Cik Nuffy

Bintang hati

Cik Nuffy ajak singgah

Saturday, March 19, 2011

Separuh jiwaku...

   Selain zapin dan kuda kepang yang memang telah lama tersohor sebagai lambang budaya negeri Johor, ghazal juga salah satu budaya yang aku banggakan.Biarlah orang kata aku ketinggalan zaman kerana aku menggilai ghazal.Separuh jiwaku adalah muzik Amy Search dan separuh lagi adalah budaya bangsaku.Maka aku amat menggemari ghazal dan juga lagu-lagu asli yang lain.Buat generasi baru yang tak kenal apa itu ghazal, silalah tonton video yang aku kepilkan.

Pencuri masuk rumah!!!Cis!!!

   Malam semalam, aku tidur lewat.Macam biasalah aku balas dendam blogwalking sambil join segmen En.Ben.Aku off Cik Lenovo Ungu aku ni lebih kurang pukul 3 pagi.Lepas tu aku golek-golek depan TV.Susah pulak mata aku ni nak lelap.Akhirnya TV tengok aku....zzzz.

  Subuh pukul 6.33 baru aku tersedar.Selepas solat, aku dapat tau rumah jiran aku selorong dimasuki pencuri.Tak pastilah pulak apa yang hilang tapi aku betul-betul risau.Ini kali keberapa entah rumah jiran-jiran selorong aku dimasuki pencuri.Mintak-mintak dibutakan matanya bila lalu depan rumah aku.Tak guna punya pencuri guna jalan senang je nak cari rezeki.Mati kena langgar lori baru tau!

  Mudah-mudahan jiran aku tu sabar dengan ujian ynag diberi.Kes-kes curi macam nilah yang buat aku fobia.Bunyi gate kena langgar kucing pun aku dah menggeletar.Dan tiap kali nak tidur, beria aku sembunyikan Cik Lenovo Ungu aku.Aku tak sanggup kehilangannnya.Kalau desktop aku pencuri tu larat nak angkut, angkutlah....Sampai tak selera aku nak buat cekodok pagi ni sebab sibuk check tingkap-tingkap rumah aku.



Segmen : Aku sayang blog ini...

image
   

   Segmen En Ben malam ni umpama bantal yang disorong kepada aku yang sedang mengantuk.Kebetulan aku sedang berkira-kira nak buat entry tentang blogger kesayangan aku ni. 

   Aku SANGAT 1000x suka dan sayang dengan blog dan tuannya kerana tuan blog ini sangatlah baik hati.Aku pun tak ingat bila mula aku kenal tuan blog ni.Blog aku pun baru je 10 bulan, maknanya baru sangat lagi aku kenal dia.Tapi, aku rasa aku dah kenal dia bertahun-tahun.Sekali aku tak berkunjung ke blog dia, rasa rindu menggunung.Kalah orang bercinta tau.Aku suka sangat entry-entrynya ynag simple, santai, kadang-kadang lucu tetapi penuh ilmu.Aku suka gaya bahasanya yang mesra pembaca.Ada sesuatu pada blogger ini yang tiada pada orang lain.En Ben pun takde.Apatah lagi orang lain iaitu kasih sayang.Ya!Aku rasakan kasih sayangnya tiap kali aku berkunjung ke blog ini.Kasih sayang dialah yang membezakan dirinya dengan orang lain.Tambah pulak dengan kerajinannya berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ini.Entahlah.... sukar untuk aku gambarkan.Hanya satu perkataan sahaja yang sesuai buatnya iaitu HEBAT.Ya!Dia blogger hebat oleh itu aku sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaag blog dia.

Dia yang aku maksudkan adalah:

K-POH / ahli kabinet dapur / spy tingkap

Entry ini adalah bukti betapa aku kagum dengan blog tersebut.

Berapa lama aku dah jadi follower kak Pah, serious aku pun dah lupa tapi tak lebih 10 bulanlah kot sebab blog aku ni baru 10 bulan usianya.

