Cik Nuffy

Bintang hati

Cik Nuffy ajak singgah

Tuesday, November 15, 2011

Bantuan RM100 dibayar pada 17 dan 18 November 2011

   

    Nampak tak gambo posing cantik di atas? Kalau tak nampak, pendek umur!Haa.... itulah gambar yang membawa khabar gumbira buat anak-anak murid aku yang comel-comel, kacak-kacak kalah Wonder Girls dan entah apa ntah nama  lelaki KPop. Sejak tersebarnya berita wang RM100 tu akan diberikan sebagai tanda kasih Pakcik Najib, berlambak-lambak sms masuk dalam LG Cookie aku.Tak pun, mana yang tak sabar sangat tu, siap call lagi berbelas-belas kali.Patutnya call Pengetua.Aku ni cuma teacher biasa je.Time maghrib azan sedang berkumandang pun ada yang call!Melampau betul!Grrr!(marah-marah sayang)

    Jadi, seperti mana tajuk yang telah aku paparkan, dengan ini, dimaklumkan bahawa pemberian wang bantuan RM100 tu akan dibuat pada :

1.Tingkatan 1 dan 2 : Khamis, 17 November 2011 ( 1.30 -4.30 petang)
2.Tingkatan 3 dan 4 : Jumaat, 18 November 2011 ( 8 .00 - 11.00 pagi )
    
    Tingkatan 5?Ala.... aku lupa pulak nak confirm.Jumaat juga kot? Prosedur yang perlu dipatuhi adalah:Pertama ... mesti penjaga / ibu atau bapa yang ambil.Anak-anak boleh ikut kalau rindu kat kami cikgu-cikgu kat sekolah ni.Tapi kalau malas, tak pe.Yang penting, bukan'mama' atau'papa' tiruan yang datang.Ala...mama papa aka darling!

   Kedua:Mesti bawa bukti pengenalan diri penjaga / ibu bapa dan anak-anak.Takut-takut nanti Wak Indon pulak yang claim.Jangan risau sebab cikgu takde alat nak check IC sama ada blacklist atau tak.Rilek je. Itu jelah syarat-syaratnya.Taklah susah nak berpantun bagai macam nak pergi meminang.Ok.Boleh faham kan?

   Opps!Lupa pulak!RM100 tu rasanya pihak sekolah takkan cukai awal-awal untuk bayaran buku tahun 2012.Kalau tak silaplah.Melainkan kalau ada hutang yang perlu dibayar contohnya hutang sewa kalkulator masa periksa, hutang pulang buku teks tak sampul, hutang hilangkan buku teks dan lain-lain.Tapi pukul 1.30 petang ni, ada meeting lagi.Kalau ada perkembangan terkini, akan aku kongsikan kemudian.

  Last but not least, pesanan pada ibu bapa, kalau betul pihak sekolah takkan potong untuk bayaran buku tahun 2012, bincanglah dengan anak-anak bagaimana untuk menggunakan wang tersebut.Janganlah ikut suka sesedap rasa guna wang tu untuk bayar sewa rumah ke, api air ke, atau lagi teruk bayar ansuran kereta atau ASTRO.Duit tu adalah duit anak-anak jadi aku rasa mereka berhak menentukan bagaimana ia patut dibelanjakan.Bayar bil-bil hatta bayar duit buku adalah tanggung jawab ibu bapa.

  Opps!Aku lupa pulak nak beritahu.Tarikh-tarikh pembayaran di atas tu adalah untuk sekolahku tercinta je.Sekolah-sekolah lain tak pasti pulak aku.Suka juga aku nak ingatkan, anak-anak tingkatan 1,2 dan 4 telah pun diberikan surat pemberitahuan kepada ibu bapa jadi ibu bapa yang berkenaan sila rujuk pada anak-anak.Taknaklah surat tu nanti bertukar magik jadi roket di Mc Donald atau Petronas yang berjiran dengan sekolah aku ni.Jangan asyik nak telefon sekolah je sebab kesian aku tengok kerani kat sekolah tak cukup suara asyik nak menjawab soalan yang sama.Jangan lupa tu!




Sorang dapat RM100 je tau jadi janganlah berangan nak beli handset canggih-canggih pulak ek anak-anak!


