Cik Nuffy

Bintang hati

Cik Nuffy ajak singgah

Tuesday, August 16, 2011

Mood bukan Mahmood...

   Berapa hari lagi nak raya ye?Aku rasa di mana-mana pun dah ada mood raya sekarang ni.Tapi kenapa aku masih takde mood nak raya ye?Nak start jahit baju pun malas.Asyik terbayang kerja sekolah je!Karang silap-silap hari bulan, time cuti raya tulah aku menyemak buku anak-anak murid aku.Oleh kerana nak panggil mood bukan Mahmood maka aku publishlah kenangan raya tahun lepas.



Nama tat ni Tat Rindu Malam.Cewah! Jiwa Melayu gitu!
(Nasib baik tak namakan Tat Scarlett O'Hara)


Ni Blueberry Cheese Tart aku buat sendiri.Rupa takde tapi rasa sedap!



Aku ni orang Johor 100% tapi aku suka sangat nasi dagang.Jadi hidangan raya tahun lepas adalah nasi dagang dengan rempah khas yang diimport dari Pasar Payang.


Lampu raya pun dah ada orang pasang di kampung aku sekarang walaupun 2 minggu lagi nak raya.

Boring!Boring!
Masih takde mood lagi nak raya ni.


   

Monday, August 15, 2011

Tazkirah untuk bapak-bapak yang hap**k di bawah bulan purnama....

   Tazkirah malam ke 16 berpuasa.Hidup sebagai seorang guru, walau pun kita takde anak, sebenarnya kita ramai anak.Dan bila ramai anak, maka macam-macam kerenah anak-anak yang perlu kita hadapi.Tapi kerenah anak-anak, aku boleh tolerate ( lupa lak BM nya).Yang aku tak boleh tahan adalah kerenah bapak-bapak!

   Aku tak anti lelaki kerana aku tahu ramai lelaki yang baik-baik atas muka bumi ni.Contoh paling jelas, macam Ujang yang sanggup teman isteri ke klinik atau Abang Gedek yang sudi tolong isteri di dapur.Apatah lagi Laling Curly yang 24 jam berkepit je dengan Mrs Curly.Tapi aku anti gila tahap gaban kata anak-anak murid aku terhadap lelaki yang diciptakan sebagai lelaki tetapi takde tanggung jawab jadi lelaki.

   Anak-anak murid aku ada yang mengadu tentang bapak-bapak mereka yang lebih rela tukar spare part motor atau kereta daripada hulur duit pada isteri untuk beli keperluan anak-anak.Keperluan raya tu boleh ampun lagi tapi keperluan untuk hidup bernafas atas muka bumi ni.Semua serah bulat-bulat pada emak-emak.Bagi akulah yang cuma dapat memerhati ni, lebih baik emak-emak tu jadi ibu tunggal daripada jadi ibu tunggul dibuat dek bapak-bapak.

   Sekarang ni musim trial untuk PMR di sekolah aku.Ada juga bapak-bapak yang buat muka lebih teruk macam cicak sebab langsung ak ambil peduli tentang anak-anak yang nak periksa.Kalau tak reti nak ajar tu, sekurang-kurangnya berilah semangat dan kasih sayang.Guna Pt McCare istilah di sekolah aku.(Personal Touch and Care ).Ini tidak.Bulat-bulat serah kat cikgu.Kang anak murid lebih sayang kat cikgu, cikgu jugak yang kena marah!

   Itu jelah aku nak membebel sambil tengok bulan mengambang pak ngah balik  nan indah.Kan bagus kalau aku jadi bulan?Jumpa lagi esok sebab aku kepenatan sakit pinggang dok layan SPSK.(ISO le tu )Kepada kawan-kawan yang aku tak sempat jumpa hari ni, jangan risau, panjang umur, esok kita jumpa lagi.Da....



Kepada bapak-bapak yang hap**k, baik ubah perangai, kalau tak aku makan engkau!
Grrrrrrrrr!!!!!