Aku tak tau bagaimana nak ku gambarkan tentang Kak pah yang aku kagumi ini.Lihat sajalah gambarnya untuk faham betapa dia seorang ynag istimewa.

My Photo
Ku perkenalkan :Inilah Kak Pah
( Macam Rubiah Suparman pun ada kan?)

Aku tak pasti sama ada Kak pah tau atau tidak yang aku kagum sangat padanya.Tapi tak kisahlah kan kerana aku ikhlas...

Jika berpeluang bertemu aku nak tanya 5 soalan berikut :
1. Nak peluk Kak Pah boleh tak?
2.Macam mana Kak Pah jaga muka ek?Licin dan berseri.
3.Saya nak peluk kucing-kucing Kak Pah boleh tak?
4.Kak Pah makan jamu atau tonik apa ek sebab Kak pah selalu bersemangat nak blogging.
5.Kenapa K-Poh?Ada makna ek Kak Pah?

Itu je lah...
Jemputlah ke blog Kak Pah.
LOVE U KAK PAH!
MUAH!MUAH!MUAH!



Friday, March 18, 2011

Balas yang tak berbalas. Yes! Man is a MAN!

    Raja Lawak musim ke 5 baru je tamat dan yeah!!!Balas tak jadi juara!!!Opss!Aku bukan le anti Balas cuma aku men*****h dengan si kudud rambut ikal yang tak suka senyum tu.Nampak sombong je.Tak mesra alam langsung!!!Aku tak kisah sama ada R2 atau Man yang menang kerana dua-dua bagus. R2 selamba je buat lawak.Mesra alam sungguh.Senyum manjang.Man pulak merendah diri orangnya. Orang-orang macam ni lah yang kita perlukan dalam industri lawak kita.( Eh!Bila pulak aku minat Raja Lawak eh?Oh ya sejak aku nampak Uncle Hensem aka Mr David Teo kat Raja Lawak 3 minggu lepas)

   Apa pun tahniah buat Man yang jadi juara ( Aku dapat bayangkan orang rumah Man yang tersenyum sampai ke telinga.Kalau aku pun cam tu.RM100,000.00 tu!!) Tahniah juga kepada R2 dengan lawak yang cukup menggeletek hatiku.Kepada Balas, lain kali senyumlah sikit.Jangan masam je....Jangan marah ye!


Man Sang Juara!!!

R2 sebagai naib juara ( Bukan Naik Johan tau!)
Gambar R2 lebih besar dari man sebab aku minat R2 tau!

Balas yang tak  berbalas... 
No 3.

p.s: Aku kesian tengok peserta Raja Lawak perempuan yang pakai baju merah berkasut tinggi tu masa buat persembahan pembukaan.Nampak tak selesa atau kekok sangat.Macam kena paksa.Tapi yang baju biru tu enjoy habis!
(Kumpulan apa entah)

Aku seekor ular...

   Setakat entry ini ditulis, Alhamdulillah, atas sokongan semua, follower aku jumlahnya dah jejak ribu. Kalau aku ada masa lapang, aku suka meneroka blog-blog baru yang berpotensi menjadi follower aku.Biarpun follower blog yang aku terjah tu tak sampai 10 orang, kalau aku berkenan tentu aku follow.Lelaki atau perempuan aku tak kisah asalkan tak melanggar prinsip aku.Aku takkan follow blog tak senonoh, politik melampau atau yang menunjukkan aksi gedik melampau batas Melayu dan Islam.

   Kepada yang bertanya: Kenapa aku sudi jadi follower blog-blog baru lahir yang belum lepas pantang, sedangkan aku dah boleh dikira otai? ( ?Otai ke aku?Segan pulak nak mengaku otai sebab aku masih perlu banyak belajar lagi.) jawapan aku adalah : Aku faham perasaan blogger-bblogger baru bertatih yang sangat mengharapkan follower sebab aku pun dulu macam tu juga.Jadi tak salah aku berikan sokongan kan?Kata orang, ular yang menyusur akar, takkan hilang bisanya jadi biarlah aku jadi ular itu yang sentiasa menyokong adik-adik blogger yang baru belajar.

