Cik Nuffy

Bintang hati

Cik Nuffy ajak singgah

Monday, July 25, 2011

Ben Ashaari Tanya :Berani ke Kritik Blog Aku?

Entah kenapa, berdebar-debar dengan tahap melampau bila ambil keputusan untuk join segmen ni.Tapi kata orang, kalau nak berjaya kena berani... Berani dikritik.. 
jadi aku relakanlah blog aku dikutuk.

Santai Bersama BEN ASHAARI

1.Header Ben : Done
2. Tajuk seperti di atas  : Done
3.Sepatah dua kata untuk anda yang bakal kritik blog aku :

Berilah kritikan dengan jujur agar dapatku pertingkatkan mutu dan keunggulan blog aku si anchovy ni.

[ Dah pun siap]

Sunday, July 24, 2011

Cikgu Wan blogger gila :Segmen SEO


1.Copy paste banner : Done

2.Cerita kenapa aku rasa Cikgu Wan SEOrang blogger gila.

   Oleh kerana Cikgu Wan sendiri yang mintak, maka tanpa rasa bersalah akan aku jelaskan kenapa aku rasa Cikgu Wan SEOrang blogger gila.Pertama, tentulah kerana  segmen gila dia ni.Hanya SEOrang yang gila je akan terfikir nak buat segmen SEO dengan mengaku diri dia SEOrang yang gila.Kedua, entah kenapa sejak mula aku kenal blog Cikgu Wan ni, aku dah rasa dia ni SEOrang yang gila.Sebab biasanya blog cikgu tu penuh dengan ilmu ala-ala budak sekolah, ala-ala skema dan ala-ala budak baik.Tapi blog Cikgu Wan ni lain.Mula-mula aku takut nak masuk sebab aku rasa dia SEOrang yang gila tapi bila ramai jugak yang join segmen ni, aku pun nak join jugaklah.Tapi biarlah Cikgu Wan je SEOrang yang gila.Akuntak nak!

3.Gila betul Cikgu Wan ni sebab dia SEOranglah  maka aku kena join FB Kongsi.dah tu kena PING pulak.



Serious.... Aku jatuh cinta...

Aku rasa, aku dah jatuh cintalah..
Asyik terbayang je muka dia...
Kata orang,
mandi tak basah
tidur tak lena
makan tak kenyang....
Jangankan dalam cermin,
dalam air kopi pun terbayang wajah..
Aduhai...
Aku jatuh cinta padanya,
tapi agama melarang dia tinggal bersama denganku
HARAM
Malaikat tak masuk rumah nanti.
Jadi, aku hanya dapat memujanya di sini.
Aku harap dia mengerti.
DIA adalah...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
... itik kuning!
(Alahai!kenapalah kau comel sangat?)


Tengok?Sampai speechless kucing aku!


p.s:Aku nak bela itik tak boleh.Aku nak simpan patung itik dalam rumah, HARAM.Agama melarang....

Churp churp nak enterframe...

Segmen Cuci Mata



1.Tajuk entry seperti di atas : Done

2. Tahu tentang segmen ni dari ISTANA BIRU

3.Jumlah follower setakat 24 Julai 2011  jam 8.00 malam adalah 1883 orang

4.Start blogging 8 Mei 2010

5.Jantina : Dah nama Scarlett tu maknanya pompuan le.  =)

6.Letak banner tuan segmen dan linkkan : Done

7.Publish dan hantar url di ruangan komen:Lepas publish, done.

Sesiapa takde kerja dan terasa nak join klik SINI



Hantu ke pasar malam..

   Asal nak masuk je waktu maghrib, tentu teringat kenangan zaman kecik-kecik dulu.Emak pesan bila maghrib cepat-cepat masuk rumah.Cepat-cepat tutup tingkap dan pintu.Kalau masih di luar nanti kena sorok hantu.Hantu apa entah, dah tak ingat dah.Tapi sampai sekarang pesan emak tu masih lagi terngiang-ngiang di telinga walau pun sekarang dah sah-sah aku tak berapa nak kecik lagi.

   Tapi zaman sekarang ni pelik.Tima nak masuk maghrib tulah emak-emak zaman sekarang sibuk ajak anak-anak keluar.Pergi makan di luarlah.Pergi pasar malamlah dan macam-macam lagi.Agaknya sebab zaman dulu bila masuk maghrib je mulalah gelap gelita.Duduk pulak di kampung.Tetapi zaman sekarang, jangankan di bandar, kampung pun dah lebih dari bandar.


