Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, August 30, 2011

Tergolek kekenyangan...

Malunya jumpa bakal mak mentua...

Inilah baju raya saya...


Amacam?
Cantik tak baju raya saya?
(Tanya Encik Tucen)

Jangan marah!
Selamat hari Raya!

Monday, August 29, 2011

Entry kenyang makan ketupat....

   Esok, sah hari raya.Time berbuka tadi pun dah reunion dinner.Adat biasa keluarga aku, ramadan terakhir, berbuka dengan lauk-lauk hari raya seperti ketupat, kari ayam, kuah kacang, sambal goreng dan rendang.Kalau zaman dulu, bila dah umum esok sah raya baru sibuk tangkap ayam.Maka bersengkang matalah kaum ibu di dapur menyiapkan juadah raya untuk esok.

   Jadi, aku rasa, kebiasaan yang jadi amalan keluarga aku lebih baik.Malam raya dah boleh fokus buat kerja lain.Menggosok baju, menyiapkan bekas-bekas kuih dan lain-lain lagi.Orang lelaki pulak ke masjid untuk bertakbir ramai-ramai.Anak-anak buah aku ramai lelaki.Umur pun tak lepas sekolah rendah lagi jadi riuhlah suara mereka bertakbir dengan yainya, ayahku.Kebetulan tahun ni semua adik beradikku balik.

   Pagi raya esok, lepas sembahyang raya,kami adik-beradik ramai-ramai ke rumah saudara-mara.Lepas tu balik rumah, tunggu saudara-mara pulak datang.Hari raya kedua atau ketiga barulah giliran emak dan ayah berkunjung ke rumah orang-orang yang lebih tua.Tapi tahun ni, emak dah tak berapa sihat, jadi, aku ambik tender duduk rumah emak tolong buat air kalau ada saudara-mara yang datang.

   Ok.Itu je lintas langsung dari rumah aku.Suara ayah takbir di masjid sebentar lagi tentu kedengaran.Lepas ayah balik, ayah tentu sibuk.Ayah imam jadi sibuk sikit malam ni sebab ramai juga yang biasanya bayar fitrah lepas isyak malam raya ni.Aku pun masih plan nak mengemas rumah emak dengan kakak kembarku yang tak kembar. ( rupa je sama tapi beza umur 4 tahun) Jumpa lagi esok ye.



Ayah masa baru balik haji tahun lepas.



Tiba-tiba teringat pada Abang Gedek.
Pakai baju hitam juga ke dia time hari raya?

Ala.... kenapa sunyi sangat?

   Ala.... Mana semua orang ni?Takkan semua tak ingat nak online?Ala... boringlah cam ni.Nak duduk kat dapur, dah dari pukul 8 pagi tadi duduk kat dapur.Isi ketupat, rebus ketupat, masak kari ayam, masak ayam kicap, masak rendang daging, masak sambal goreng, masak kuah kacang bla bla bla....  Sebenarnya kakak sulung dan ayah aku je yang pegang peranan utama.Aku peranan pembantu je.  

  Biasanya bila aku online, ramai kawan-kawan yang online tapi hari ni senyap je... Semua sibuk kat dapur.Alahai.... Nampak gayanya terpaksalah aku post entry ni cepat-cepat.Takut pulak aku senyap dan sunyi je ni.


Kawan dengan Cik Tucen ni je lah...

Kucing ke ayam kak?

   Budak-budak, biasanya memang selalu ingin tahu.Kita yang dewasa pun kadang-kadang, tak tau apa jawapan yang sepatutnya diberi bagi setengah-setengah soalan budak-budak yang tak pernah kita fikirkan.Contohnya seorang budak umur lebih kurang 5 tahun, telah bertanya pada kakaknya yang berusia 16 tahun.

   Si adik, seorang kanak-kanak perempuan, telah berbual-bual dengan kakaknya tentang betapa wajibnya kita sebagai hamba Allah, untuk menunaikan ibadah puasa.Lalu kata si kakak, setiap hamba Allah wajib berpuasa.Tiba-tiba, si adik bertanya; Kenapa Si Cemong ( kucing peliharaan mereka) tak berpuasa sedangkan kakak kata Si Cemong pun makhluk Allah? Jawab si kakak; si Cemong tu kucing.Wajib berpuasa tu untuk manusia je.Tapi si adik tak puas hati dan kata : Kalau macam tu, kakak kena kata semua makhluk Allah wajib berpuasa kecuali kucing, ayam, itik, bla bla bla....