Segmen :Diari Ramadan Anda


Nak join segmen lagi boleh?
.............................
Senyap je tu.Bolehlah maknanya kan?

Kali ni nak support segmen Orang baru.Dia suruh follow; tak jadi masalah...  Tepek banner dan buat entry pasal segmen ni pun kacang je.Tapi kena pulak jawab soalan..

1.Baju raya pesen / warna apa?
Yang sebenarnya, tak tau lagi nak pakai baju raya apa sebab belum jahit pun lagi.Tapi biasalah, kalau tak kurung Johor, kurung Pahang. Warna pulak, kain yang belum dibuat baju ada biru, ada merah, ada purple, ada putih, ada yang aku pun tak tau colour apa.Tapi rasanya purple kot sebab aku ni dah macam obses dengan purple.Nasib baik mata tak purple.

2.Antara kad raya dengan sms yang mana jadi pilihan?
Rasanya dua-dua tak kot.Guna e greeting card je lagi senang tak payah penat-penat gi kedai cari kad raya.Duit bayar bil hphone pun jimat.

3.Kuih raya kegemaran?
Tak kisahlah semua aku gemar kecuali kuih suji.Kenapa entah.

Siap pun.
Sesiapa nak join beri support, silalah...

Sunday, August 14, 2011

Ben Ashaari tanya blog saya best tak?

Santai Bersama BEN ASHAARI

Pujuk Kak Pah KPoh dulu baru join segmen ni.Takut Kak Pah marah...

Ok.Dah pujuk dah.

Syarat-syarat join :

1.Buat entry dan letak header :Cam biasa, kacang je tu!

2.Tajuk : BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK?

3.Tu je.

( Tengok Kak Pah kalau-kalau masih marah)

Tak pandai buat, tak boleh kawin...

    Hari ni dah 14 Ramadhan.2 minggu lagi nak raya.Biasanya 2,3 hari sebelum raya tu, ayah dah beli daun ketupat.Biasanya akulah yang ditugaskan menganyam ketupat tu.Tapi tahun ni, adik lelaki bongsu aku dah pun grad.Maknanya full time kat rumah jadi tugas menganyam, jadi tugas dia juga.

   Jenis-jenis ketupat ynag biasa kami anyam adalah ketupat pasar dan ketupat bawang.Ketupat sate mak tak bagi buat sebab mak kata membazirkan daun je.Dahlah daun ketupat sekarang ni mahal!Selain dari 2 jenis tu, aku suka sangat layan anak-anak buah aku dengan menganyam ketupat burung.Bukan nak rebus sangat pun cuma suka tengok anak-anak buah aku tu seronok.Terasa sikit suasana nak raya.

  Selain ketupat burung, bila aku google, aku jumpa ketupat lembu.(Tapi rupa macam ketupat kucing je).Jadi sesiapa yang tau nak buat ketupat lembu tu, silalah kongsi dengan aku.Tentu tambah meriah suasana nak beraya bila anak-anak buah aku tu sibuk nak main ketupat lembu.Rupa dia macam mana?Ha... aku beri yang aku jumpa di rumah Cik Google ni ye.




Ni aku pinjam daripada SINI.
Comel kan?



Ketupat yang  INI sama sebiji dengan ketupat burung yang aku buat.
Pandai tak aku?



Ni ketupat bawang.



Fuyooo!!
Ketupat ni ketupat manggis.teringin aku nak buat.




Yang ni wajib, ketupat pasar.
(tang mana yang pasarnya entah!)

* Gambar aku ambil dari Google.

p.s:
Siapa tak pandai buat ketupat, tak boleh kawin!
( Ni maklah yang kata masa aku kena paksa belajar menganyam ketupat dulu)







  • Saturday, August 13, 2011

    Cuba tengok ni...

    Status terkini Scarlett's Petals di Alexa tepat jam 3.39 pm.

