Baru je balik dari rumah Cik Nuffy untuk cash out nuffy earning.Takdelah sampai ribu-ribu tapi syukur lah jugak.Siapa nak beri duit percuma suka-suka kan?Berbaloi juga dok dating dengan Cik Lenovo tiap-tiap hari walau pun tak selama En.Ben dating dengan Encik Blue dia.
Terima kasih jugak pada followers yang setakat hari ni dah cecah 1360 orang.Mudah-mudahan semakin ramai.Mudah-mudahan juga semakin mencurah-curah idea aku untuk menulis.Manalah tau kan boleh dapat ribu-ribu pulak lepas tu.
Seperkara lagi, aku ingat nak letak bloglistlah kat umah aku ni.Jadi sesiapa berminat tu, terutama yang selalu datang berkunjung tu, tinggalkan url korang di komen entry aku ni ye.Oklah.Aku minta diri dulu....
Inilah Cik Nuffy
Cik Google bagi gambar Cik Nuffy yang ini pulak!
Cik Nuffy yang ini barulah sesuai.
Opps!Lupa beritau!
Terima kasih ye Cik Nuffy atas pemberian RM tu!
























