Cik Nuffy

Bintang hati

Cik Nuffy ajak singgah

Tuesday, September 13, 2011

Botak, di mana suamiku?

   Patutlah ramai yang suka dengan si Botak ni.Selain handsome, ( kata anak murid akulah.Kalau aku Amy Search tu barulah handsome) Si Botak ni bagi aku lakonannya first class. Contohnya cerita yang sedang ditayangkan di TV3 sekarang ni.Watak gangster, tapi mak ai, meresap sampai ke jiwa....  Oklah...Aku nak habiskan menonton cerita ni kejap.



Botak yang tak botak dalam Cinta Elisa.

p.s: Korang tau tak idea siapa cerita ni?

Klu : Kuala Lumpur, di mana suamiku?

Made by Malaysians ..... and me!

   Seperti biasa, aku akan menjawab soalan anak-anak murid aku.Soalan kali ini adalah : Kenapa aku sayangkan Malaysia?Aku nak jawab, susah.... masa tak cukup.jadi aku mintak tolong Lutfi jawapkan.... Cuba dengar apa abang lutfi jawap ye anak-anak...



Ha.... itulah jawapannya!

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA / PERPADUAN


Saya pun suka limau juga!


Monday, September 12, 2011

Maaf!Aku tak sanggup tengok!

   Malam semalam cerita Bukit Kepong ditayangkan di TV2.Dulu aku pernah tengok sekali masa zaman sweet 17.Malam tadi konon-kononnya aku nak tengok lagi, tapi aku tak sanggup!Sampai babak komunis tembak komunis yang paling tadah dalam hutan tu je, aku terpaksa angkat bendera putih.Aku tak sampai hati nak tengok!Komunis zalim nak m**P**!Tu baru dalam TV.Aku pun bukan ada apa-apa tali persaudaraan dengan mereka yang terbunuh.Tapi memang aku tak sanggup nak tengok.Boleh trauma dibuatnya!Pandai betul Dato' Jins Shamsuddin buat filem.



Aku paling suka babak mula-mula semasa polis-polis tu memperkenalkan diri.
Fuyooo!!!! Handsome betul Yusof Haslam masa muda.
Cuba teka, yang mana satu?

... dan aku teringat semula JA Halim yang pernah aku minati suatu waktu dulu.
Yang ketiga tu kalau tak silap.







   

Sunday, September 11, 2011

Rupanya aku dapat BE!

   Aku pasrah.Lebih sebulan dia tidak mengunjungi aku.Bertanya khabar juga tidak.Aku pun dah tak kisah dah.nak datang, datanglah.Malas aku nak fikir.Maklumlah siapalah aku di dunia blogging ni.

   Tapi kata orang, kalau dah jodoh tidak ke mana.Saja je aku check Nuffnang aku tu.Eh!Ada BE rupanya!Dengan kata lain BE aku yang ke 15!Terima kasihlah Cik Nuffy.Tapi, lain kali, janganlah sampai sebulan tak datang menjenguk aku!


Sony E-Mount NEX-C3

BE aku yang ke 15.


Terima kasih daun keladi.
Lepas ni berilah BE lagi.

Ben Ashaari ajak blogger raya


   Ben Ashaari, si blogger popular kita, macam tau-tau je aku nak buat entry tentang hari raya.Aku dah lama dah nak tulis tentang perkara ni tetapi dek kekangan masa, delay punya delay, rasa dah terlambat pulak.Jadi segan nak buat entry pasal raya.Tau-tau, Ben buat segmen tentang raya jadi aku apa lagi, terus buat pecutan entry. ( Menaip time di dewan semasa Pecutan PMR anak-anak murid aku.Sekarang ni subjek English) 

   Ben mintak  gambar raya.Hari raya adalah berkait rapat dengan bermaaf-maafan jadi gambar di atas adalah yang terbaik dari ladang.Tapi aku tak buat watermark.Takpelah kan?Yang sebenarnya aku tak berapa pasti macam mana nak buat watermark.Ada sesiapa nak beri tutorial pada aku? 

   Ben mintak ceritakan perasaan semasa hari raya.Seriously, I was quite touched ( not quite but 'really', actually) when I saw my dad crying after I kissed his hand and both cheeks.There was something lingering in my mind that I could not explained since I really want to get rid of all those bitter memories.If only I could be a child again, I'll not 'commit that crime' ) Mood sedih sekejap.....