Itik pun tak pandai merayap time maghrib sebab tu ada perumpamaan bagai itik pulang petang...



Hantu paling glamour di Malaysia..

p.s: Hantu-hantu zaman sekarang ni pun sibuk nak ke pasar malam time maghrib-maghrib ni agaknya.Sebab tu takde masa nak mengacau orang.

Alamak!Cobaan.....

Alamak!
Baru je nak online, letrik pulak takde..
Cobaan....
Terpaksalah bersabar dulu.
(Dahlah bateri Cik Lenovo Ungu aku pun dah abis!)


Muka bengang tak dapat blogging..

Sophea Isabella Sheikh Muzaffar anak Dr SMS

Amboi.... cantiknya nama!!!Tentu baby tu pun cantik.
Jom tengok!

-
-
-
-
-
-
-
-
Comelnya!!!Tapi ni Sophea anak orang lain!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Yang ni kot?
Eh!Bukan juga.Ni anak omputih
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Opps!Silap.Ini Sophia Loren bintang pelem..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Haa... Ini baru betul anak Dr SMS.Comelnya!!!Kalah itik kuning Nad!
Nasib baik jumpa kat rumah Ellen, si Mummy Nemo.

p.s: Bukan Siti Sophea Isabella binti Sheikh Muzaffar ke?Sebab biasanya anak perempuan Sheikh ada 'Siti'.




Churp Churp nak enterframe juga...

                                

Gosok gigi lebih 2 kali sehari adalah suatu kesalahan jenayah.

      Rutin biasa orang Malaysia atau mungkin di mana-mana juga negara bertamadun adalah menggosok gigi.Dalam sehari aku rasa lebih 2 kali.Kalau aku sendiri pun, tiap kali mandi atau lepas makan, mesti nak gosok gigi.Tapi ada satu negara, yang aku rasa jauh lebih maju dari Malaysia, menghalang rakyatnya menggosok gigi lebih dua kali sehari.Dengan kata lain, kalau gosok lebih dua kali sehari, ia akan menjadi suatu kesalahan jenayah.Macam tak logik je tapi itulah kenyataannya.Dan negara tersebut adalah RUSIA. (Kena tanya student Malaysia yang study di Rusia ni sama ada berita tu betul atau tidak.Manalah tahu, berita yang aku baca tu palsu)

Kucing pun rajin gosok gigi...


Yang ni Churp churp

                                                   

Saturday, July 23, 2011

Ben Ashaari cari blogger kreatif:Aku umpama...

Sempat lagi nak join ni.

Santai Bersama BEN ASHAARI

1.Header dan link (Done)

2.Tajuk : Seperti di atas ( Done)

3.Cari gambar untuk menggambarkan diri


4.Beri keterangan mengapa gambar di atas dipilih...

   Aku pilih gambar tersebut kerana aku umpama sekuntum thistle... Aku wujud namun wujudku tak diketahui ramai orang.Aku cantik namun banyak lagi kembang-kembang lain yang lebih cantik.Thistle itu adalah aku kerana ia tak pernah membangga diri meskipun banyak jasa telah ditaburnya.Dan hakikatnya.... thistle itu aku kerana tak ramai orang yang tahu akan wujudnya... It's like a mystery.. It's like me...  Adalah aku THISTLE itu...

5.Tinggalkan link 

Leee!!!! Singa 5 Ghimau 3!!! Jam 9.09 malam!

Laaaa......
9.09 malam tambah satu lagi gol!
Singa 5 Ghimau 3
Pakcik Haji pakai kopiah terus angkat kaki malas nak tengok.
Cuma dari jauh aku dengar dia kata:
Bodo!!!!
(Orang Terengganu rupanya!Patutlah marah sangat kat Mail Faruqi!!)

p.s:Pengulas omputih Channel 5 Singapore ni puji semangat juang pemain Malaysia..

Hahahaha!!!Ghimau dah tak malu-malu nak score gol!!!

Hahaha!!!!!
Pak Haji pakai kopih riuh balik!!
Seronok Malaysia dapat 3 gol!
Sebijik lagi!Sebijik lagi!
Mail ada pun tak boleh harap (Pak Haji tu kata)
Eh?Pak Haji beria-ia marah kat Mail Faruqi ni kenapa?
Jangan sampai tertanggal kain pelikat tu sudahlah pakcik!!!

