Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, October 31, 2011

Akhirnya.... Home Sweet Home!

   Setelah 4 hari aku menanggung rindu untuk berblogging, akhirnya, saat ini dapat juga aku hadir di alam siber ini.3 hari 2 malam bertugas untuk program Koperasi Pelancongan Sekolah telah membuka mataku betapa telah agak jauh aku meninggalkan adat dan budayaku.

   Malam ini, aku hanya mampu menyatakan betapa aku telah hampir lupa akan jati diriku sebagai anak Melayu.Buktinya, betapa kekoknya aku semasa 'makan berjambar' di dewan SMK Batu Kikir ( Model Khas) malam Ahad lalu.Entah berapa kali aku menukar posisi dudukku.Aku juga malu sendiri kerana betapa kekoknya aku menjamu selera dengan duduk bersimpuh!

    .... dan kenangan lain akan ku ceritakan di entryku yang akan datang kerana ada tugasan yang perlu ku laksanakan segera.Blogwalking?Terpaksalah ku pujuk hatiku agar bersabar menunggu esok.Malam ini baru aku merasakan keletihan dan baru ku sedar sunburn di wajahku akibat berjemur di sawah untuk memancing puyu buat pertama kalinya.

    Apapun jutaan terima kasih buat SMK Batu Kikir ( Model Khas ) atas kesudian melayan kerenah anak-anakku yang boleh tahan nakalnya.Terima kasih juga buat Pengetua Cemerlang, Tn Haji Kamarudin Hj Ibrahim kerana sudi memasak sambal tempoyak daun kayu buat kami.



Terima kasih daun keladi.....

Thursday, October 27, 2011

pergi ke Batu Kikir

Untuk pengetahuan semua , esok sampai hari Ahad bersamaan
28 Okt 2011 - 30 Okt 2011
aku akan ke Batu Kikir , Negeri Sembilan .

Selamat Tinggal ~

Kucing gila ke Cik Google gila?

Aku bawakan tajuk di atas sebab aku keliru sekejap tentang makna 'gila'
Aku google kucing gila tapi yang keluar....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Macam ni punya sopan apa ynag gilanya?
-
-
-
-
-
-
-

Ha?Gila ke ni?
Sopan ayu je aku tengok!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ini pun tak masuk kategori gila rasanya!
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ini kucing mabuk, bukan kucing gila.
( AMARAN: Jangan tiru perlakuan di atas.Berdosa besar)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sampai ke sudah tak jumpa kucing gila.




Segmen Cik Bunny : Jom blogwalking!


Join segmen lagi.Jangan marah ye!
Kebetulan sedang mandul tandus idea untuk updare.
Terima kasihlah pada Cik Arnab Bunny sebab ajak join segmen ni.
( Carrot cake ada tak?)

Syarat biasa je.Boleh di baca di rumah Cik Bunny.

Letak banner Cik Bunny.
Bagi link ke rumah Cik Bunny.
Follow?Tak beritahu tapi followlah apa salahnya.
Tag? Aku tag semua yang sudi singgah ke sini.
Dah tu hantar url pada Cik Bunny untuk register, tanda sah ambil bahagian.

Tarikh tamat : 20 November 2011.

Jomlah kita blogwalking ramai-ramai!




Comel tak Cik Bunny Google ni?



GO TO HELL!!!

   Budaya merokok di kalangan rakyat Malaysia aku rasa dah jadi barah tahap 4 dah.Bukan setakat di rumah, tapi di mana-mana kita boleh melihat perokok merokok dengan bangganya.Pus!Pas!Pus!Pas!Tanpa ada sekelumit pun rasa malu kerana melanggar larangan Allah.( Kan merokok itu haram hukumnya)   Kadang-kadang aku rasa nak sumbat putung rokok yang menyala tu dalam lubang hidung si perokok yang kembang kempis kembung menghembus nafas sang naga.Bukan main nikmat kau ye!Tidakkah kau sedar orang-orang di sekelilingmu menderita?Rasa menyampah, rasa kau macam sampah!

