Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, September 29, 2011

Baju pengantin Memey... Antara orang Melayu dan orang layu..

   Sedihlah kerana begitu mudah orang Melayu yang beragama Islam dipermainkan.Contoh Mrs.Norman yang berpakaian tak sesuai sebagai seorang islam semasa majlis perkahwinannya yang ditaja.Adakah kerana ditaja, maka Mrs.Norman tak boleh menolak semasa diminta memakai pakaian yang mendedahkan itu?Memanglah dosa masing-masing yang tanggung, tapi aku risau ia akan menjadi ikutan.Sekarang pun bukan main ramai aku tengok pengantin yang bukan selebriti bangga tayang bahagian badan yang tak patut ditayang.Kalau tak dibanteras dari awal, tak mustahil suatu hari nanti ada pengantin Melayu kita yang sanggup berbikini!Maka hilanglah orang Melayu dan muncullah orang layu!



Pengapit-pengapit tu tak pastilah Melayu atau bukan.
Kalau Melayu juga, bergandalah rasa terkilan aku.




Bukan aku nak pandang rendah hasil rekaan Vera banyak  Wang ni, 
tapi pada aku yang orang kampung ni, Mrs.Norman patutnya menolak bila diminta memakai
gaun yang menampakkan peha tu.
Kesian Mr.Norman tanggung dosa.



Eeiii!!!Buruknya!!!



Cuba tengok Siti. Walaupun masih berdosa sebab tak tutup aurat sepenuhnya, 
Siti nampak sopan dalam gaun yang cantik ni.



Yang ni pun cantik tapi tetap nampak sopan.



Yang ni apatah lagi.Puteri Bunian pun kalah.



Tengok betul-betul.Mana ada seksi?



Dah tak terkata cantiknya. Dato' K pun nampak jati diri Melayu
 macam raja dulu-dulu.
Barulah namanya Raja Sehari.


gambar majlis persandingan norman hakim memey suhaiza

Yang ni rekaan Hatta Dolmat.Barulah cantik!


Gambar-gambar ni aku google je.Maklumlah zaman IT katakan!
Tapi ada juga di blog Abang Nara

p.s:Jangan salah faham ye. Aku bukanlah peminat Siti.

Tuesday, September 27, 2011

Berkorban apa saja...dead beat!

Status di FB jam 8 malam...


Apa lagi ek nak beri pada anak-anak Form 3 sebagai bekalan PMR?Hmm.... Oh yes! Ada!Ok.Nak menaip ni, esok boleh beri anak-anak Form 3 buat bekalan minggu depan.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Status di FB jam 11 malam...


Anak-anak ' Permata yang bakal bersinar ' aka Galus subjek B.Inggeris, pastikan anda mendapat nota & tips terakhir, ESOK, untuk bekalan PMR minggu depan.Anak-anak kelas KAA dan KRK, tak payah ye kerana anda adalah 'Permata yang telah pun bersinar'.Anak-anak Cemerlang walau pun tak Galus tcr beri juga.

Akibatnya:



.... dead beat

( Takpelah... berkorban apa saja untuk anak-anak muridku tersayang)

Tengok tu?Eeeii!!!Geramnya!!!
























Eeiii!Dia datang minggu depan!

   Tak tahulah apa isu hangat sehari dua ini di dunia blog sebab aku terlalu sibuk dengan duniaku yang satu lagi, dunia pendidikan.Aku sebenarnya sedang stress + risau +  gelabah + bla bla bla sebab dia datang minggu depan.Aku dah cuba sebaik mungkin untuk menyambut kedatangannya namun jujur aku mengaku yang aku belum betul-betul bersedia.

   Kedatangannya bukan boleh ku sambut dengan hamparan permaidani merah.Juga bukan dengan taburan kuntum segar mawar indah.Kehadirannya mesti ku sambut dengan senjata kanan dan kiri.Aku tak mahu tewas.Lantaran itu aku bekalkan sebanyak mungkin senjata yang perlu buat anak-anak murid kesayanganku.Ilmu pertempuran juga telah ku ajar tapi mengapa aku masih terasa sesuatu yang kurang?

   Seorang ibu akan risau jika seorang anaknya berjuang apatah lagi aku kerana hampir 400 orang putera-puteriku akan berada di perbatasan.Ilmu dunia aku ajar,ilmu akhirat aku bekalkan.Mudah-mudahan, perjuangan putera-puteriku akan diberkati dan kejayaan berjaya mereka miliki.Sekali berjuang, teruskan berjuang.... 

SELAMAT MENEMPUH PMR PUTERA-PUTERIKU!

3 KRK1
3 KRK2
3 KAA1
3 KAA2
3 ARIF
3 BESTARI
3 CEMERLANG
3 DINAMIK
3 ELIT
3 FIKRAH
3 GEMILANG
3 HARMONI



NEVER SAY NO TO SUCCESS!

Sunday, September 25, 2011

Terbaiklah idea Mr Sifu Ben Ashaari ajak ke muzium...Gelak golek-golek!