     

    Statistics Summary for scarlettj1.blogspot.com

    Scarlettj1.blogspot.com is ranked #281,836 in the world according to the three-month Alexa traffic rankings, and the site has a relatively good traffic rank in the city of Kuala Terengganu (#1,026). Compared with the overall internet population, the site appeals more to users who are low-income; its visitors also tend to consist of women browsing from school and home. Search engines refer very few visits to Scarlettj1.blogspot.com. Visitors to this site spend approximately 60 seconds on each pageview and a total of four minutes on the site during each visit.

    Alexa Traffic Rank
    Global 281,836
    Global Rank 

    Malaysia Flag 1,940
    Rank in MY 


    Pernah jejak 1212, tapi turun balik ke 2k sebelum hari ni naik balik ke 1940.Mula-mula good traffic rank di Alor Setar tapi hari ni di Kuala Terengganu pulak.Tapi masih lagi  the site appeals more to users who are low-income; its visitors also tend to consist of women browsing from school and home. 
    Apa-apa pun thanks a lot kepada sesiapa yang sudi menjadikan Scarlett's Petals ni suatu persinggahan.
    Thank you for your support.



    Terimalah gubahan Cik Google ni sebagai tanda terima kasih.







    Sorry Seems To Be The Hardest Word - Elton John - Blue





    Permohonan ke SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 4 2012

       

       Entry ni khas buat anak-anak Form 3 yang asyik tanya je bila dan bagaimana nak memohon ke SEKOLAH BERASRAMA PENUH atau SBP Tingkatan 4 tahun 2012.Jadi teacher trylah ketuk-ketuk rumah Cik Google dan jumpalah maklumat ni.Permohonan belum lagi dibuka.

    1.Permohonan secara online akan dibuka mulai 1 SEPTEMBER HINGGA 15 OKTOBER 2011.

    2.Sementara tu bolehlah baca maklumat lanjut tentang SBP di link yang diberikan.


    3.Sekiranya ada masalah, bolehlah hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian pelajaran Malaysia di talian 03-83217400 atau faks 03-83217403.

    Apa-apa pun, buat yang terbaik dulu untuk Percubaan PMR mulai 15 Ogos 2011 ni ye.

    PG1 BOLEH!!!


       

    Maaf!Aku menyampah, meluat, rasa nak muntah pandang muka kau!

       Berita bekas suami yang menceroboh masuk, merogol, menyamun dan menyimbah asid ke atas seorang wanita yang aku baca di METRO tadi, benar-benar membuatkan aku marah!Menyampah!Meluat!Eeeeeiiii!!!Rasa aku nak tikam-tikam manusia bernama lelaki ni!Tak habis-habis menyusahkan perempuan!

       Yang bujang, satu hal!Yang dah kahwin pulak satu hal!Kadang aku tak habis fikir kenapalah lelaki sekarang ni ramai sangat yang tarafnya lebih rendah dari jantan.Kahwin pandai tapi jadi laki tak pandai.Bila isteri minta cerai mulalah ugut macam-macam.Bila dah sah bercerai, dia buat pulak macam-macam hal saja nak menyakitkan hati perempuan!

       Bila kena tangkap dan nak dijatuhkan hukuman, pandai pulak merayu mintak ringankan hukuman sebab nak tanggung anak isteri.Sudahlah!!!Benci aku dengar alasan klise manusia lelaki yang tarafnya lebih rendah dari ayam jantan!



    Lelaki penyayang, macho, boleh harap macam Seth Tan ni ada dalam drama je.Realitinya dah lama pupus.

    Aku kagum dengan ayam...

       Ada apa dengan ayam?Sebenarnya aku kagum dengan ayam. 
    Sebab-sebabnya adalah:

    1.Ayam lebih berdisiplin dari manusia.
    Contohnya pukul 5 pagi ayam dah berkokok dah tu keluar cari rezeki.Sikit pun tak sambung tidur sampai tengah hari.Tapi manusia?Lepas sahur aku gerenti ramai yang sambung tidur balik.Akibatnya terlajak sampai terlepas sembahyang subuh.