   Ben tanya perasaan sebagai blogger ( baru).. Oleh kerana ada blogger-blogger yang menyenaraikan aku sebagai blogger lama, maka tak payahlah aku ceritakan perasaan aku berhari raya sebagai seorang blogger.Cuma aku nak beritahu, waktu melayan tetamu, otak aku sentiasa teringatkan Cik Lenovo aku dengan satu pertanyaan : Bilalah aku dapat blogging ni?

     Ok.Maka siaplah entry aku untuk segmen bersama En.Ben Ashaari

Kasihan.... aku terdampar kesejukan di sini...

   Hari ini Ahad, 11 September 2011.Genap 10 tahun kes serangan di Amerika.Tapi aku bukan nak cerita tentang serangan tu.Boring!Semua orang dah tau.Aku nak cerita tentang 'aku yang terdampar' di Dewan Kompleks Pusat Bandar, mulai 8 pagi hingga 6 petang ni.Memanglah waktu ni waktu cuti.Hari Ahad kerja?Gila ke?Kata orang yang tak biasa kerja hari Ahad.tapi bagi aku dan rakan-rakan pendidik yang lain, hari Ahad ke hari tak Ahad ke berlambak program yang kena kami hadiri.Tu belum masuk kerja-kerja yang mesti kami siapkan di rumah hingga lewat malam.Tak percaya?Cuba tanya blogger-blogger cikgu yang lain.

   Tapi aku ikhlas kerana tinggal 24 hari lagi je PMR.Masa inilah aku terpaksa berkorban dengan mengiringi anak-anak murid aku di dewan yang makin sejuk ini bagi menghadiri Program Pecutan PMR.Mudah-mudahan, mereka berjaya dengan cemerlang.Tapi, kata orang masa itu emas jadi sementara aku mendengar tips yang diberikan ( sekarang ni subjek sains), aku blogginglah.Killing two birds using one stone kata orang putih.

   Jadi, kepada teman-teman blogger yang singgah, doakanlah semoga Allah berikan kejayaan buat anak-anak murid aku, calon PMR 2011 yang seramai 391 orang.Berikan juga kesihatan buat cikgu-cikgu Tingkatan 3 yang aku tahu saat ini  'sedang bersilat meskipun tak tentu jenis silatnya' semata-mata untuk kejayaan anak-anak murid aku.

Selamat mendengar dan mencatat anak-anak!

1.Eyra Tiera 
2.Soley Ley
3.Prof Justin
4.Afie 
5.Lily Elisa
6.Farahin
7.Nurulain
8.Sabrina
9.Sabri
10.Qasha

dan lain-lain
( tak dapat teacher senaraikan semua )

Cinta adalah sepiring sambal belacan...

    Masih lagi entry tentang cinta.Bukan kerana aku sedang dilamun cinta, tidak, tidak sekali.Tetapi kerana aku masih lagi perlu menjawab soalan-soalan anak-anak murid aku tentang apa itu cinta.Aku tak suka berbicara tentang cinta namun demi tugasku sebagai seorang guru, akan aku huraikan apakah itu cinta bagiku.Mudah-mudahan jawapanku kelak dapat merungkaikan simpulan pertanyaan di sanubari anak-anak muridku tersayang...

    Bila ditanya apa itu cinta, aku terkelu seketika.Namun hanya seketika kerana bagiku amat jelas bahawa cinta itu seperti sambal belacan. Pertama, aku tak suka cinta seperti tak sukanya aku pada sambal belacan.Orang kata sambal belacan itu sedap tapi bagiku sambal belacan hanya akan membuatku tergaru-garu!Aku allergik.Aku benci!Begitu juga bencinya aku pada cinta.

    Pernah aku cuba menjamah sambal belacan namun air mataku yang bercucuran!Aku tak tahan pedas!Begitu juga dengan cinta.Cinta hanya akan membuat air mata berguguran.Percayalah!Apatah lagi buat anak-anak bawah umur seperti kalian.Air mata itu takkan gugur sekiranya hati tidak disakiti.Buat seorang dewasa sepertiku, sakit, perih atau pedih masih dapat dihadapi namun buat kalian mungkin ia hanya akan membunuh motivasi diri untuk maju ke hadapan.


      Kesimpulannya adalah : Cinta bagiku adalah sepiring sambal belacan yang tak akan ku sentuh!