Rombongan blogger ke Muzium Negara untuk melihat baju pengantin bersejarah di Malaysia .. Sapa tamo ikut ?? Klik LIKE ..
(Kalau boleh aku klik 1000 kali)

   Tiba-tiba aku rasa nak gelak.Kelakar juga Abg Ben kita buat lawak di Facebook hari ni.Siapa yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa, tentu faham apa maksud sifu blogging kita tu.Yang tak faham, buat-buatlah faham ye!Atau baca apa aku nak tulis ni sampai habis.


   Kalau betullah muzium negara nak pamer pakaian pengantin Memey ( maaf cakap ye.Nama Memey ni bagi aku yang orang kampung ni bunyi macam gedik je) di muzium, aku malu jadi orang Malaysia.Ada ke benda tak de sumbangan apa pun nak dibangga-banggakan.Kalau Siti Nurhaliza tu bolehlah lagi diterima dek akal.Kalau gaun si Memey, bukan setakat tak diterima dek akal, orang yang punya idea tu yang aku rasa dah hilang akal.


   Muzium kan tempat lawatan wajib budak-budak sekolah.Katalah satu cikgu tu bawa budak-budak dari tadika.Tiba-tiba, budak-budak tu tanya tentang jasa si pemakai gaun hebat tu.Takkan cikgu nak jawab : Jasanya ialah jadi pembohong.Mula-mula kata takde apa-apa dengan Norman tapi tup tup jadi laki.Atau takkan cikgu tu nak jawab;Haa...Inilah si Memey yang rampas laki si Abby Abadi.Mau rosak akhlak budak-budak baru nak hidup tu.


   Kesimpulannya: Janganlah terlampau to****g wahai 'orang muzium negara'.Janganlah rendahkan martabat muzium tu dengan mempamerkan bekas si Memey tu.Janganlah digadaikan maruah semata-mata nak tarik publik datang melawat muzium.Kalau tak, daripada pamerkan gaun tu, baik kau pamerkan Si Memey tu terus!





Baju nilah yang nak dipamer di muzium tu agaknya.
Tak lawa pun. ( Pada akulah.Pada orang lain mungkin lawa)



Yang  ni barulah cantik.
Psst!Yang ni tak nak pamer kat muzium negara ke?

(Gambar-gambar aku pinjam dari Google lepas gigil-gigil aku google)

Bidadari perfume from House of Paradise.Wanginya!!!!

   BF?Apa tu?Boyfriend ke?Oooo...... (terlopong sikit mulut aku) Rupa-rupanya Bidadari Perfume.Bila aku try, fullamak.Wanginya!Aku try jenis Be Delicious by DKNY.Baunya pun tahan lama.Aku perlu minyak wangi yang tahan lama plus boleh dibawa solat.Maklumlah sebagai seorang pendidik , kenalah wangi-wangi.Zaman dulu, bolehlah guna minyak kelapa letak bunga kenanga.

   Kebetulan, masa aku berangan building castle in the air, tentang betapa wanginya aku ( anak murid biasanya cium tangan jadi wangi itu COMPULSORY) , aku terfikir pulak.Dah bertahun-tahun aku guna minyak wangi.Bukan boleh ambik je kat kedai.Paling murah pun katalah RM10.Kalau dah 2,3 bulan habis sebotol minyak wangi, berapa banyak kos aku keluarkan kalau dah berzaman aku mengajar?Jadi, baik aku jual sendiri minyak wangi tu.Dapat juga untung sikit untuk tampun kos kasut, lipstik dan baju.

   Jadi aku mendaftarkan diri jadi agen Bidadari Products.Macam-macam jenis ada.Untuk wanita 47  jenis.Lelaki pulak ada 15 jenis.Yang sesuai untuk kedua-duanya ada 16 jenis.(Kalau ada masa,aku listkan semua tu.Sekarang ni tak sempat sebab aku nak masak untuk tetamu yang datang petang nanti).Selain perfume, ada juga 8 jenis Lovely Scent yang boleh wangikan rumah dll.Ada kopi, slimming patch, detox patch... pendek kata macam-macam ada.

   Jadi, kalau ada sesiapa berminat tu, bolehlah email nama, alamat jenis apa yang berkenan ke email aku, scarlett_j1@yahoo.com. Inform kat shoutbox beritau aku tentang email tu.Takut aku terlepas pandang.Sebab boleh tahan jugak ramainya yang sudi order.Perfume yang aku berkenan sangat tu namanya Be Delicious.Yang lain-lain contohnya Apple Blossom, Hypnose...... Semua RM15 je.Kalau sekitar Pasir Gudang dan Masai, aku hantar terus ke rumah.


Tengok beg kertas kecik tu pun aku dah berkenan.
Jomlah beli!





Dengan aku sekali bau wangi sebab tuan aku dah gila minyak wangi.


Saturday, September 24, 2011

Stevia adalah in-tak-griti.