    2.Ayam lebih penyayang.
    Aku perhatikan ibu ayam cukup jaga anak-anak dia.Jangankan nak campak ikut suka sesedap rasa macam manusia, kita nak dekat pun dah dikejarnya.

    3.Bapa ayam tau tanggung jawab.
    Benda ni aku perhatikan dari tingkah laku bapa ayam yang ada seekor di belakang rumah aku ni.Jangan repot kat MPPG ye karang abis aku kena saman. Time kasi makan, bapa ayam ni akan dahulukan bini dan anak-anak dia.Kalau terlewat bagi makan, aku tengok bapa ayam ni akan kais-kais tanah dah tu panggil bini dan anak-anak dia.Kira kasi nafkah le tu.Tapi bapa manusia, nama je bapa manusia tapi ada yang langsung tak bertanggung jawab!Bukan tau nak beri nafkah pada anak isteri tapi dengan muka tak malu, sanggup lagi minta duit isteri dan hidup atas titik peluh isteri.

    BETUL TAK HASIL PEMERHATIAN AKU NI?



    Tengok tu?Nampak loving je.
    ( Ni ayam Cik Google )



    Ayam...Ada apa dengan ayam?


    Mula-mula letak gambar ayam dulu.
    (Auto published entry je ni)

    Kenapa ayam?
    Tunggu aku online semula jap lagi.




    Lisa Surihani dan Yusry kahwin tahun depan.

       Seronok dengar berita pasangan yang nak bernikah contohnya Asyraf Muslim yang nak bernikah 1 Syawal ni.Begitu juga dengan Lisa Surihani dan Yusry yang pakat nak bernikah tahun depan.Mudah-mudahan, apa yang dirancang akan jadi kenyataan dan akan berbahagia ke  hujung nyawa.(Sumber berita tentang Lisa dan Yusry tu dari berita Sinar jam 9.00 pagi)


    Dengar kata, kad jemputan kahwin Asyraff macam Al Quran.Apa hukumnya ye?Boleh tak?


    Lisa Surihani dan Yusry.
    Bagai pinang dibelah dua.



    Tengok?Warna pun sama!

        

    'Scarr angau .... Ye ke?"

    Jawapan untuk Kak Pah KPoh
    (Entry Blogger Scarlett's Petals Dah Angau)

       Ala Kak Pah sayang mucuk  jangan le jeles.Scarr angau dengan BEN bab join segmen je.Tak de niat lain.Lagi pun seronok join segmen ni Kak Pah!Tak caya?Jomlah join sama.Ni pun baru je join segmen dengan Cik Iejjah.Bab buku anak murid, jangan risau Kak Pah.So far so good!Walaupun risau tahap merah sebab anak-anak murid nak ambil Trial PMR minggu depan.

       Tepek muka Ben kat entry tak pe asal jangan simpan gambar Ben kat handphone sudahle.Hehehe!Bab cekodok Sedap tu, memang betul dah rindu rinduan kat dia.Maklumlah sedang kita saling mengenal dan bermesra, tetiba je dia hilang.Tentulah rindu.... Kalau Kak Pah hilang pun tentu Scarr rindu...

        Kak Pah,Scarr tak menghilang. 11 Ogos Scarr tak sihat.Lepas makan ubat terus tertidur.12 Ogos, sempat update 1 entry je.Malam tadi lepas makan ubat terus tertidur sampai ke subuh.Sahur pun terlepas.13 Ogos ( hari ni le tu ) lepas subuh gajah terus date dengan Cik Lenovo ni. Walau pun kain baju berlonggok minta dibelai  hari ni lepas selesai semua urusan, nak dating lagi dengan Cik Lenovo ni sampai ke malam.Boleh tak Kak Pah?

    Ben Ashaari

    Tepek gambar Ben lepas copy paste dari FB.

    p.s

    'Wans sepoin setaim"  = Once upon a time
    Ingatkan Kak Pah cakap apa. Kelakar betul Kak Pah ni.