   Kemudian, si adik menambah lagi ; Kalau macam tu manuasia yang kena tangkap sebab tak puasa tu, kira kucing ke ayam kak? Soalan yang inilah si kakak masih belum jawab sebab dia tunggu jawapan aku, teacher dia, yang kebetulan sekarang ni pun sedang sibuk membuat persiapan hari raya.Anda ada jawapannya?


Spesis yang tak puasa tu, jadi kucing pun tak layak!


Kalau jadi kucing yang tinggal dalam rumah pun tak layak, apa tah lagi ayam.
Langsung tak layak sebab ayam tinggal dalam reban.

Kesimpulan :
Kalau rasa diri tu manusia , kenalah PUASA kan?


Saturday, August 27, 2011

Balik kampung naik kereta lembu.

   Alhamdulillah.... Selamat sampai ke kampung halaman. Walau pun hujan sekejap-sekejap dan cuaca mendung, tepat jam 6.45 petang aku sampai di rumah ayah.Maaflah ayah, oleh kerana tersilap tengok jam yang dah nazak mintak nyawa, aku ingatkan baru jam 3 rupa-rupanya dah dekat waktu berbuka!Tak boleh harap betul aku jadi anak! Ketuk kepala sendiri. Segan pulak aku sebab ayah dah siap masakkan kari ayam pencen yang memang favourite aku!

   Selain cuaca yang  'menipu' aku, aku juga dilalaikan oleh tugasan membakar kuih.Kononnya nak buat satu je tapi alang-alang terus jadi 3.Aku angkat topi pada jiran aku Cik Ros Cantik yang tegar bisnes membuat kuih.Rupa-rupanya bukan mudah!Berapa jam aku dok mengadap oven putih aku tu sampaikan aku tengok oven tu gelakkan aku sebab kuih yang ke 3 tu tak berapa nak jadi.Nampak gayanya, terpaksalah aku batalkan niat nak buat kuih banyak-banyak.Baik aku blogging! bagi Cik Ros Cantik je buat kuih.

   Oklah.Aku nak bw jap.Sekarang ni aku di rumah ayah.Pukul 11 malam ni, aku balik rumah aku semula.Esok, aku balik kampung, rumah ayah lagi.Apa dia???? Opps!Aku lupa beritahu!kampung aku 5 minit je dari rumah sebab aku dan ayah tinggal di kampung yang sama.Balik kampung juga namanya kan?Jangan marah ye!


Kalau naik kereta lembu pun, tak sampai setengah jam dah sampai di kampung.

Mengapa begitu keras hatimu?Respond buat Ben Ashaari....

   Kenapa susah sangat kau nak maafkan dia?Dah bertahun-tahun dia minta maaf.Berjurai-jurai air mata tetapi kenapa keras sangat hatimu yang seketul itu?Berikanlah kemaafan buatnya jika itu dapat merapatkan kembali jurang yang selama ini makin menjauh.Kata orang sedangkan nabi ampunkan umat, kenapa kau yang bukan siapa-siapa, sangat susah untuk menyatakan kemaafan?Aku tahu hatimu terluka tapi ikhlaskanlah, insyaallah kau akan beroleh ketenangan dan keberkatan.AMPUNKANLAH DIA DI HARI MULIA YANG BAKAL TIBA?

'Kau' di atas adalah...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

DIRIKU SENDIRI.

( Entry respond pada entry Ben yang INI )


Ben kata:

   Dari menyimpan dendam yang tak berkesudahan..benci yang tak berterusan ada baiknya maafkan je la...hati akan lebih tenteram dan damai bila kita jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf juga menunjukkan betapa dia seorang yang matang..
Akhir kata...cuba tanya diri sendiri....baguskah aku untuk tidak memaafkan orang lain ?
Tak kira la apa sekali pun dosanya..kita tak layak  menghukumnya.. Sapa kita ? Tak kira la sapa orang itu... kekasih.. bekas kekasih.. kawan .. kawan office... suami .. isteri... apatah lagi ada yg tidak mahu maafkan ahli keluarganya...kalau kita beriman pada Allah , nescaya kita akan jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf adalah seorang yang kuat jiwanya... dia mampu terima apa saja dugaan yang datang padanya... kerana dia percaya..dia hanya hamba Allah ! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun...

