Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, December 24, 2011

Lisa Surihani dan Yusry dah bernikah : Banyak yang terbalik ni...

   Zaman sekarang ni banyak benda yang dah terbalik kot.Contohnya lelaki tunjuk badan, dikenakan tindakan keras kerana kononnya melanggar adat dan agama.Tetapi perempuan bukan saja tunjuk badan, tapi tunjuk benda-benda lain yang tak patut ditunjuk, tak pulak dikenakan tindakan.Sebaliknya dapat anugerah wanita berpakaian terbaik.Kan terbalik tu?

   Contoh yang kedua, pasangan kekasih tak nak umum atau mengaku sedang berkasih kerana hormatkan keluarga @ nak jaga nama baik keluarga tetapi pada waktu yang sama bergambar memeluk pinggang ( kalau dah peluk pinggang, mestilah rapat dan bersentuh, kan? ) tak pulak terasa nak hormat Allah.Kan terbalik tu!Sifu Ben Ashaari pun ada sentuh tentang isu ini.

   Contoh yang ketiga, makin ramai manusia gelandangan yang hidup merempat tak berumah.Makan pun ikut sempat mana dapat je.Tapi pada satu pihak, seekor kucing atau anjing, yang ada otak tapi kurang akal, dan pastinya tak tahu apa makna hidup selesa, hidup dalam kemewahan hinggakan siap ada pembantu, pemandu dan pengawal peribadi lagi.Kan terbalik tu?

   Contoh yang keempat, aku pasti umat Islam bila disentuh soal babi ( maaf, aku telus, aku tak nak guna perkataan khinzir kerana perkataan babi itu lebih mudah orang faham betapa hina makhluknya), pasti akan melenting marah-marah hatta lalu di lorong rakan-rakan Cina menjual babi.Pada hal bukan kena atau tersentuh pun!Tetapi sebaliknya, semakin ramai umat islam yang tak kisah, atau buat-buat tak kisah, bersentuh lelaki perempuan bukan muhrim walau pun hukumnya tetap sama iaitu haram!

   Contoh yang kelima dan aku rasa masalah ini umpama api dalam sekam.Dilihat tak nampak tetapi membakar dalam diam iaitu suami-suami yang dah berubah menjadi isteri.Dengan kata lain, suami-suami yang hanya tahu membuatkan isteri beranak tapi tak pernah ambil tahu nak menyara anak sedangkan memberi nafkah pada anak-anak dan juga isteri adalah wajib.Gaji kecil bukan alasan untuk melepaskan tanggung jawab.Maka jadilah suami sebagai isteri, isteri sebagai suami.Kan terbalik tu?

   Kesimpulannya, aku rasa umat islam perlu berpegang kembali pada tali Allah iaitu Islam.Islam dah cukup indah dan lengkap dengan adat peraturan hidup.Dengan agama yang kukuh, aku yakin, takkan ada lagi ' benda-benda terbalik' dalam dunia ini.Credit pada En.Ben Ashaari kerana aku mendapat ilham untuk menulis entry ini setelah membaca entry tulisan En.Ben yang bertajuk Lisa Surihani dan Yusry dah bernikah? Dalam maknanya tu.En.Ben kata dah nikah sebab mereka tak malu berpeluk semasa bergambar!




Katak berpeluk? Comel!



Kucing berpeluk? Comel!



Tak dinafikan, comel sangat!

Petua supaya  tak terasa nak berpeluk sebelum menikah adalah....
-
-
-
... dengan membayangkan...
-
-
-
-
-
-
-


... monyet-monyet ini adalah kita.
Nak ke jadi monyet?


       

4 comments:

BEN ASHAARI said...

Begitulah adanya sis .. hehe..

pha is said...

dunia akhir zaman...

kakyong said...

setuju setuju...
kakyong dulu masa baru bertunang, tunang nak pegang tangan pun tak bagi.. dah nikah baru leh pegang.. ;)

niesa said...

bayangkan mcm monyet hahaha....

Let's have a break!