  Tapi, apa pun, aku selalu ingatkan diri aku yang, aku juga terkadang seekor tikus membaiki labu kerana walau pun umur blog aku ni dah jejak 10 bulan, aku masih tercari-cari rentak dalam berblogging.Akhir kata terima kasih atas sokongan semua kerana tanpa sokongan kalian, akan sunyi sepilah duniaku....

Terima kasih atas sokongan yang berterusan...

Thursday, March 17, 2011

ASTRO atau SCTV?Kang aku pilih SCTV kang...

   Asal aku on je, 'Service currently not available'. Asyik-asyik benda alah tu je yang tertulis.Tapi siaran Melayu ok pulak.Aku nak tengok HBO, TLC, AFC,ABO, semua benda alah tu je yang tertulis.Geram betul aku!Bayar mahal-mahal tapi hampeh.Hampas kelapa tak pe boleh jugak guna untuk hilangkan daki.Bila call service centre, operator tu kata semua ok.Mungkin sebab cuaca.

   Cuaca?Pleaselah!Takde pun tsunami ke hujan ribut ke.Ok je.Berangin tu memanglah tapi biasalah bulan-bulan Februari, Mac kat Pasir Gudang ni.Kalau tak, takde lah Festival layang-layang!Kalau macam ni lah service, baik aku tengok TV Indon lagi baik.Walaupun jauh berbatu-batu, aku dapat tengok Miller yang hensem atau Asmirandah yang aduhai tanpa perlu pasang antena tinggi.Kang aku minat balik kat SCTV dan stop ASTRO kang, jangan salahkan aku pulak ye!

Logo punyalah cantik.Service pun kenalah cantik.


Ni pulak SCTV.Tak taulah logo baru atau lama sebab sejak kenal ASTRO aku dah lama tak on SCTV walau pun di sinilah dulu aku kenal Marimar versi asal, Esmeralda, Ugly Betty dan banyak lagi.(Juga Benci Bilang Cinta yang ramai peminatnya di Malaysia tu)

Wednesday, March 16, 2011

SEARCH - Fantasia Bulan Madu

    Biarlah orang lain menyampah, aku tetap tak kisah.Biar sejuta kali pun aku dengar lagu yang sama, aku tetap takkan jemu.Tu yang aku tepekkan balik lagu tu hari ni.Jom dengar!






Tuesday, March 15, 2011

Dia anak Johor.

Cuba scroll down dan tengok gambar tu.Kenal tak jejaka kacak berwajah Melayu tu?
-
-
-
-
-
-
-
Tak kenal?
Hish!Hish!Hish!
Tengok pulak gambar-gambar yang lain.
-
-
-
-
-
Pun samar-samar @ ingat-ingat lupa?
Tak patut!Tak patut!
Tengok gambar yang lain pulak.
-
-
-
-
-
Haaa.... baru kenal ye?Kalau tak kenal juga mungkin anda bukan warga Malaysia.PATI kot?

   Tujuan aku menunjukkan gambar-gambar Jalil Hamid yang aku pinjam daripada Cik Google tersebut adalah untuk menyatakan betapa aku bangga dengan bakat yang ada dalam dirinya.Sama ada menyanyi, melawak,berlakon atau mengacara, semua dapat dilaksanakan dengan jayanya.Aku amat kagum dengan bakatnya dalam lakonan terutama jika digandingkan dengan Rosyam Nor dan Fauziah Nawi.Suaranya juga amat merdu terutama jika menyanyikan lagu-lagu ghazal yang jadi kebanggaan anak Johor.Dan aku percaya, sebagai anak seni berdarah johor Jalil Hamid juga pandai menari.