   


Tart Rindu Malam dan lagu raya.

   Yeah!Yeah!Mood raya dah datang sikit!Jadi siaplah 150 biji ketupat (alamak!Gambar kemudianlah ye), campur-campur ketupat pasar, bawang, sate dan burung.Semua hasil anyaman aku tu!Hari ni pulak nak buat 3 jenis cookies; tart Rindu Malam, Chocolate Chips, Semprit.Sambil-sambil tu boleh mengemas rumah dan dengar Sinar.Tambah lagi suasana raya.Tapi aku paling menyampah dengar lagu raya budak-budak baru yang entah apa-apa.Takde feeling langsung!Tambah lagi kalau budak-budak tu menyanyi semula lagu raya yang dah sedia sedap.terus jadi tak sedap.Ibarat kuih lazat dituang cuka!Opps!terlebih sudah!Aku nak mulakan operasi ni.Wish me luck eh?


Tart Rindu Malam ciptaanku sendiri.


Friday, August 26, 2011

10 perkara aku menyampah tentang hari raya....

  Perkara yang aku tak gemar time hari raya adalah :

1.Budak-budak main bunga api jenis yang banyak asap tu.Mau mati tak bernafas aku dibuatnya.Tapi nasib baik sekarang dah kurang.

2.Anak-anak dara datang beraya pakai jeans walau pun dengan kebaya.Buruk benar nampaknya.Hilang identiti melayu.Kalu tak pun pakai baju kurung jarang terlampau yang boleh nampak co-o di dalam.Tak malu betul!

3.Emak bapak bawak kekasih anak dara dia orang beraya sekali dan dengan bangganya kenalkan pada sedara mara walau pun anak dara tu masih sekolah.Tak manis!maklumlah aku orang kampung.

4.Tetamu datang beraya tapi lamanya mak datuk!Sampai habis 2 filem di TV.

5.Pergi beraya rumah sedara mara, dalam rumah ada orang, tapi beri salam 2,3 kali langsung tak jawab.Geram betul!Mentang-mentanglah aku beraya naik Honda je!

6.Budak-budak datang beraya tapi dengan muka selamba tak malu, mintak duit raya je.Memang sah aku bo layan.Takde adab.

7.Budak-budak datang beraya dengan family, time nak balik, emak bapak ( biasanya emaklah) dengan tak malunya menyuruh anak yang masih kecil dan tak tau apa-apa, mintak duit raya.Tak senonoh punya emak bapak.

8.Lepas makan kuih yang ada paper cup tu, budak-budak ( kadang-kadang yang tak berapa budak pun ada), main selit je paper cup tu kat mana-mana terutama dalam vas bunga walau pun bekas sampah aku dah sediakan.

9.Masa raya aku suka letak gula-gula atau asam selain cookies.Suka tengok budak2 makan tapi paling menyampah bila dia orang balik, habis disapu semua masuk kocek!Tinggal balang kosong je.Bukan aku kedekut, cuma pada-padalah..

10.Time beri duit raya, budak-budak yang dah tersalah didik, bukak sampul duit raya tu dan cakap: Ala seringgit je? Memang aku ambik baliklah duit raya tu.Padan muka dia orang.



Cantik ke?


Contoh baju yang bukan baju.

(Gambar-gambar Cik Google punya)

Unta pun untalah...

Entry untuk esok....




Wednesday, August 24, 2011

Entry khas buat pengunjung Scarlett's Petals.Harap sudilah baca ye!

   Entry ni khas buat blogger-blogger yang telah berkunjung ke Scarlett's Petals sehari dua ni.
Oleh kerana masa dan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, aku tak dapat berlama-lama dengan Cik Lenovoku jadi tak dapatlah aku blogging lama-lama.

  1. Kepada teman-teman blogger yang beri komen, izinkan aku membalas komen kalian bila keadaan mengizinkan.Jangan kecil hati ye.