INFO TAMBAHAN SELEPAS MEETING


Ibu bapa / penjaga mempunyai pilihan sama ada :
1.Membayar bayaran persekolahan tahun hadapan ( buku tulis dll, bayaran PIBG dan majalah sekolah) menggunakan RM100 yang diterima dan bawa pulang bakinya saja
2.Membawa pulang RM100 tunai
3.Tidak menerima langsung ( Ada ke yang tak nak duit ek?Spesis langka kali)


Dimaklumkan juga bahawa pihak sekolah tidak akan menggunakan ang RM100 itu untuk melunaskan apa-apa bayaran yang tertunggak dalam tahun 2011 ni.Tak kiralah hutang sewa kalkulator ke, buku tak sampul ke, hatta hutang tak bayar bayaran PIBG sekalipun.
Baiknya hati pihak sekolah


Pengesahan juga dibuat bahawa pelajar tingkatan 5 tahun 2011 ADALAH TIDAK LAYAK untuk menerima wang bantuan RM100 ini kerana pemberian dibuat atas nama bajet tahun 2012.Tahun 2012 pelajar tingkatan 5 sekarang dah bukan pelajar tingkatan 5 lagi.


Demikianlah dimaklumkan.

Monday, November 14, 2011

Keputusan periksa makin teruk!

   Alamak!Kenapa teruk sangat markah dia?Penat-penat dia belajar... penat-penat dia ulang kaji... tapi bila keputusan periksa keluar, markah dia makin teruk!Agaknya dia tak cukup buat homework kot sebab tu markah makin teruk.Salah dia juga sebab kurang sangat buat revision bulan ni.Bila tanya, jawapannya, bzzzzz..... Alah!Alasan!Semua orang bz.Kalau tak nak bz, tak payah kerjalah.Duduk rumah blogging 24 jam.Tulah!Padan muka dia.Dah moleh-molek dapat markah 1271 bulan lepas, bulan ni dapat markah 2968!Macam ni, macam mana nak kalahkan ben Sifu Blogger.maintain je markah dia 280!Kak Pah pun 2265.Nak buat entry SEo pun malas macam mana markah nak naik!Sila tengok keputusan periksa di bawah!Sedihnya!!!! ( DIA tu akulah)


Statistics Summary for scarlettj1.blogspot.com

Scarlettj1.blogspot.com is ranked #408,133 in the world according to the three-month Alexa traffic rankings. Compared with internet averages, the site appeals more to users who are less affluent; its visitors also tend to consist of women browsing from home and school. The site has attained a traffic rank of 2,968 among users in Malaysia, where almost all its audience is located, and the site has a relatively good traffic rank in the city of Kuala Lumpur (#1,627). Scarlettj1.blogspot.com has a bounce rate of about 51% (i.e., 51% of visits consist of only one pageview). Show Less



Sedihnya!!!!!!



Sunday, November 13, 2011

Bolasepak Sukan SEA : Malaysia 4 Cambodia 1

Keputusan terkini Bolasepak ( Opps!Jarak!!!Ada orang marah!!) Bola sepak Sukan SEA 2011

Malaysia 4
Kemboja 1


Tahniah KimSwee dan anak-anak buah!

p/s :Tiba-tiba ada orang minat kat Wan apa ntah Wan Zakaria!
Ala... yang no 19 tu!!!!

Bila rakan India menegur tentang aurat...aku malu tau!

   Cerita tentang aurat wanita Islam, memang takkan habis-habis.Ada pro dan kontra.Tapi yang pasti, hukum Allah tetap hukum Allah.Nak cantik macam mana pun, aurat tetap kena jaga.Bila baca tentang aurat dalam entry Si sifu blogger, aku teringat tentang perbualan aku dengan seorang rakan India beragama Hindu semalam.

   Rakan aku tu sebenarnya seorang yang sangat prihatin dan 'alim' dalam agamanya, Hindu.Waktu kami sedang beratur mengambil makanan selesai meeting semalam, rakan aku tu sempat bertanya tentang kewajaran seorang wanita Islam bersanggul tinggi dan bertudung jarang.Begini lebih kurang katanya; "I read in an article... sanggul tinggi like what she's wearing is just like a camel's hump.It's haram, isn't?That shawl is too transparent.I can see her neck!" Kemudian aku pun jawab memang betul tapi ada yang buat-buat tak tahu semata-mata kerana fesyen.

    Kemudian, rakan aku tu kata; "Better advise her or else she's booking a ticket in hell!"Mak kau!Terkelu aku dan tak terkata apa.Kemudian dia kata, di kalangan masyarakat India yang beragama Hindu pun masalah sosial kian menjadi-jadi.Contohnya sari yang asal taklah seketat sarung nangka dan sekecil c**i, tapi yang ada sekarang bukan setakat ketat dan kecil tapi juga jarang.Lepas tu dia juga ada sentuh tentang trend bertudung gadis-gadis Melayu yang 'halam' ( Ini istilah dia tau!) Maksudnya pakai tudung tu halal, tapi digabung dengan fesyen sarung nangka yang haram maka jadilah 'halam'.Aku masih lagi tak terkata apa, cuma tersengih je macam kerang busuk.Malu ooo!!!