Last Pakcik kata : Mu ni!

Ha!Tambah 1 gol lagi!!3:4!!!

8.56 Malaysia 2 Spore 4
8.57 Malaysia 3 Spre 4

BOLEH PUN!!!!!

Keputusan terkini: Singapore 3, Malaysia 1.Eh!Dah 4:1 !!!

  Main bodoh!Main macam kayu!Hmmm... macam-macam lagi maki hamun orang Malaysia.BONGOKKK Main!!!Mak engkau terkejut aku dengar Pak Haji pakai Kopiah keluar perkataan macam tu marah kat Mail Faruqi..Apa taknya.... 8.15 malam keputusan 3:1 Sekarang 8.17 malam 4:1.Ha.... Ini memang betul-betul bongok!!!Apa da!!!!!(Aku kesian tengok Pak Haji pakai kopiah tadi hentak-hentak meja marah kat Mail Faruqi)Nape ntah...

Keputusan :Singapore  4
                     Malaysia  1

Pak Cik Haji pakai kopiah masih memaki-maki Mail Faruqi.Sabor Pak cik!!!Ingat kopiah di kepala!!!

Singa pelik 2 Ghimau Malu-malu 1 : Ok le tu...

   Aku tinggal di Pasir Gudang.Tau tak apa kelebihan tinggal di Pasir Gudang?Makanan banyak?Tempat lain pun banyak.PATI banyak?Hiss!!Yang ni aku tak seronok.Melayu, Cina, India, Iban, orang Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu malah serata Malaysia ramai?Betul tapi kadang-kadang tak seronok sebab bila pergi pasar malam, aku rasa macam kat Kota Bharu pulak!

Ok...Aku bagi klu....

tada.... TV!!!

   Orang Pasir Gudang dapat tengok banyak siaran Tv dengan percuma.Tak bayar langgan ASTRO.Channel Malaysia, Singapura dan Indonesia semua ada.Kalau satu negara 10 chanel, 3 negara dah 30 chanel.Fuyoooo!!!!Dok mengadap TV jelah orang Pasir Gudang.Dan saat ini, aku sedang menonton siaran LIVE Singa pelik ( Merlion = Singa+Ikan) lawan Ghimau malu-malu. (Sebab kadang-kadang garang kemain kadang-kadang kuku lembik macam jeli).Result terkini hingga jam 8.03 malam: Singa Pura-pura 2, Malaysia 1.Alamak!!Mail Faruqi bila nak buat gol?

Tengok?Ghimau main main-main.Tucin dah marah! Grrr!!!

Habislah!Virus menyerang!

   Biasanya waktu blogging, aku on juga FB.Bukan nak berFB sangat, cuma standby kalau-kalau ada anak-anak murid kesayangan aku nak tanya apa-apa soalan pada teacher dia orang ni.Baru-baru ni, riuh pasal virus menyerang FB.Adalah juga anak-anak murid aku yang beri warning;Jangan respond kalau ada sesiapa hantar mesej 'Hi!How are you?'.Aku ok je.Tak risau apa pun.

   Nak dijadikan cerita, malam semalam, aku onlah FB sekejap (sebab aku tak berapa sihat.Entry yang ada pun auto publish) Tiba-tiba aku terima mesej 'Hi!How are you?'Aku tengok yang mesej tu En.Othman Hamzah penyanyi lagu Gadis Melayu yang merupakan salah seorang teman FB aku.Aku pun, dengan ramahnya, membalas mesej tu.Eh!Tiba-tiba FB aku macam biul sekejap.Aku nak ping entry di FB pun tak boleh.Aku nak tulis di wall pun denied.Lepas tu aku nampak blogger Ellen dan aku tanya.Ellen kata, ok je.Dup!!Jantung aku berdegup.Baru aku teringat entah-entah FB aku dah kena jangkitan virus tu.

   Siang aku nak check, aku tak berapa sihat.Tambah pula hari ini ada majlis perkahwinan saudara aku.Malam ni baru aku ada masa.Mula-mula, memang FB aku masih ting tong.Tapi lama-lama, nasib baik ok balik.Tapi aku belum try ping lagi.Entah boleh entah tidak.Kalau Fb takde, kira ok lagi, tapi kalau blog yang takde alamat seperti malam tak berbintang...

Kucing ni pun kena virus.... Virus gemuk!Hehehe!!