   2. Kepada teman-teman blogger yang sudi nak bertukar-tukar link untuk blog list Aidilitri Ben, terima kasih banyak-banyak.Blog kalian akan aku paparkan seberapa segera di list yang berkenaan.

   3.  Kepada teman-teman blogger yang sudi menegurku di shoutbox, kalau sudi, shoutlah lagi kerana aku tak sempat membalas jejak kalian buat waktu terdekat ini.Terutama buat teman-teman yang baru berjinak-jinak untuk berkenal-kenalan denganku.Datang lagi ye supaya dapat aku jejaki kalian.

   4.   Kepada teman-teman blogger yang sudi follow tapi aku belum sempat  follow kembali juga sudi apalah kiranya meninggalkan link kalian di mana-mana ruangan komen agar dapat aku turut jejaki.Harap sabar ye!

      Akhir kata buat semua pengunjung setia Scarlett's Petals dan teman-temanku di Facebook, anak-anak muridku tersayang yang sangat rajin singgah di Scarlett's Petals, terimalah kad yang tak sepertinya ini.SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Kad hak milik Kak Rohani.

KHAS BUAT TEMANKU TERSAYANG, AMY FAHEY DI AUCKLAND, NEW ZEALAND, TERIMA KASIH TAK TERHINGGA ATAS KIRIMAN KAD HARI RAYA CANTIK DARI NZ.
THANK YOU SOOOOO MUCH!

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday 3

Wordless Wednesday 2

Wordless Wednesday 1

Tuesday, August 23, 2011

Pemata yang bersinar....

   Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?Begitu juga dengan bakat lakonan hebat seorang pelakon yang tak pernah aku lihat lakonannya sebelum ni.Tiba-tiba je, aku terpikat dengan lakonan hebatnya.First class!Ibarat permata yang bersinar!Bagi anda yang mengikuti drama Ramadan Terakhir tentu tau pelakon hebat yang aku maksudkan adalah Fazlina Ahmad Daud, puteri pelakon hebat kesayangan allahyarham Saadiah dan pemuzik juga pelakon allahyarham Ahmad Daud.Bukan calang-calang pelakon dapat bawa watak berat 'Mazni' dalam drama tersebut.Minggu ni adalah minggu terakhir ditayangkan jadi sesiapa yang belum kenal siapa itu Fazlina Ahmad Daud, jemputlah menonton!Lagi pun waktu tayangan jam adalah 10.30 malam jadi tak mengganggu waktu solat terawih.


 

Inilah dia Fazlina Dato' Ahmad Daud.
Untuk kenal lebih lanjut sila ke SINI.
Gambar ni pun pinjam dari sumber yang sama.

Seniwati Saadiah

Segmen :Jom Join Bloglist Aidilfitri Ben Ashaari

Santai Bersama BEN ASHAARI

Betullah Ben kata, time raya takkan nak mengadap lappy 24 jam.Kang orang datang, kata kita sombong pulak. Tapi bagi blogger tegar macam aku, aku yakin, time hidang kuih pun otak ingat blogging je. Jadi bloglist aidilfitri yang Ben cadangkan ni adalah solusi (Opps!Bunyi Indonesia pulak.Sebab terlebih tengok SCTV) terbaik.Jadi, apa lagi?Jomlah join Segmen Ben yang sangat menarik ini. Kreatif betul ben fikir segmen terbaru ye.Otak geliga betul!

Untuk keterangan lebih lanjut, ketuk-ketuklah pintu rumah Ben sebab di situ ada keterangan lebih lanjut.

Wordless Wednesday

Monday, August 22, 2011

Fuhh!At last....

    Fuhh!Merdeka juga akhirnya setelah berhempas pulas selama 2 hari setengah.31+34+25+39 = 129 papers x 2!Walau pun otak berasap tapi puas hati sebab dapat siapkan sebelum tarikh akhir untuk key in markah pada 24 Ogos ni.Bukan senang marking composition!Lepas tu bolehlah blogging + bw puas-puas... Yeah!Sementara tu tq so much buat semua yang masih sudi singgah walau pun 2,3 hari ni aku cuma main cak-cak je kat blog aku ni.Oh ya!Tak sabar nak join segmen .... ( tetiba ternampak Kak Pah KPoh jeling-jeling manja)

Happy sebab dah merdeka!