   Akhir sekali, sebelum sambung balik meeting dia kata isteri Najib PM kita tu pun patut kena tegur sebab dah naik haji tapi masih lagi free hair.Alamak!Sebijik lagi aku kena sebagai seorang Islam.Memang betul kata rakan aku tu tapi serius, memang aku malu sebagai seorang Islam, kena tegur tentang aurat oleh seorang yang bukan Islam!Aku ingat sampai situ je perbualan kami, tapi dia sambung lagi, katanya: You tau tak? That girl ( merujuk pada cikgu muda yang pakai tudung bonggol unta tadi) , students condemn her for wearing too tight kurung sampai nampak p****g t***k!Yang ni aku betul-betul tak perasan kerana kami mengajar lain-lain sesi dan aku duduk di bilik aku sendiri bukan di bilik guru jadi kuranglah peluang nak mencuci mata lihat keburukan orang.

   Apapun, apa yang ditegur oleh rakan India aku tu memang benar dan sesuatu perlu dilakukan kerana aku tak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Setakat hari ni, setahu aku, rakan-rakan guru di sekolah aku ni, adalah antara yang paling berdisiplin dalam berpakaian.Jadi janganlah kerana seorang guru baru yang baru je jadi ahli keluarga kami, nama baik kami semua ikut tercemar.Agak-agak, patut tak aku tolong tegur atau kena minta tolong pentadbir yang tegur?




Unta yang ni masih nampak cute walau pun telanjang.



... tapi 'unta' yang macam ni?

Credit to Cik Google kerana pinjamkan gambar

Blogging punca penyakit mental.

   Bila tengok tajuk di atas, mungkin ada rakan-rakan blogger yang panik.Maklumlah, siapalah yang nak jadi pesakit mental kan? Walau pun aku sendiri rasa aku ada penyakit mental sekarang ni. Sebenarnya aku terfikir yang blogging juga mungkin menjadi punca penyakit mental bila aku membaca artikel di Kosmo hari ini.Sila rujuk petikan Kosmo di bawah.

GEMAR MENYENDIRI PUNCA PENYAKIT MENTAL

KUALA LUMPUR – Golongan yang suka menghabiskan masa seorang diri tanpa menghiraukan kewujudan ahli keluarga dan sahabat handai berisiko tinggi untuk mendapat penyakit mental.
Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi, Jabatan Psikiatri, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Mohd. Zain menjelaskan, disebabkan sikap gemar menyendiri itu, masa yang sepatutnya dihabiskan bersama rakan atau keluarga dibazirkan dengan perbuatan yang tidak berfaedah seperti melayari Internet atau bermain permainan video.
"Pada saat golongan ini berada dalam kesusahan, mereka akan berhadapan dengan kesukaran kerana tidak tahu bagaimana untuk meminta tolong kerana kurangnya kemahiran berinteraksi.
"Masalah yang tidak berjaya diselesaikan itu seterusnya akan dipendam, menyebabkan mereka murung dan seterusnya menjadi pesakit mental," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa pesakit mental di negara ini akan meningkat sebanyak 16 peratus menjelang 2020.

   Cuba tengok ayat yang aku merahkan tu.Blogger kan suka habiskan masa seorang diri tanpa menghiraukan sesiapa pun.Kadang-kadang tu, tersenyum-senyum seorang.Tapi itu tak bermakna blogger macam aku ni ada penyakit mental.Aku tak setuju pendapat Prof tu yang kata melayari internet adalah perbuatan tak berfaedah.Bagi akulah, kalau melayari internet sebab gila blogging, tu lagi dapat menyelamatkan aku dari penyakit mental kerana dengan blogginglah aku dapat kawan-kawan yang sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati aku.Kalau melayarai internet untuk buat benda tak senonoh tu, barulah tak berfaedah!

   Jadi kesimpulannya, menyendiri dan tak tau menyelesaikan masalah itulah yang menjadi punca penyakit mental bukan semata-mata kerana gemar menyendiri.Waktu blogging takkan aku nak jemput jiran-jiran aku duduk sebelah blogging sama-sama?Betul tak?






Contoh kucing gila



Ha... yang ini baru namanya blogger gila!

p/s:Kajian menunjukkan ramai cikgu yang jadi pesakit mental
Nasib baik aku bukan cikgu... Aku teacher!!!
:D




Ala.... menyampah betul aku!Apsal keluar background putih tu?

Puas sudah aku mencari...

