Cik Nuffy

Bintang hati

Cik Nuffy ajak singgah

Monday, July 11, 2011

Segmen Promote Blog


Blog ni telah dilahirkan pada 8 Mei 2010

Jumlah follower : 1841 (Bilalah nak jadi 18,841!)

Follow kotak bulat?Dah berzaman dah aku follow kotak bulat!

Itu je ek?Ooo..senang je segmen ni.Sesiapa nak join, klik kat gambar di atas tu.

Kulit jering buat anting-anting

   Dulu, aku suka sangat kalau ayah bawa balik jering.Cepat-cepat aku ambil dan tawar diri untuk keluarkan isi jering tu.Tak guna pisau.Cuma dirikan jering tu dah tu ketuk dengan anak lesung.Lepas tu part yang paling aku suka ialah bila mak pecahkan kulit jering tu kepada dua bahagian.Kulit jering tu liat jadi walau pun dah pecah dua, masih ada selaput yang masih melekat.Lepas tu, mak sepitkan kulit jering tu di cuping telinga aku.Maka jadilah anting-anting!Seronok sungguh masa tu.

   Sekarang, bila diingat-ingat kembali, aku rasa zaman kanak-kanaklah yang paling aku suka.Takde nak ikir apa-apa masalah.Yang aku tahu, main, makan, tidur.Bila dah besar sikit barulah fikir pasal kerja sekolah.Kalaulah dapat, aku undurkan putaran dunia.....

Kulit jering macam nilah yang emak guna untuk buat anting-anting aku.

Sunday, July 10, 2011

Ceritaku di bulan Ramadhan.

Santai Bersama BEN ASHAARI

   Segmen En.Ben malam ni mengingatkan aku pada kenangan di bulan ramadhan masa aku kecik dulu.Masa tu aku maish di sekolah rendah.Masa bulan puasa dan dekat nak raya adalah tokeh Cina kawan ayah hadiahkan air gas satu kotak.Emak memang tak suka anak-anak minum air gas.Maknanya kalau aku mintak dengan emak sah-sah permintaan aku akan ditolak.

   Jadi, suatu pagi di bulan ramadhan tu aku pun curi-curi ambil satu botol.Kebetulan masa tu aku ada asam kecut ( atau setengah tempat dipanggil asam boi).Jadi memang ngam sangatlah makan asam kecut sambil minum air gas.Aku pun seronoklah dapat merasa air gas yang biasanya jadi bahan larangan aku tu.

   Sedang aku asyik makan asam kecut dan minum air gas tu, ( masa tu aku menyorok bawah tangga) entah macam mana aku tercekik.Biji asam kecut tu tersumbat di kerongkong aku.Dalam panik tu aku pun togok air gas dua, tiga botol.Nasib baik biji asam kecut tu berjaya aku telan.Kalau dah arwahlah aku.Takdelah aku jadi blogger berjaya macam sekarang. Rasanya itulah perangai @ kenangan ternakal aku zaman kanak-kanak di bulan puasa.

Jering puteri mandi.Sedap tak?

    Aku pernah tinggal di Terengganu selama 3 tahun.Macam-macam makanan aku pernah rasa.Telur penyu sedapnya!!!!, kerabu sare, rojak kateh, berangan hutan, budu buatan kampung yang sangat lazat, dodol dalam daun nipah, bahulu beras, nekbat, dan entah macam-macam jenis lagi.Tapi aku tak pernah tau pulak jering Puteri Mandi.

   Baru je aku tengok di Buletin Utama TV3, jering tu boleh dibuat seperti Puteri Mandi, kuih yang lazat tu.Mula-mula, jering yang dah bogel dibuang kulitnya tu, direbus antara 8 hingga 14 jam.Mak datuk!Punyalah lama!Inilah salah satu bukti menunjukkan betapa orang-orang dahulu mempunyai kesabaran yang amat tinggi.Aku baru rebus kacang hijau nak buat bubur pun lima,enam kali terjenguk-jenguk sebab tak sabar.