Nampak sedapkan? Tetapi rasalah pedasnya bila telah kau jamah!
( Aku tak suka sambal belacan jadi aku tak ada gambar sambal belacan.Gambar ku pinjam daripada http://aiyashukashuki.blogspot.com/2011/07/busuk-pun-soodapp.html



Sambal belacan?No, thank you!
(Kata En Kucing )

Saturday, September 10, 2011

Haaa.... Makan itu cinta!!!

   PMR dah makin hampir.Ramai yang berdebar.Tetapi ada seorang anak murid aku yang debarnya lain macam.Alkisahnya, dia baru je putus cinta.Hebat budak sekarang.Umur 15 tahun dah ada pengalaman putus cinta. Dia minta nasihat aku apa patut dia buat.Aku janji akan jawab di entry aku sebab di sekolah, manalah aku ada masa nak bagi kaunseling panjang-panjang.Dia pembaca tegar entry aku jadi aku harap dia puas hati dengan jawapan aku.

Inilah jawapan untuk anak murid aku tu.

   Pertama : Anggapkan saja cinta tu sebagai sekeping coklat.Dimakan memang sedap tapi kata orang, bila terlebih makan coklat, badan boleh jadi gemuk dan muka tumbuh jerawat.Nak ke?Jadi cukuplah dengan pengalaman bercinta yang sedikit tu.Banyak-banyak nanti bawa mudarat.

   Kedua : Anggapkan saja lelaki itu( merujuk kepada lelaki yang tak berguna yang banyak bersepah di luar sana ) seperti kurap.Mana ada orang nak badan dia berkurap kan?Jadi biarlah 'kurap' tu pergi.Buat apa nak bengkak-bengkak mata menangis kerana dia.

   Ketiga  : Anggapkan saja hubungan cinta tu seperti pokok taugeh.Tumbuhnya memang cepat.Tapi ada ke pokok taugeh yang boleh tahan lama?Macam tu juga dengan cinta monyet.Jadi buat apa nak menangis mengongoi sebab putus cinta.

   Keempat :Anggapkan saja cinta itu seperti sekeping keropok.Mula-mula memang sedap.Rangup dan lazat.Tapi cuba biar lama-lama.Jadi lembik, lemau langsung tak de selera nak rasa.Jadi, buat apa simpan benda lemau lama-lama kan?Baik beri pada kucing dapat juga pahala.

   .... dan banyak lagi andaian teacher nak beri tapi teacher pun dah naik muak dengan yang namanya cinta.Rasa nak termuntah!Uwek!!! Jadi, biarlah cinta itu pergi.Lagi pun PMR tu lebih penting.Lepas PMR, ambik SPM lepas tu pergi U.Haa.... di universiti ramai lagi calon-calon yang lebih layak jadi pasangan.(Nak cari blogger pun ramai ) 

   Ingat!Cari pasangan yang boleh harap, yang alim... Jangan lupa cari yang kaya.Tak kaya banyak, kaya sikit.Jangan cari yang tau nak mengikis duit perempuan je.Jangan terpengaruh dengan kata-kata : Biarlah tak kaya asal ada cinta.Tu penipu tu.Takkan bila dah kahwin, duit tak cukup nak beri makan anak, nak beri makan cinta?Betul tak?Kalau degil juga.... HAA... MAKAN ITU CINTA!


Hahaha!Anak murid tu baru Form 3.Teacher dah beri kaunseling 
macam budak tu nak menikah esok!
(Kata En Kucing)

Sorry!Teacher lupa.Study untuk PMR dulu.

Friday, September 9, 2011

Eiii!Pinggang sama besar dengan punggung!

   Di negeri lain aku tak pasti.Tapi di Johor ni, raya bukan setakat sehari atau seminggu tapi boleh jejak sebulan!Kadang-kadang tu sampai dah habis bulan Syawal masih lagi ada yang buat majlis hari raya.Nak gelak ke nak geleng?Tapi, itulah seronoknya jadi orang Johor sebab time musim raya ni, bukan setakat boleh menjamu selera tapi dapat juga bertemu mesra sesama saudara handai dan taulan.

   Cuma, aku tak gemar satu perangai huduh ( pinjam vocab pantai timur) orang kita ni.Masa ambil makanan tu kalau boleh segala mak nenek nak diambil.Tapi bila makan, separuh pun tak habis dah tu tinggal gitu je, membazir.Kata tak suka setan tapi jadi kawan setan.Apalah salahnya ambil sikit dulu dah tu kalau rasa nak lagi, tambahlah.Apa nak malu!Aku rasalah, kucing pun geleng kepala tengok orang makan time rumah terbuka tu.