    Pelik tau!Kalau mati, mana bangkainya?Kalau hilang, takkan dua-dua sekali hilang!Dah 3 hari dah aku cari tapi bayangnya pun tak nampak.Sampai hati kau tinggalkan aku.Memanglah ada Panji, ada Winda dan ada Kiah.Tapi tetap tak sama.Sedihnya aku!

-
-
-
-
-
-


Gambar kenangan Winda menyusukan Caca dan Ciciku yang hilang..
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Si bujang Panji dah 2, 3 hari mengiau-mgiau.
Agaknya rindukan adik-adiknya yang entah ke mana.

-
-
-
-
-
-
-
-


Walau pun si Cici ni taklah segebu mana, tapi dialah kucing paling baik hati dalam dunia.

Gambar Caca?
Aku tak de rupanya...



Friday, November 11, 2011

Ayo!Ayo!Indonesia bisa!

    Entah kenapa, lagu ini asyik terngiang-ngiang di telinga aku.Nak kata hebat sangat, takdelah hebat.Biasa je.Tapi jiwa patriotik  yang digambarkan tu teramatlah kental.Aku cuba lupakan tapi eh, masih lagi mindaku menyanyi.Aku benar-benar rasa bersalah pada negaraku tercinta.Maklumlah.... kami warga Malaysia selalu dihina olehnya.Kami selalu dicerca.Namun atas dasar persaudaraan, kami rela memaafkan.Maka, apabila lagu yang satu itu seolah-olah berhantu menghuni mindaku, aku benar-benar rasa bersalah.Tapi,kita serumpun kan?Jadi janganlah marahkan aku!Inilah lagu berhantu tu...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Lagu tema Sukan SEA 2011
Tiap-tiap hari aku tonton di SCTV.

Thursday, November 10, 2011

Segmen :Meriahnya Segmen 11.11.11

Nak join segmenlah.Caranya mudah je.

azri

1.Letak tajuk "Meriahnya Segmen 11.11.11"
2.Letak banner si Azri Johan
3.Letak SATU link post terbaik dari blog aku... jap ek.Aku gi teropong jap.
Ok yang ni aku nak korang baca.
Le tour de fuyoo!! Kisah sebenar tu.Tak tipu punya.
4.Sebelum aku publish entry ni aku kena tulis "Keep On Smiling!"
Tu!Aku dah tulis tu.
5.Letak link kat blog tuan segmen si Azri yang asyik Johan je tu.
jap lagi siap.Beres!

Alamak!Tarikh tutup 10.11.11 Jam 11.59 p.m.Nasib baik sempat!!!

Bantuan RM100 akan dibayar serta-merta.

Wa......!
Tengok tajuk tu!
RM100 kepada pelajar Tahun1 hingga Tingkatan 5 akan dibayar serta-merta.
Maksudnya SECEPAT MUNGKIN.
Wang akan dimasukkan ke dalam akaun BSN sekolah dan pihak sekolah akan menyalurkan wang tersebut kepada para pelajar.
Aku harap, wang tersebut akan digunakan dengan sebaik mungkin.
Maklumlah... bukan senang tau nak merasa duit bajet!
Berita lanjut, bacalah surat khabar esok ye!



Bantuan RM100 tu untuk pelajar je tau!
Kucing tak masuk senarai walau pun kucing robot!

Wednesday, November 9, 2011

Malaysia vs Thailand : Malaysia menang 2:1.Tapi aku rasa berdosa...

   Aku nak minta maaf pada pemain-pemain bolasepak Sukan SEA Malaysia dan jurulatihnya kerana mati-mati aku anggap Malaysia akan jadi lauk pasukan Thailand.Tapi kenyataannya, aku silap.Malaysia menang 2 berbalas 1.Maaf sekali lagi ye sebab aku tak percaya pada kemampuan kalian.Ulasan lebih lanjut, jemputlah ke rumah teman maya aku Si Ujang ni.Aku tak berapa tau nak mengulas tentang bidang yang aku tak berapa tahu ni.Kalau tanya tentang PPSMI bolehlah aku jawab.Ok.Apa lagi?Jemputlah tanya Si Ujang.




Fullamak!Powerlah keeper ni jaga gol.Bolos satu je!

Tuesday, November 8, 2011

Pen merah... pen biru... You marah... I love you!

   Entah kenapa, aku rindu sangat pada zaman persekolahan.Zaman aku sekolah rendah dulu, aku menyampah sangat dengan seorang budak lelaki ni.Umur baru sepuluh tahun tapi dah boleh drive.Dia taklah berlagak atau sombong tapi aku geram sangat sebab dia suka sangat menyakat aku.Kira macam samseng kampung gitu.Sampai hari ni aku masih ingat bengkak jari aku dia ketuk dengan kayu. Tapi sekarang, dia dah jadi orang dah.Dah ada isteri yang cantik dan anak-anak yang baik.Tak pulak aku tengok anak-anak dia ikut perangai bapak dia dulu.

