Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, June 30, 2011

Purple Friends :Senarai terkini




Berikut adalah senarai terkini blog-blog purple yang telah berjaya aku kumpulkan.



Bagi blog-blog yang masih belum menari-nari di Purple Friends aku tu sabar ye sebab aku terpaksa mintak khidmat Cik Samsung tua aku sebab Cik Lenovo ni tak boleh nak save pulak.
Sabar ye!



Aku pun tukar purple jugak.

Cik Scarlett pesan...

Shhhh!!!Cik Scarlett takde.Dia kat sawah sekarang.Tapi jemputlah masuk.Dia suruh makan dan minum apa yang ada.Dah tu baca-baca majalah kat sini.
Malam karang dia jemput datang balik.
Paling cepat pun Cik Scarlett online pukul 4 petang lepas dia jumpa Sergio.
Hah?Ni sape yang cakap?
Saya yang cakap, pembantu Cik Scarlett.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Hissh!Bukan aku yang cakap!
Cik Scarlett kalau nampak aku, mau dia lari marathon sampai rumah Mr Curly.

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sayalah yang cakap.
Kenapa?tak percaya?

Wednesday, June 29, 2011

Esok aku akan bersawah padi

   Alamak!Esok mungkin aku terpaksa ke sawah padi dengan berbaju batik.Nak pakai baju biasa-biasa je tak boleh sebab esok hari Khamis.Semua cikgu kena pakai batik. walaupun ada yang degil tak nak pakai sebab malas nak gosok.Setakat ni aku tak pernahlah pulak degil cam tu. Petang tadi hujan lebat jadi dah sah-sah padang bertukar jadi sawah.Esok pulak ada raptai untuk sukan.Walau pun aku dah tugaskan pembantu aku Cik Lily yang comel untuk memantau sepenuhnya anak-anak band aku yang manis (yang akan ke Bukit Jalil untuk final NatComp 17 Julai ni) tu, takkan aku nak goyang kaki je kat bilik aku yang ada air cond tu.(Aku jarang on air cond sebab aku tak tahan sejuk) Jadi, confirmlah aku bersawah esok.Cuma takde ikan sepat je.Sebenarnya jejak sawah pun aku tak biasa maklumlah tinggal di Pasir Gudang ni manalah nak jumoa sawah.Sawa adalah.Ular sawa=lelaki yang makan tidur je kerjanya)


Nasib baiklah Pasir Gudang ni takde pacat.
Kalau tak upah seribu rupiah  pun aku tak nak ke padang.


Sebelum ke sawah, jenguk Churp churp dulu.

Dah lama aku cari kau!

   Dah lama benar aku cari kau.Hingga ke hujung dunia kata orang tapi tak jumpa-jumpa.Sampaikan masa aku nak cerita kenangan bersama kau dulu aku terpaksa guna gambar penyamar atau stand in.Abis tu tak jumpa gambar kau sama ada yang baru ataupun yang lama.Eh!tau-tau masa aku melawat si Si Todak, molek je aku nampak kau tersengih.Apa lagi, lepas aku mintak izin dari Si Todak, aku heret kau ke mari.Tengoklah gambar kau kat bawah tu!
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Nampak?Molek je kau tergolek dalam tangan si Todak.Buat kecur air liur aku je Si Tonjen ni.

Ni pulak gambar stand in yang aku sewa dari Cik Wahida.

Tindakan tatatertib menanti guru

   Berita dipetik daripada Buletin Utama TV3 malam ini, Rabu, 29 Jun 2011 adalah :Tindakan tatatertib menanti guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Perhimpunan Haram Bersih yang bakal diadakan pada 9 Julai ini.Bukan guru saja, pelajar-pelajar juga diingatkan supaya tidak melibatkan diri menyebarkan risalah berkaitan.