Monday, March 14, 2011

Mana Otoman?

   Isu lawak tak cerdik Fizz Fairuz di Twitter mungkin isu sensitif.Namun bagi aku maki hamun setengah-setengah artis di Twitter lagi sensitif.Kata orang bahasa menunjukkan bangsa jadi jika bahasa kesat yang diguna, orang boleh anggap macam-macam kerana bangsa Melayu yang betul-betul Melayu takkan dengan mudah memaki hamun saudara seagama. Jadi apalah sangat lawak tak cerdik Fizz Fairuz tu.Anggap jelah dia bergurau.Nama pun Twitter, laman sosial, tentulah ada gurau sendanya sama seperti bersosial dengan kawan-kawan.Bukan bermakna Fizz tak sensitif dan tak simpati pada bangsa Jepun?Lagi pun dari kecik lagi kita dah diberikan gambaran seolah-olah Ultraman dan Doraemon tu wujud.Hatta, anak buah aku yang kecik pun tanya soalan yang sama, " Mana otoman dengan doraemon?"

Masa aku kecik dulu pun aku rasa Otoman ni betul-betul wujud.

Sunday, March 13, 2011

Segmen : Apa kata cinta

Syarat-syarat segmen : Apa kata cinta

1.Buat satu entry tentang apa itu cinta. ( Ok.Sedang dilaksanakan )
2.Letak banner love cantik tu atas entry ( done)
3.Letak link entry dalam ruangan komen.(Ok.Jap lagi lepas publish aku linkkan)
4.Tag 2 orang rakan. ( Bukan setakat 2, semua yang masuk blog aku, aku tag)
5.Tarikh akhir : 16 Mac ( Oooo... sempat lagi aku join ni)

Apa itu cinta?
Love is not a word but it is a sentence.A LIFE SENTENCE!
( Itulah pendapat peribadi aku tentang cinta.Cuma 13 ayat tetapi mengandungi berjuta makna yang hanya difahami oleh orang yang pernah mengalaminya)

Indah pada awalnya namun sengsara akhirnya...

Dah sebulan aku tak jumpa mereka... Hua!!!!

  Esok secara rasminya bermula cuti persekolahan bulan Mac.12 dan 13 hb tak kira sebab Sabtu dan Ahad memang hari cuti ( walau pun biasanya tak cuti).Seperti biasa, macam-macam benda aku nak buat time cuti ni.Mudah-mudahan apa yang diharapkan menjadi kenyataan.

1.   Kelas tambahan. Kalau takde kelas tambahan pun aku rasa aku akan tetap ke sekolah 
      kerana jemu duduk rumah lama-lama.

2.   Mengemas meja dan bilik aku di sekolah.Susun fail, label fail dan macam-macam lagi.

3.   Ke kem muzik untuk budak-budak band aku.

4.   Menyiapkan macam-macam kertas kerja, dokumen dll berkaitan sekolah.

5.   Menyediakan bahan bantu mengajar untuk sekolah.

6.   Menyemak buku kelima-lima kelas yang aku ajar.

7.   Menyiapkan analisis item.

8.   Melengkapkan headcount.

9.   Mengemas rumah + mop lantai, lipat baju, lap cermin dll.

10. Menyiapkan  baju-baju yang belum sempat pun aku potong.Harap-harap siap 2,3 pasang.

11.  Melukis

12.  Membaca

13.  Cross-stitching

14.  BLOGGING ( Huruf besar sebab ia rutin wajib)

15.  Cari bahan p&p di internet untuk kelas.

Fuh!Panjang juga senarai ni. Alamak!!!Aku lupa!Yang paling penting aku nak bermalam di rumah emak ayah aku.Dah sebulan aku tak jenguk mereka.Huaaaa!!!!Harap-harap emak ayah tak merajuk!!!

Apa gelak-gelakkan orang?