   INTEGRITI, satu perkataan yang aku rasa biasa di kalangan teman-teman seperjuanganku, insan bergelar guru.Bila diminta secara spontan, tentang apalah yang aku faham tentang apa itu integriti, apa yang aku tulis, juga secara spontan adalah; Integrity is a quality of honesty and goodness, practised as a whole or unity.Kalau rujuk pada kamus, aku rasa, betullah apa yang aku tulis tu.

   Namun, maaf jika aku katakan, penceramah yang memberikan ceramah tentang apa itu integriti hari ini, tidak sepenuhnya memahami apa itu integriti.Ceramah sepatutnya memperkatakan integriti dan penjawat awam namun hanya 90 % isinya berkaitan.Manakala 10% lagi adalah 'kemunafikan' ( 0pps!Sorry!).Tiba-tiba yang keluar adalah peri pentingnya menggantikan gula dengan stevia!Then, he started selling stevia products!

  Maka, jadilah kami para guru yang baik hati dan sentiasa menurut perintah, pendengar setia dan seolah-olah kami tak tahu apa-apa tentang apa itu kesihatan... For me, it's like insulting our intelligence.Kesimpulannya: Ceramah memang tentang integriti tapi isi ceramah adalah IN - TAK - GRITI!!




Daun stevia - Ini integriti ke?



Aku gelak golek-golek sebab cikgu belajar tentang integriti guna stevia.

ps: Sorry to say that I don't like the way he blew his own trumpet!
Yuckks!!!

   

Thursday, September 22, 2011

Bajet 2012:Bonus atau kenaikan gaji.

   Bila dengar BONUS je semua orang seronok.Mana yang sedang memandu dan terdengar berita tentang bonus terus cepat-cepat kuatkan bunyi radio.Mana yang selalunya malas menonton berita pun tiba-tiba je jadi minat nak tengok berita.Bila nampak je berita bonus di Facebook, cepat-cepat je klik,nak tau.Biasalah tu kan?Siapa tak suka bonus?

   Bajet 2012 yang bakal dibentangkan pada 7 Oktober ni pun ada kaitan dengan bonus.Kononnya Perdana menteri sedang mempertimbangkan untuk memberi bonus satu setengah bulan gaji.Kalau DG41 ( gred untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah @ cikgu), gaji pokok pun dah RM3000.Kalau satu setengah bulan gaji dah berapa?Tentulah seronok!

   Tapi kalau bonus, sekali dapat je.Lepas tu entah-entah tak sampai seminggu dah habis licin.Biasalah manusia.Ada nafsu nak beli itu, nak beli ini.jadi lagi baik kalau dapat kenaikan gajikan?Keuntungan jangka panjang.Taklah sekelip mata je habis.Betul tak?Tak kisahlah kan,bonus atau kenaikan gaji, dua-dua aku sokong.Tapi yang penting jangan gah je lebih tapi bila dah bentang kata orang 'habuk pun tarak!' ( opps1terkasar pulak!)

    Siapa nak baca berita lanjut tentang bonus, silalah ke SINI.


Kalau dapat bonus, dapatlah makan sedap sikit.
KFC ke!
( kata En.Kucing)

Aku rindukan dia...

   Tiba-tiba teringat pada seseorang yang suatu ketika dulu pernah menjadi penghibur di kala aku berduka.Kami sama-sama menuntut di UKM dan menyewa rumah yang sama.Aku sangat kagum padanya kerana walau pun dia sakit, dia tetap tabah dan tak pernah gagal mencatat kejayaan dalam pelajaran.

   Semasa kami tinggal bersama, setiap hari ku lihat, dia menelan segenggam pil pelbagai rupa, warna dan saiz.Aku tak dapat bayangkan kiranya aku yang berada di kedudukan itu.Sebelum mengenalinya, aku tak tau pun apa itu SLE.Semasa awal sesi pengenalan diri, dia telah menjelaskan dengan panjang lebar pada kami, teman-teman sekuliahnya apa itu SLE atau Systemic Lupus Erythematosus.Sempat juga dengan berjenaka, dia memberitahu keadaan dirinya yang seolah-olah sedang mereput.Namun dia reda dan menganggap dirinya bertuah kerana terpilih antara berjuta manusia untuk merasai pengalaman menderita SLE.

  Tamat pengajian, kami membawa diri masing-masing.Hampir setahun kami tidak berhubung.Tiba-tiba, suatu hari aku dikejutkan dengan panggilan darinya.Lama juga kami berbual.Dia sempat memberitahu aku, dia baru menjalani pembedahan pemindahan kulit.Dia juga memberitahu aku betapa sakitnya tak tertanggung!Rupa-rupanya, itu adalah kali terakhir aku dapat mendengar suaranya kerana keesokan harinya aku dimaklumkan dia telah menemui penciptanya.Aku reda atas pemergiannya tapi entah kenapa tiba-tiba aku rindu sangat pada dia, temanku Norhanita Shuhaimie.Moga dirimu bahagia di alam sana.

   

Let's have a break!