   Jadi cikgu-cikgu ingatlah ye.Tak payahlah buang masa 'membersihkan' diri kita kerana silap-silap hari bulan semakin kotor jadinya.Kita kan kaki tangan kerajaan, janganlah jadi ekor pada yang lain pulak ye.Contohnya macam bekas Cikgu Normala dulu.(Alah yang bertanding dalam pilihanraya kecil tapi kalah tu.Ynag suaminya nama Maarof)Kalau agak-agak tak suka kerajaan, letak jelah jawatan barulah bermaruah.Hish!Membebel pulak aku!



Ikutlah contoh Encik Kucing yang setia ni ye.

Thank you Caril!

   Aku rasa nak senyum sampai ke telinga sekarang ni sebab seseorang telah memuji aku.Bukan dia puji aku cantik (sebab aku ni just plain looking je walaupun sebenarnya memang aku cantik kot?)  Aku tak heran tentang kecantikan.Ni pujian yang amat memberikan makna dari seseorang yang juga bermakna iaitu  anak murid aku. Dia kata, " Bestlah belajar dengan teacher!" Fuyooo!!!!!Kalau ' Si caril' anak murid aku tu nampak, muka aku berseri-seri bersinar-sinar seperti pinggan dicuci dengan sunlight.Bukan senang budak-budak nak minat English Class oii!Alamak!Kena stop pulak sebab ada orang datang!

Malu kena puji, aku menyorok balik pokok.

p.s: Thank you Caril for making my day!

Yihaaaa!!!!

   Aku tak dapat bayangkan kalaulah aku ni PM.Silap-silap nak makan pun tak sempat.Apa lagi nak berblogging merayap-rayap ke rumah my laling Mr Curly, atau menjenguk Kak Pah K-Poh ku tersayang.Nak jenguk banglo En Ben 10?Memang jauh panggang dari apilah sebab BZZZZZ.... Sekarang ni pun jangankan kata jadi PM baru jadi cikgu Bedah  pun aku dah as bzzzz as a bee.Kalah Puan Bee yang memang ada sengat tu.Aduhai...... Berikanlah aku sedikit waktu...Tapi apa-apa pun, blogging tetap blogging!Yihaaaa!!!!

Sampai terteleng kepala aku asyik sangat blogging!

Tuesday, June 28, 2011

Nak sedut?Sedut pun sedutlah...

    Lepas baik demam ni, macam-macam aku rasa nak makan.Semenjak dua menjak ni aku perasan, aku kena jaga makan.Bukan takut menternak lemak seperti kata Cik Epal yang comel tu, tapi aku perasan bila aku silap makan je, aku jadi semput.Rasa susah sangat nak bernafas.

   Nak dijadikan cerita, semalam aku beli air asam boi di pasar malam.Eh tau-tau, aku rasa macam nak mati sebab tak boleh (kalau tak boleh, matilah aku), susah nak bernafas.Bila aku hela nafas panjang-panjang, rasa ya Allah ketatnya macam nak tercabut jantung aku.Aku ingatkan lepas aku tidur, esoknya oklah tapi tekaan aku meleset.Keadaan jadi bertambah parah.

   Semput aku makin teruk.Tak pernah kena teruk macam ni.Maka terpaksalah aku mc.(Anak-anak muridku.Maafkan teacher kerana mc lagi) Pagi-pagi lagi aku dah ke klinik.Dr.Subash yang merawat aku sejak aku 13 tahun kata, banyak sangat lendir dalam paru-paru.Kalau dibiar, keadaan akan tambah parah dan boleh jadi fatal kata dia.(Mak ai!Buat takut aku je) Jadi doktor kata kena sedut lendir.

   Masa aku dalam bilik nak sedut lendir tu, ada seorang budak kecik umur lebih kurang 5 tahun kata,"Acik!Acik banyak sangat makan ais krim ek?Sebab tu kena sedut!"Aku senyum je.Maklumlah nak bernafas pun payah apa lagi nak berbual.Aku malu jugak sebab ada dua lagi budak cinonet lain tengah kena sedut sedangkan akulah satu-satunya 'budak tak cinonet' kat situ.Apa nak buat.Nak sihat punya pasal,sedut pun sedutlah.