   Kajian menunjukkan akibat tabiat merokok perokok aktif, yang jadi mangsa adalah perokok pasif!Kami, perokok pasif tak pernah merokok, tetapi terpaksa menyedut racun rokok yang dihembus dek perokok aktif.Di manakah keadilan?Cubalah buka mata dan positifkan fikiran.Kasihanilah kami yang tak berdaya ini.Jangan penuhi dada kami dengan racun yang kami benci.Jangan sampai ke satu tahap, kami hilang sabar dan kata'Go to Hell!'to you perokok tegar!Aku benci asap rokok TAHU!BUSUK!!!!



Kucing pun ada otak dengan tak merokok!
( Kucing comel Cik Google)



( Gambar Cik Google)
Kau sedap-sedap pus pas pus pas sedut asap rokok, 
kami yang merana dan silap-silap kena penyakit tak boleh diubat.



Tengok tu!Baik kau telan je racun sekilo dua daripada menyusahkan orang!

Wednesday, October 26, 2011

Kenapa Allah jadikan kita berbeza-beza?

   Kenapa Allah jadikan kita berbeza-beza?

Ada miskin ada kaya
Ada bahagia ada derita
Ada tawa ada sengsara
Ada teman atau sendirian

Ada orang berdoa sekali
tapi tercapai segala yang dihajati.
Ada orang berdoa tiap hari
tapi derita bertali-tali.

Ada orang cinta buat syarat
tapi bahagia sepanjang hayat.
Ada orang cinta setengah mati
tapi penghinaan, cercaan yang diberi.

Ada orang ilmu tak banyak
tapi seseorang di kalangan khalayak.
Ada orang ilmunya tinggi
tapi nasib selalu tak menyebelahi.

Ada orang tak tahan diuji tuhan.
makan hati, bunuh diri.
Ada orang biar apa pun tetap senyum bertahan
Mudah-mudahan ada sinar terang menanti...



Kucing pun stress..
Apatah lagi kita manusia...

( Gambar Cik Google )

Apa nama kuih tu ye?

   Perayaan Deepavali disambut oleh mereka yang beragama Hindu.Tapi sebagai rakyat Malaysia kita kena ambil tahu juga sedikit sebanyak tentang perayaan bangsa lain.Jadi aku ingin imbas kembali kenangan zaman kanak-kanak aku semasa aku berjiran dengan orang India.Tiap kali tiba Deepavali, satu talam penuh dengan kuih-muih akan dihantar ke rumah.Aku paling suka sejenis kuih yang aku gelar kuih bom sebab ia keras macam batu.Aku google tapi tak dapat gambar tu.Apa nama sebenar kuih tu ye?Ia bulat dan keras macam batu.Cik Google cuma beri kuih bom Melayu di bawah ni.


-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kuih ni Home Creation yang buat.




Pinjam dari malaysiabest.net



Kuih ni apa namanya Kak Yong?

< HAPPY DEEPAVALI >





Ben Ashaari dan rakan blogger

BEN ASHAARI
Ala.... nak cerita pasal blog sendiri ek?
Ok...Blog aku ni dah setahun lebih dah umurnya.Dah laju juga berjalan setakat ni.
Taklah bertatih sangat lagi.Blog aku ni purple warnanya sebab aku suka purple.Aku guna perkataan 'petals' kerana bagi aku setiap pengalaman yang aku kutip umpama sekelopak bunga dalam kehidupan aku.Jadi kalau sudi nak kenal siapa aku, sudilah juga menjenguk blog aku ni.

Kenapa aku berblog?
Welll.... pertama sebab aku dah jatuh cinta dengan dunia blogging.Di sinilah aku meluaskan rangkaian sosial aku.nak join kumpulan Yaasin atau rewang bukan tak boleh, tapi aku tak berapa gemar keluar rumah.Selain dari itu, aku berblog kerana di sinilah ku temukan ketenangan... Cewahhh Jiwang jap!

