments:

azam said...

:) jom skodeng saya...hehehe

SPM dah habis dan kurangkan bercinta tu..... CINTA MONYET

luahfikiran said...

SALAM,
RUMAH LF NI TAK NAK SKODENG KE? RUMAH ORANG TUA, RUMAH ORANG LAMA !

MULAN said...

saya skodeng sini..!!!!

cik panadol said...

syokkan skodeng orang lain hehe...

Scarlett O'Hara said...

Syok sampai tak sedar dah zohor! :D

Scarlett O'Hara said...

Luahfikiran @ Dato', tiap2 hari saya skodeng dato'.:D

Anak Wak Mail said...

sekodeng jangan tak sekodeng..hehe..amboi,,sekodeng org glemer2 je..;(

Let's have a break!