   Semua orang kenal uncle hensem ni kan?Aku kadang-kadang kesian pada uncle ni sebab Zizan dan Johan selalu permainkan aka mengajuk cakap dia yang pelat.Penonton pulak tu gelak bukan main.Tak baik tau!Gelak sikit-sikit sudahlah.Apa pun aku tabik dengan uncle hensem ni sebab senyum je.Tapi dalam hati mana kita tau kan?Jadi Jozan, pada-padalah menggiat orang tu.
( Tapi sebenarnya aku pun gelak golek-golek dengar uncle hensem tu bercakap)

Sorry ye Uncle David Teo sebab turut gelak golek-golek bila uncle bercakap.Sebab tertarik dengan lawak Uncle David Teo inilah aku mula teringin nak tengok Raja Lawak.

inilah Jozan yang dok gelakkan Uncle David

Aku suka lawak bijak kumpulan ni.
(Alamak!Lupa lak nama dia.R2 ke? )



Guru atau garu?

     Sejak akhir-akhir ini, banyak sangat kes salah laku guru-guru.Tak taulah siapa yang benar siapa yang salah.Kadang-kadang budak-budak sekarang yang terlebih manja.Emak bapak pulak selaluuuuu je menangkan anak.Hinggakan satu tahap, dah terang anak yang jadi dajal pun cikgu jugak yang dipersalahkan.Anak-anak pun apa lagi, masing-masing makin naik tocanglah.Cikgu jugak yang kena mengalah.

   Itu tentang emak bapak.Yang cikgu pulak, makin lama aku rasa, generasi baru yang jadi cikgu ni tak ikhlas bekerja.Maaf aku cakap.Ramai cikgu baru yang aku rasa tak layak jadi cikgu.Jadi cikgu mungkin kerana terpaksa sebab emak bapak suruh atau sebab keadaan memaksa kerana tak dapat kerja lain.Jadi bila diberi tugasan, macam-macamlah alasan.Bila diminta buat sesuatu mulut mengomel kalah mak Joyah.

   Aku paling tak suka @ menyampah @ geram dengan guru yang tak menepati masa.Katalah kelas mula 8.05 pagi, pukul 8.10 masih dok berborak gelak-gelak.Geramnya!!!Rasa nak ketuk-ketuk kepala cikgu tu.Ajar anak murid pandai tapi ajar diri sendiri tak pandai.Cikgu kena ingat, 5 minit tu memang tak lama, tapi dalam 5 minit itulah macam-maca perkara boleh berlaku.Silap-silap hari bulan dalam 5 minit tu budak-budak bergaduh, cikgu jugak yang berpeluh!(Iyelah nak kena jawab cikgu ke mana masa tu)

   Aku naik malu dengan mereka yang bukan cikgu sebab akhir-akhir ini banyak sangat spesis cikgu yang letak otak di lutut.Tipu MC nak berkempen, kes cabul, kes bergaduh, kes menipu dan macam-macam lagi.Sistem pemilihan guru yang salahkah atau memang dasar cikgu-cikgu celup tu tak layak jadi cikgu kerana dah memang sejak azali perangai hodoh tak boleh jadi contoh.Pada aku yang cuma dapat memerhati ni, kesalahan dan kekurangan itu disebabkan sikap diri guru itu masing-masing kerana ada juga guru-guru muda yang komitmennya sangat tinggi.

   Kepada guru yang terasa, aku mintak maaflah ye dan harap-harap lepas ni ubahlah sikap.Jadilah guru yang memang guru bukan garu ( tergaru-garu sebab tak tau apa nak buat atau tak setuju dengan tugasan yang diberi atau tak tahu macam mana nak tunjuk contoh yang baik pada anak-anak didik) Kepada guru-guru yang memang dah tip top, tahniah dan teruskan kecemerlangan anda demi anak bangsa.

Ada tak lagi cikgu macam dalam gambar dari album Cik Google ni ye?


Budak-budak bila cikgu takde dalam kelas, macam nilah jadinya.
(Gambar Cik Google)