Siapakah idola di dunia blog?
Siapa ek? Alamak.... aku pilih...
1. En Benton
2.Siapa lagi kalau bukan Kak Pah Laling

Eiii?dah siap?Macam masak maggi mee je.
(Opps!Ada oang marah.Bukan maggi mee tapi mi maggi.
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA KATANYA) 

:D

Ok.Aku nak balik rumah mak aku dulu.Rayalah katakan....

Saiz sebelum dan selepas.... Misi berjaya.

   Akhirnya misi berjaya dilaksanakan walaupun perang dingin dengan CELCOM semalam.

-
-
-
-
-
-
-
-
Saiz asal adalah 
165.18 

-
-
-
-
-
-
-
-

Setelah sesi menurunkan lemak

#
 Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1scarlettj1.blogspot.com69.7 KB0.35 seconds0.01 seconds

-
-
-
-
-
-

Tapi, banner Kak Pah Laling aku mesti letak juga.So, check balik saiz selepas banner Kak Pah  tersenyum-senyum, saiz terkini adalah .....

#
 Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1scarlettj1.blogspot.com70.62 KB0.16 seconds0 seconds

Kira oklah tu kan?

Tuesday, October 25, 2011

Edisi Khas - Johan (lu tiong malam)

Lawak terbaik Edisi Khas adalah bila munculnya Lu Tiong Malam.
Harap-harap wartawan Loo Tung Siang sporting dan tak marah ye!




Tak sabar nak post entry baru!!!!

Monday, October 24, 2011

19 ke 31?Gila!!!

   Kajian menyatakan bahawa rakyat Malaysia online 19 jam, 48 minit seminggu.
Betul ke
Jom kita semak.

Blogger A : Online hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis sekurang-kurangnya 2 jam
Jadi 4 x 2 jam = 8jam

Hari Jumaat : Sekurang-kurangnya 2 jam ( waktu petang ) + 5 jam ( mulai 10 malam hingga 3 pagi.Maklumlah hari Sabtu tak sekolah) = 7 jam

Hari Sabtu : 4 jam ( waktu siang ) +  5 jam ( mulai 10 malam hingga 3 pagi ) = 9 jam

Hari Ahad : 5 jam ( waktu siang ) + 2 jam ( mulai 10 malam hingga 12 malam) = 7 jam

Jumlah : 8 + 7 + 9 + 7 = 31 jam seminggu.

Mak aih!!! Mana ada 19 jam 48 minit!!!
Tipulah kajian tu.  :D
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Blogger A = Aku!


Pinjam gambar Cik Google.

Dialog panadol dan cicak.

Dialog antara seorang anak dan ibunya.

"Mak!Mak!Mak nampak tak ubat demam adik?" tanya si anak sambil mengerutkan dahi.Buat-buat sakit kepala.

"Mak dah guna!" jawab si emak sambil mula nak tergelak.

"Ha!Satu papan tu mak!Bukan sikit!Mak buat apa? " kata si anak lagi sambil terus mengerutkan dahinya.
Nampaknya si anak betul-betul tak sihat.

" Emak buat lembutkan ayam.Kan semalam kita makan ayam pencen masak kari.Lembut je dagingnya kan?"kata si emak sambil tergelak-gelak.Gelihati tengok anak buat muka cicak tertelan kapur.

"Berapa biji?" tanya si anak lagi tak puas hati.

" Sepuluh!Sekali masak mak letak 5 biji.Dua kali masak maknanya sepuluhlah!"  si emak menjawab dan terus gelak panjang lihat si anak buat muka Siti Tanjung Perak.

Pengajaran dari dialog di atas

1. Bila nampak emak anda beli ayam pencen, cepat-cepat sorokkan ubat demam.

2.Jangan sikit-sikit google.Sikit-sikit google macam si emak tu.
Dapat petua lembutkan daging dari googlelah tu.

3.Kena tanya orang yang pakar masak ayam pencen macam mana nak 
lembutkan contohnya En Mat Gebu

4.Kena pantau juga kalau emak yang dah agak berusia online.
Takut tersilap cedok ilmu.




Rupa ubat Adik yang emak guna.



Cicak tertelan kapur.Terbeliak mata!



Siti Tanjung Perak.




Let's have a break!