   Lepas direbus, ditoskan airnya dan dah pun siap.Boleh dimakan dengan kelapa parut.Bab buat jering jadi Puteri mandi tu tak pulak ditunjuk.Cuma tunjuk jering tu dalam plastik je.Pakcik yang diinterview tu kata, jering ni baik untuk kesihatan sebab lepas makan jering, kita senang buang air.(Itu yang aku fahamlah).

   Jika ada sesiapa yang ada pengalaman tentang jering direbus tu, bolehlah kongsi dengan aku ye?Teringin pulak nak cuba!Tak salahkan?



Macam ni lah lebih kurang rupa jering rebus tu.
(Alamak!Lupa nak ambik url gambar ni nak letak cerdit)



Ops!Salah pulak.Yang ini puteri tengah mandi!
Tak baik tengok!



Ni ke rupa Puteri Mandi?
(Gambar milik atentinkerbell.blogspot.com )


Singgah blog aku sat,bleh?

Santai Bersama BEN ASHAARI

   Sebenarnya dah lama aku tunggu segmen En.Ben ni.Eh..tiba-tiba ada pulak.Tapi En.Ben kata, untuk blogger-blogger baru.(Aku keliru ni.Aku baru ke lama?Nak kata lama, blog aku ni masih belum bercat lagi.Perabot pun belum ada.Nak kata baru, rasanya macam tak sesuai pulak.tapi, tak kira!Aku nak join jugak!) Sebenarnya macam mana nak kategorikan blog tu baru atau lama?Adakah dengan melihat tarikh ia mula dibina?Atau dilihat dari jumlah followernya.Atau pun dilihat dari meriah atau tidak shoubox atau komennya.

p.s:Nak kena buat entry khas lepas interview blogger-blogger otai lepas ni.


Kata kawan baik...

   Betullah orang kata, hidup ini ibarat roda.Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah.Bila kita di atas, semua orang menyanjung kita.Semua orang mengaku kawan kita.Tapi, bila kita di bawah, bai jual karpet pun rasanya lagi baik dari kita.Jadi, sekadar pesanan iklas buat mereka yang sekarang di atas, beringatlah kerana bukan semua kawan yang kita ada tu benar-benar ikhlas nak berkawan dengan kita.Jangan sesekali terlalu percaya atau dengan kata lain percaya 100% pada seseorang yang bernama kawan.(Apatah lagi orang yang memang bukan kawan).Kadang-kadang, lembut gigi dari lidah semasa kawan kita tu menanam tebu di bibir.Buktinya, bila kita susah, jangankan nak menolong, jumpa pun buat-buat tak kenal.Akibatnya, terpaksalah kita tanggung masalah yang kita hadapi atas nama menolong seorang kawan - SENDIRI.


   
Kata kawan baik. Tapi seorang pandang kanan, seorang pandang kiri!

Baik aku berkawan dengan Churp churp je!

                                                

Kepimpinan mestilah melalui teladan....

   PM kata, isteri-isteri wakil rakyat hendaklah menjaga nama baik suami-suami mereka.Jaga makan minum, jaga tutur kata, jaga ingkah laku, jaga pakaian... Opps!Aku terfikir... Bab jaga pakaian ni PM kena tegur isteri dia sendiri.Jaga pakaian bukan bermaksud pakai pakaian yang cantik dan mahal je, tapi bagi aku yang tak moden ni, kena jaga juga dari segi auratnya.Dengan kata lain, pakailah tudung.Barulah namanya jaga pakaian!Kalau nak paksa anak pakai tudung tu mungkin alasannya susah, sebab anak orang muda, masih nak enjoy.Tapi takkan paksa isteri yang dah tak berapa muda tu pun susah?Kata kepimpinan melalui teladan.Jadi mana teladannya?



Datin Rosmah ni cantik cptaan tuhan semua cantik, tapi kalau pakai tudung, lagi cantik.
Pakailah Datin!



Tengok budak kecik ni pakai tudung.Kan cantik?Manisnya....
Insyaallah, demi agama tercinta, tak panas pun pakai tudung.
kat neraka lagi panas.



Aku takpe tak yah pakai tudung.

Saturday, July 9, 2011

Pengacara dan cincau...

