Friday, December 16, 2011

Yeah!!!Aku dapat interview!!!

    Seperti biasa, sejak 2 minggu yang lalu, setiap hari aku akan semak.Selalunya aku hampa.Kemudian, minggu lalu, aku hantar email kepada pihak berkenaan.Tak sampai 20 minit, jawapan telah diterima, meminta aku sentiasa menyemak web berkaitan.Aku pun teruslah menyemak.Dah jadi rutin pulak dah.Buka blog je, aku wajib buka web berkenaan.

   2 hari aku demam dan terlupa nak check.Malam ni baru aku teringat nak check balik.Tup!Tup!Ada!!!Yeah!!!Aku pun dengan jantung berdegup-degup, key in no.ic aku dan klik.Alhamdulillah....  Nama aku tersenarai untuk sesi temuduga, Permohonan Cuti Belajar tahun 2012.Mudah-mudahan, aku akan berjaya dalam temuduga yang bakal aku hadiri.Maklum sajalah, kali terakhir aku temuduga, aku sendiri pun dah tak ingat dah.Mudah-mudahan, aku berjaya menjadi pelajar IPTA lagi.

     Mana-mana blogger cikgu yang nak semak pemohonan cuti belajar tu, kliklah ke SINI ye.
Selamat berjaya!!!


TAHNIAH... ANDA BERJAYA!MAKLUMAT TEMUDUGA ADALAH SEPERTI BERIKUT
NO KAD PENGENALAN:
NAMA PEMOHON:SCARLETT O'HARA
KURSUS :LD_B238 - PENGAJIAN BAHASA INGGERIS
TARIKH TEMUDUGA:28   DISEMBER   2011
MASA TEMUDUGA:8.30 PAGI
TEMPAT TEMUDUGA: BILIK 5, BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, ARAS 1, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR
- Sebarang pertukaran tarikh dan tempat temuduga adalah tidak dibenarkan.





Senyum sampai ke telinga!


9 comments:

aliza said...

tahniah..akak masa blom ada anak dulu trus je amik master tp yg x bess gaji cikgu ada master pun sama je..x motivasi langsung nak blajar

Unknown said...

Salam kenal...

Sambung belajar ye...semoga success!;)

Shiema Sufian said...

tahniah. semoga berjaya (:

Anonymous said...

Tahniah. Semoga berjaya.utk continue your study.

tunz said...

tahniah..moga berjaya..mama belom nk sambung stdy lgi..nak tgk2 pelajaran ank2 la pulak...

whitecappuccino said...

Tahniah! sambung master ya?

Admin said...

tahniah n semoga suksess

ewanthology said...

good luck

Maz / azarguss@yahoo.com said...

Salam.. Saya dpt interview ni n kena pergi minggu depan.
n right now sgt blank dengan persedian yang perlu.. can u help me please..
mcm mana nak contact awak yer.. tq so much.

Post a Comment