Sunday, August 21, 2011

Aku hampir merdeka.

   

Yeah!!!! Satu soalan lagi aku kena periksa.Habis tu bolehlah aku beritahu keputusan kertas BI Percubaan PMR untuk anak-anak murid aku.Lepas tu aku merdeka!Boleh blogging lama-lama!Opps!Lupa pulak!Malam-malam terakhir ramadan ni, aku nak juga mencari keberkatan dengan menambah amal ibadat.Tapi tak pe kerana yang penting, aku pandai membahagikan masa.Lepas tu boleh fikir pasal raya pulak.

p.s:Tema tahun ni adalah hitam.

Ketupat apa warna hitam?

   Lepas aku buat entry pasal ketupat lembu hari tu ( sorry, tak sempat letak link.Kalau nak baca search je kat blog aku.Gerenti jumpa ) seorang anak murid aku yang nakal, tanya satu teka teki.Teka teki dia adalah : Banyak-banyak ketupat, ketupat apa warna hitam?Aku pun bedallah jawab ketupat rentunglah, ketupat terkena dakwat sotong dan macam-macam lagi.kemuadian dia dengan muka nakal tersenyum-senyum beri aku jawapan di bawah...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perempuan pakai baju dan seluar ketat yang boleh nampak segala bentuk.
Aku tanya kenapa hitam, dia kata sebab baju dan seluar dia warna hitam.





Ketupat hitam macam ni banyak di bazaar ramadan.
Ini contoh terbaik ketupat warna hitam


( Gambar-gambar dari Google)

Friday, August 19, 2011

Entry panas berapi.Aku dah cakap dah!!!!

   Tengok!Aku dah cakap dah!Dia mesti nak punya!Takde maknanya dia kata semua tu atas alasan agama.Memang dasar penipu besar!Lidah biawak!Lidah ular!Tak sedar rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari, ada hati nak tambah cawangan.Patutlah salah sikit je dia buang cawangan nombor dua.Rupa-rupanya nak tukar cawangan baru!Geram!Geram!Dasar lelaki hidung belang!Pak belang lagi baik dari kau!

   Astaghfirullah!Bulan-bulan puasa ni aku kena banyak sabar.Sabar!Lagi pun sabar tu kan separuh dari iman.Aku tak nak gara-gara manusia bernama lelaki spesis ular lidah bercabang tu, aku yang hilang separuh keimanan.Lagi pun, lelaki tu aku kenal di sini je....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tahajjud Cinta slot Zehra TV3.

Ustaz  Shauqi ( ye ke tak ni sebab aku ingat anak dia si Solahuddin tu je ) yang aku geram sangat sebab suka-suka ceraikan isteri nombor dua di Qadirah ( Ziela Jalil) atas alasan yang remeh-temeh semata-mata kerana nak kahwin dengan Seri ( Fouziah Gous ) walau pun dia tahu anak dia Si Solahudin tu sukakan Seri.Kan lelaki hidung belang namanya tu!


Ni ha si Ustaz Shauqi, si Emang Manang!

Opps!!!Aku belum habis marking my students' answers!
GTG!







Lidah I memang bercabang tapi I tak suka tambah cawangan.I setia pada yang satu.
(Pengakuan Abang Biawak)

Bzzzzzzzz.........

     

... as busy as a bee...

1.Marking Trial papers
2.Marking students' books
3.Preparing materials for next week 
4.Checking modules
5.Updating SAP 
bla bla bla

Aikkk?

When to think about raya?
1.Kuih raya : not yet baked ( or maybe bought)
2.Baju raya : not yet cut to be sewn
3.Kasut raya:Memang tak fikir dah Silap-silap pakai selipar jepun je
4.Lampu raya : Tak pasang kot tahun ni.Jimat letrik & jimat minyak tanah
5.Kelongsong ketupat : Yang ni masih lama lagi.Biar sibuk macam mana kena buat juga kalau tak, baik tak yah raya..

In a nutshell 

My work is more important than raya.
What do you think?


Let's have a break!