   Aku juga rindu sangat pada seorang cikgu aku masa aku di darjah 5 dulu.Namanya Cikgu Wahid.Kalau tak kerana dia, aku rasa, aku tak jadi orang sekarang ni.Dialah yang mula-mula timbulkan minat aku pada B.Inggeris.Maklumlah budak kampung.Cuma tau yes, no, alright je.Aku dengar dia sekarang tak berapa sihat.Kalau ada peluang, nak sangat aku jumpa dia.Doaku mudah-mudahan,dia bahagia dunia dan akhirat.

   Bila naik sekolah menengah, first time aku masuk masa tingkatan satu di SMM, dah pun pertengahan tahun.Sebelum tu aku bersekolah di SMSJ.Tapi aku homesick terlampau jadi aku pindah masuk ke SMM.Mula-mula masuk lagi aku dah kena kacau.Surat cinta dalam meja.Zaman aku dulu, bila dapat surat macam tu, rasa macam nak menyorok dalam gerobok.Takut dan malu.Tapi budak sekarang, dengan cikgu sendiri, yang bujang atau tak bujang, asal handsome je, dia orang berani nak try!

   Bila dah senior, tingkatan 4 atau 5, bila dapat surat je balik rumah aku terus beri pada ayah.Maklumlah, anak ayah.Aku mana reti nak layan.Tapi aku suka baca surat-surat yang aku terima tu sebab ada pantun.Pantun yang biasa adalah.... Pen merah, pen biru.You marah, I love you. Atau pun ... Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca harap balas.Tapi banyak-banyak surat yang aku terima, aku paling suka surat yang ada bunga mawar segar,Sempat aku simpan jadi kenangan.Sesekali teringat, rindu juga aku pada zaman persekolahanku...

   Tahun ini, aku ada juga terima surat.Tapi dari anak-anak murid aku.Bila baca, aku senyum sendiri kerana ada yang lucu dan ada yang betul-betul berani.Alahai.. budak sekarang!Berani tak bertempat!Contohnya ada anak murid aku tulis, ke hadapan cikguku yang cantik dan jelita..... hahahaha!!!Gelak golek-golek aku ketawa.Tu yang aku teringat balik kenangan zaman sekolah aku tu!




Best kan kalau dapat sekolah balik?

Monday, November 7, 2011

KPop vs zaman aku...Baru aku faham

   Entah kenapa, bila terpandang gelagat remaja yang gilakan KPop, aku teringat kenangan lama aku.Zaman aku manalah ada KPop.Air Pop pun takde.Zaman tu yang aku ingat, aku selalu menonton filem-filem hindustan di TV.Dek kerana minat sangat, sampaikan aku berangan nak belajar bahasa hindustan.Masa tu mana ada internet jadi takdelah peluang aku nak belajar bahasa hindustan tu di internet macam budak-budak sekarang belajar bahasa Korea.Jadi, aku berangan jelah.... 

   Bila dah besar sikit, aku tak berapa minat pulak filem hindustan.Aku minat cerita Mexico yang guna bahasa Sepanyol tu.Di Pasir Gudang, siaran TV Indonesia mudah diterima jadi aku dah jatuh cinta pada cerita-cerita Mexico.Sshh.... yang sebenarnya aku suka pada hero dia yang handsome tu Tajuk-tajuk telenovela seperti Esmeralda, Secreto d Amor, Betty La Fea, Marimar ( versi Mexico), Rosalinda, Ruby dan banyak lagi semua jadi kegilaan aku.Dek kerana minat yang terlampau, aku berangan nak ambil bahasa Sepanyol tu di universiti.Tapi, bengang betul aku sebab lecturer tu kata, boleh nak ambik tapi sure tak dapat A+.Alasannya kerana sebutan ' r ' aku ada pelat sikit.Cis!Macamlah orang Mexico atau Sepanyol tu takde seorang pun yang pelat!Akhirnya aku pun ambillah bahasa Mandarin dan aku dapat A+!Yeah!




Jejaka kacak ni masih lagi mengisi ruang hatiku.
Jangan jealous!




Esmeralda



Ni heroin Secreto d'Amor,Scarlet Ortiz.
Cantik macam Scarlett O'Hara! :D



Ni artis Korea yang aku kenal.


.... dan yang ini...
Rambut tak sikat pun anak-anak murid aku kata handsome...