Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, December 16, 2011

Pertama kali ke dik?

 "Pertama kali ke dik?Nak tengok aje pun boleh!"

UWEKKKK!!!!

   Itulah reaksi pertama kali aku tengok video trailer tu di TV3.Menyampah!Rasa nak termuntah!Inilah orang Melayu!Takde benda lain nak promote.Dulu nasi lemak 50 sen.Sekarang yang ni pulak!Dah tu bila tengok watak pel***r tu, lagilah aku uweeekkkk!!!!! Tapi, aku tak boleh hipokrit. Dialog tu dah mula menghantui aku.Asyik teringat je.Kelakar pun ada juga.Aku tabik pada Normah Damanhuri si pel***r tu.Dulu pun aku pernah menyampah terlampau pada si Normah ni masa dia pegang watak janda tak senonoh dengan Que Haidar.Cerita apa entah, aku pun dah lupa.Tapi memang berkesan sangat cerita tu.Dia ni sebenarnya memang pelakon hebat.Beri jelah apa watak sekali pun mesti jadi.Cuba bagi pelakon muda bawa watak pel***r tu.Mesti tayang lebih-lebih tapi berlakon entah apa-apa.

    Berbalik pada dialog tadi, aku rasa semua dah tahu dari filem apa kan?Ala... sekarang dalam hutan pun kita boleh surf internet kalau takde TV.Jadi kalau ada yang tak tau tu, betul-betul alimlah agaknya.Dalam Utusan Malaysia hari ni, ada artikel tentang cerita ni.Pujian melambung-lambung!Aku percaya pujian tu bukan hasil bayaran tuan pengarah atau produser tapi ikhlas dari hati si penulis.Maklumlah, bukan calang-calang orang yang berlakon!Shaheizy Sam,Syafie Naswip, Fauzi Nawawi, Normah Damanhuri dan ramai lagilah.Heroinnya aku tak kenal tapi penulis di Utusan Malaysia tu kata, lakonannya hebat.jadi, untuk buktikan, apa kata, tonton sendiri filem Songlap ni di pawagam.Kalahkan Aaron Aziz si Ombak Rindu tu. Nak tau sinopsis filem ni, klik SINI.Nak tengok trailer ( bukan lori treler ye ) Songlap, klik video di bawah tu kalau malas gi Youtube.    
    
      




Mak aih!Bulat mata kucing ni tengok SONGLAP.

3 comments:

aimaniman said...

oo ye ke..pelakon lama berlakon krn bakat..plakon br je yg kekadang bakat bukan ada sangat tp glemer je lebih...

PeRmAtA bIrU said...

normah damanhuri berlakon cerita macam tu memang menjadi, citer mak kena buang pon jadi.. pendek kata semua cerita menjadi dia berlakon... kan???

whitecappuccino said...

hehe..pada mulanya dialog inilah yg akak ingat nak post kat entri, tapi tak jadi..masih terngiang2 kat telinga bila nampak iklan promo tu kat TV..memang dia pelakon yg hebat!

Let's have a break!