  Apa-apa pun, selamat menternak lemak ( seperti kata Cik Epal).Tapi jangan mengeluh bila tengok pinggang dah sama besar dengan punggung!Maknanya dah tambah montel le tu!Selamat menjamu selera di rumah terbuka.Opps!Majlis marhaban sempena raya pun jejak sebulan baru habis!


Daripada membazir, buang merata, baik sedekah kat aku!
( Kata Cik Semut )



   

Siapa sebenarnya lebih beruntung?

   Kadang-kadang, aku rasa semut lebih bernasib baik dari aku.Semut ramai kawan.Bukan sepuluh ekor tapi beratus-ratus ekor.Semua sedia untuk membantu semasa kesusahan.Tapi aku kena ingat, semut tak boleh cakap orang putih.Tapi aku boleh jadi aku lebih beruntung dari semut.

   Kadang-kadang, aku rasa kucing lebih beruntung dari aku.Ramai yang suka kucing.Ramai yang sayang kucing.Contoh paling dekat, aku tengok berlambak blogger yang bela kucing contohnya Kak Pah KPoh kesayangan aku.Tapi, kucing tak boleh baca buku.Aku boleh.jadi aku lebih bernasib baik dari kucing.

   Kadang-kadang, aku rasa anak ayam lebih bahagia hidupnya.Anak ayam ramai adik-beradik.Anak ayam ada emak yang sentiasa sedia membela dan mencurah kasih sayang.Anak ayam tak perlu susah-susah pergi kerja cari rezeki.Tapi aku kena ingat, anak ayam tak dapat peluang belajar sampai universiti.Tapi aku dapat jadi akulah yang lebih beruntung!

    Jadi, aku ke atau semut, kucing dan anak ayam yang lebih beruntung?


Jadi semut selalu susah hati sebab silap hari bulan aku boleh mati terpijak.
(Kata En Semut)


Thursday, September 8, 2011

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 (2012)

   Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi calon PMR 2011, boleh dirujuk di http://www.moe.gov.my/index.php?id=213

Antara maklumat yang dipaparkan adalah :

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) SBP
1.       Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Empat (4)  
       melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2.       Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
3.   Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada Pengetua sekolah asal masing-masing.
 
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP
1.       Warganegara Malaysia
2.       Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
3.       Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
·    Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
·         Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
·         Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain. 
4.       Aktif dalam kokurikulum.
 
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)
1.   Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari setelah keputusan PMR diumumkan.
2.       Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
·         Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
·         Kaunter BPSBPSK
·         Talian hotline BPSBPSK
·         Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
3.       Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.

  1. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
·            Warganegara Malaysia.
·         Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas      
       daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
·         Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
·         Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
 
 
PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN EMPAT (4) YANG DITAWARKAN DI SBP
 
 
BIL
 
JENIS ALIRAN
PAKEJ MATA PELAJARAN
 
 
 
 
 
1
 
 
 
 
 
Sains Tulen
 
·         Bahasa Melayu
·         Bahasa Inggeris
·         Matematik
·         Matematik Tambahan
·         Fizik
·         Kimia
·         Biologi
·         Sejarah
·         Pendidikan Islam / Moral
·         *EST (English for Science and Technology)
(*Tertakluk kepada sekolah)
 
 
 
 
 
 
 
2
 
 
 
 
 
 
Sains Tulen Agama
 
·         Bahasa Melayu
·         Bahasa Inggeris
·         Matematik
·         Matematik Tambahan
·         Fizik
·         Kimia
·         Biologi
·         Sejarah
·         Bahasa Arab Tinggi
·         Pendidikan Syariah Islamiah
·         Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
·         *EST (English for Science and Technology)
(*Tertakluk kepada sekolah)
 
 
 
 
 
 
 
3
 
 
 
 
 
 
Agama Ikhtisas
 
·         Bahasa Melayu
·         Bahasa Inggeris
·         Matematik
·         Matematik Tambahan
·         Sains
·         Prinsip Akaun
·         Ekonomi Asas
·         Sejarah
·         Bahasa Arab Tinggi
·         Pendidikan Syariah Islamiah
·         Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
 
 
 
 
 
 
 
4
 
 
 
 
 
 
Sains Teknikal
 
·         Bahasa Melayu
·         Bahasa Inggeris
·         Matematik
·         Matematik Tambahan
·         Fizik
·         Kimia
·         Lukisan Kejuruteraan
·         Teknologi Kejuruteraan
·         Sejarah
·         Pendidikan Islam / moral
·         *EST (English for Science and Technology)