   Gula kelapa laut... Itulah kisah Majalah 3 malam ni.Tak pernah tau ada gula kelapa laut.Kalau kelapa laut cap ubat batuk tu adalah.Majalah 3 ni kadang-kadang banyak beri pengetahuan pada penonton.Benda yang pelik-pelik yang biasanya aku tak pernah tau namanya aku kenal di Majalah 3.Tak rugi menonton dari zaman Wan Zaleha Radzi lagi(tiba-tiba ingat-ingat lupa pulak.Kalau salah beritahu ye).Sekarang ni Nurul Syuhada Nurul Ain pengacaranya.Oklah tapi kadang-kadang pakaian dia terutama seluar dia tu seksi.Ketat sangat.Contohnya untuk siaran malam ni.Kalau boleh longgar sikit kan elok.Tapi ni pendapat aku jelah.Apa-apa pun, memang tak rugilah menonton Majalah 3 ni.


Wan Zaleha Radzi 


Norzie Pak Wan Chek


Nurul Syuhada Nurul Ain.
(Antara pengacara Majalah 3 yang aku ingat)


Cik Inn Mazlin Nordin pun pernah jadi orang kuat Majalah 3.


   Kalau Majalah 3 buat cerita macam mana cincau dibuat kan best?Tak lama lagi bulan puasa, tentu ramai yang nak tahu tentang cincau ni.Halal ke tak.Buat dari apa dan sebagainya.Selama ni aku main bedal je tapi tiba-tiba terfikir pulak.Manalah tau kan, jadi kes macam kopi Kluang tu.  (Alah!Kopi yang guna serbuk kopi campur babi tu)


Ni cincau belum dibuat air.(Gambar pinjam dari ausmelankolik.com)



Pesanan penaja...



Kita minum dulu!!!!



Entry BERSIH.

   Rasanya hari ni ramai sangat blogger yang cerita pasal BERSIH.Jadi aku pun nak cerita pasal BERSIH jugak.BERSIH yang pertama:Oleh kerana hari ni aku meeting sampai pukul 1.30 petang, esok je peluang aku nak BERSIHkan rumah.Harap-harap ia jadi kenyataan.

   BERSIH yang kedua:Aku nak bersihkan blog supaya BERSIH dan ringan.Tapi kena buat petang ni atau malam ni sebab esok takde letrik.Lepas tu bolehlah aku bw laju-laju sikit!Takdelah terhangguk-hangguk macam siput sedut.

   BERSIH yang ketiga:Aku nak berlangir maklumlah nak pergi spa selalu aku tak mampu.Jadi beli je bedak rambai.BERSIH jugak kulit aku.


    BERSIH yang keempat, aku nak BERSIHkan balik jiwa aku yang sejak akhir-akhir ini rasa kurang BERSIH.Mudah-mudahan ia jadi kenyataan.


Penyapu untuk memBERSIH tapi berapa kerap kita BERSIHkan penyapu tersebut.

Off baju kuning baju merah... Apalah nak jadi?

  Alamak!Aku ni kat Thailand ke kat Malaysia ni?Mula-mula baju kuning nak buat perhimpunan.Eh!Ada pulak baju merah, pun nak buat perhimpunan nak tunjuk lebih baik dari baju kuning.Apalah salahnya tak payah terikut-ikut budaya buat perhimpunan haram tu.Tak rugi pun!Kalau balas dengan perhimpunan jugak maknanya awak pun 2x5!Kata orang kata dulang paku serpih.Kata Mr.Bean; Kettle calling the pot black!But actually both are black!Kata aku; budak tadika pun tak suka kata mengata!


baju kuning yang 'bersih'...


baju merah tak baik marah..



Nota kaki:


Tiap-tiap hari aku pakai baju ungu.Tak payah buat perhimpunan pun.
Jom siapa nak ikut aku tunjuk perasaan!

Friday, July 8, 2011

Teringin tengok rupa anon...

Tetiba teringin nak google macam mana rupa anon.Rupanya cam ni....


atau pun 


juga...


...dan..

Fuh!Macam Zorro!


... dan yang paling kelakar adalah ...

... buah nona 

p.s:
anon ni ke yang masuk blog aku hari ni?