Macam ni lah lebih kurang rupa aku kena sedut cuma aku 'kurang comel' je.
Maklumlah aku ni 'budak tak berapa cinonet'

Monday, June 27, 2011

Alamak!Tajuk apa nak tulis ni?

   Benda yang lepas, janganlah dikenang lagi.Itulah kata-kata keramat yang baru je aku dengar.Bunyi macam mat bunga-bunga yang cakap kan?Tapi yang sebenar-benarnya meluahkan kata-kata romantik di atas adalah ....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Si Botak gengster Juvana.
Botak baru je cakap cam tu dalam siri Juvana malam ni.


Yang ni Kedah, gengster tak cukup umur.

 
Ni pulak cikgu yang paling aku menyampah.
Apa ntah nama dia.

Oklah.Jom tengok Juvana.

Quack!Quack!Quack! ke Pak!Pak!Pak!

   Aku pernah bertekak dengan seseorang.Orang tu asalnya dari Terengganu.Aku kata bunyi itik;Quack!Quack!Quack!Dia kata bunyi itik; Pak!Pak!Pak!Aku tak puas hati!Mana ada bunyi itik Pak!Pak!Pak!Dah tu dia gelak-gelakkan aku kata aku tak kenal itik.Aku tak puas hati.Walt Disney pun buat bunyi itik si Donald Duck tu, Quack!Quak!Quack!Kang aku geram-geram, aku tangkap itik seekor dan rakam bunyi dia sebagai bukti.Aku kata;Quack!Quack!Quack,Quack!Quack!Quack! Lah...  



Alahai Cik Itik.Janganlah senyum je.
Kau tolonglah aku!

Sunday, June 26, 2011

Tulang belut

   Bila sebut tentang hari raya, tentu terbayang macam-macam fesyen baju untuk digayakan.Tapi yang paing popular, tentulah baju kurang teluk belanga.Selain cantik dipandang mata, ia juga amat selesa dipakai.

   Bila sebut baju kurung teluk belanga, tentulah lehernya berjahit tulang belut.Zaman sekarang ni aku rasa ramai anak dara yang tak kisah kalau tak pandai jahit tulang belut.Rugi rasanya kalau budaya nenek moyang kita ni pupus begitu je.Jadi, kalau ada peluang tu, belajarlah menjahit tulang belut!


Baju kurung teluk belanga ni hak milik mohdnadri.com  .Aku pinjam jap.
tengok jahitan tulang belut di leher tu.Nampak susah nak buat tapi sebenarnya senang je.Susah lagi buat blog!

Rupa jahitan tu macam tulang belut di atas.
Sebab tu namanya tulang belut!

p.s:Ada sesiapa nak upah aku jahit tulang belut?

Eeh!Macam dah raya pulak!

     Aku perasan ramai yang macam dah kena demam nak raya.Kalau bab tempah baju tu, awal tahun lagi aku rasa ramai yang dah hantar tempah.Kalau sekarang ni rasanya ramai tukang jahit yang dah tutup tempahan.Sehari dua lagi, aku rasa berlambaklah sampel kuih raya di mana-mana.Rupa memang cantik tapi rasa tak taulah.Bagi aku, tak salah berniaga tetapi kenalah jujur.Aku pernah kena 2 tahun lepas.Sampel bukan main sedap.Guna butter.Tapi bila tempah, hampeh.Sah-sah guna Planta je.Bukan aku nak rendah-rendahkan Planta tapi, biarlah sampel dengan tempahan tu sama rasa.


Kuih tat macam nilah yang aku kena tipu dulu.

   Bila cerita tentang raya, tentu aku teringat kenangan raya zaman kecik-kecik dulu.Apa taknya, masa tu raya tak sah kalau takde bunga api.Aku masih ingat lagi bunga api cap Kucing.Masa tu aku tinggal di kampung.Rumah jauh-jauh.Bila main tu, aku suka bengkokkan hujung bunga api tu kemudian bila dah menyala, aku campak bunga api tu atas pokok durian atau rambutan depan rumah.Maka tersangkutlah bunga api tu jadi macam bintang berkelip-kelip di langit.


