Tuesday, December 27, 2011

Terkejut jumpa peminat! :D

   Tak sangka pulak blog aku ni ada pembaca setia di kalangan ibu bapa anak-anak murid aku.Kisahnya tadi, lepas taklimat SBPA dalam aku terkocoh-kocoh nak segera ke bus stand, ada seorang ibu kepada anak murid aku datang bersalam.Dia ucap terima kasih sebab anak dia lulus PMR walau pun sederhana.(Bagus ibu ni sebab tak paksa anak-anak capai apa yang tak mampu dicapai )

   Jujurnya, aku tak berapa cam anak ibu tu kerana almaklum sajalah, calon PMR sekolah aku tahun 2011 ni kurang 2,3 orang 400.Tapi adalah 6 sesi aku buat kelas intensif dengan budak-budak galus ( gagal / lulus atau markah cukup makan).Jadi bila ibu tu kata, aku banyak bagi inspirasi pada anak dia untuk lulus, aku senyum jelah.Siapa yang jadi cikgu tentu faham apa yang aku rasa.

  Kemudian, lepas 2,3 minit berbual, ibu tu kata, dia suka baca entry-entry aku.Sampaikan dia boleh cerita entry aku tentang nyamuk, tentang belangkas, tentang aku buat blue berry cheese tart dan macam-macam lagi.Kebanyakan entry aku masa mula-mula blogging, masa bahasa ala-ala Cikgu BM.Wah!Terkejut aku sekejap.Rasa tersanjung pun ada!Senyum sampai ke telinga!Macam jumpa peminat pulak!Hahaha!

   Oleh kerana aku nak cepat, aku pun mintak diri.Masa bersalam, ibu tu kata nak add aku di FB dan nak mintak resipi tat Rindu Malam ciptaan aku.Hahaha!!!Aku pun kena rujuk netbook aku sebab aku buat tat tu setahun sekali je.Resipi pun tak ingat.Apa pun, terima kasihlah sebab jadi peminat setia Teacher Scarlett.Ala.... aku lupa nama dia.Anak dia pun aku tak tau namanya.Naik sekolah nanti, aku kena cari anak murid aku tu bagi resipi tat aku.




Tat Rindu Malam ciptaan aku.



Tat Keju Blueberry ( pelik pulak bunyinya guna BM )
Corak tu hodoh sikit masa cubaan tahun lepas.
Tahun ni dah cantik dah.



 p/s
Masih bersiaran dari atas bas.
Aku confuse sikit.
Kat tiket tulis lain ( apa entah nama syarikatnya)
Kat badan bas tulis City Liner
tapi kat depan tulis Jebat Ekspress!!
Asal jangan jadi Tuah Ekspress sudahlah Labu!!!



4 comments:

Unknown said...

wahhh..sampai dah jumpa peminat..hehe

Unknown said...

SALAM,
COMEL2 BELAKA KUIH TAT NI. RASANYA MACAM MANA?

Cikrosecute said...

Wah ada peminat jugak hihihi

Puan Eka said...

wahh popular lah cikgu..hehe

eka pun penah org tegur sebab suka baca blog eka.terkejut jugakla..hehehe

Post a Comment