    Hari raya juga mengingatkan aku pada air sirap pandan.Bila terhidu je bau harum sirap yang mak buat tu, aku tau yang hari raya dah dekat.Seronok bukan main hinggakan tak lena tidur.

Sirap pandan special.
Gelas bunga macam contoh di atas tu dah jadi lambang kemewahan sesebuah keluatga zaman aku kecik-kecik dulu.

    Tapi, bila cerita tentang raya dulu-dulu, yang paling seronok adalah aktiviti mengejar ayam untuk disembelih.Seronok habis!!Zaman sekarang mana ada?Setakat kejar ayam di Kip Mart je mana ada adventurenya!

Tengok tu!Bukan main seronok tuan gambar ni bila dapat tangkap ayam.

   Tetapi jangan lupa, bayar dulu hutang puasa tahun lepas ye!



Celcom merajuk pulak!

   Oleh kerana Celcom hari ni cam merajuk je, maka tak dapatlah aku nak merayap ke rumah kawan-kawan.Dahlah dekat seminggu aktiviti blogging aku terganggu dek demam yang tak kebah-kebah.Jadi, aku post jelah dulu entry ciput ni sebagai tanda aku masih lagi aktif berblogging.Cuma keadaan memaksa aku mengurangkan kadar kecekapan aku bw.Harap-harap Cik Nuffy dan BE aku tu tak ikut merajuk.Kalau merajuk juga, alamat makin down lah aku jawabnya.

Saturday, June 25, 2011

Dato' Lee Chong Wei mara ke final...

   Dato' Lee Chong Wei mara ke final setelah menumpaskan Chen Long dari China (21-17, 21-18) dalam Badminton Super Siri Terbuka Indonesia.Chong Wei akan berjumpa Gade dari Denmark dalam final esok.Mudah-mudahan, kemenangan akan menjadi milik Malaysia di final nanti.

Yang ini Dato' Lee Chong Wei




Yang ini pulak Ali Chong Chong.
(Mak ai!! Tak cukup tangan nak main!)

Alamak!Habislah ekor aku!

   Baik demam je, tekak ni mintak macam-macam pulak.Mula-mula teringin nak makan bubur ayam, tiba-tiba teringin pulak nak makan sup ekor.Sup lain tak nak.Nak sup ekor jugak.Nasib baik ada orang tolong carikan.Maka dapatlah beta santap sup ekor special malam ni.Yahuuuuu!

Pinjam gambar sup ekor dari Noreen.


Cik Tucin kata, "Mintak sikit boleh?"



Alamak!Habislah ekor aku!

Tungguuu!!!!

    Dapat pun  online balik!Alhamdulillah.... Mudah-mudahan, badan makin sihat dan semangat tambah kuat.Terima kasih buat yang mendoakan kesihatan aku.Malam ni, dah plan nak post macam-macam.Maklumlah setelah sehari suntuk tergolek je di katil, melimpah-limpah idea yang ingin dicurah.Jangan lupa.... Tungguuuuu!!!!


Thursday, June 23, 2011

SEMANGAT MESTI KUAT!

   Akhirnya berjaya juga aku memunculkan diri.Kesian anak aku si kucing yang dok menunggu dari pagi tadi tu.Apa nak buat aku banyak sangat kerja.Tambah pulak aku belum sihat betul.Lama juga demam dan selsema kali ni.Tapi, bak kata pengetua sekolah aku, semangat kena kuat.Kalau kita tak kuat, bila-bila masa kita akan tewas.Tu yang aku masih kuat lagi tu tak kiralah di kelas, di padang, atau di dunia blogging ni.Yes!SEMANGAT MESTI KUAT!Mudah-mudahan di masa akan datang, tugasku akan lebih dipermudahkan.


Semangat mesti kuat..........  blogging
walau pun aku rasa aku dah jadi macam kucing di atas tu....
mengantuk sebab makan ubat.

Tak kira!!!!
Aku nak jumpa juga kawan-kawan bunian aku!

Let's have a break!